Monday, December 26, 2011

Update. yuhuu yuhuu!

Hey all.. (Lol nak buat introduction pun dah tak reti sebab lama tak update)
Sedih betul la tengok blog ni. Bersawang sana sini. Spider pun semua dah berubah jadi Spiderman, bermaharajalela berlawan sesama sendiri walaupun semuanya sama je iaitu spesies spiderman, dekat blog kesayangan tuan puteri ni. *gunakan daya imaginasi anda* Ke manakah menghilangnya tuan puteri kesayangan ramai itu? Apa yang terjadi padanya sehingga tidak memberi sebarang khabar gembira lagi kepada rakyat jelata negeri Belogpura yang dahulunya semasyhur Singapura ? *daya imaginasi masih diperlukan*


Eh ape aku merapu ni ya ampunnnnn!


Sepatutnya update laju-laju sebab sebenarnya ni tengah mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar memandangkan kurang dari 48 jam lagi, tuan puteri, eh tak, aku, akan berhadapan dengan musuh tradisi sejak tahun 1999 masa darjah 1 dulu, iaitu EXAM! Kenapakah aku masih di sini?? Well, procrastination adalah hobi aku sejak azali jadi jangan persoalkan.

\
kadang-kadang comel jugak jadi pemalas kan? HAHA.


Ok nak sambung menghafal subjek Malaysian Studies yang berisiko untuk membunuh JIKA tidak study. Jadi kena study la supaya dia tak bunuh aku kan. Supaya aku boleh menang dalam perjuangan ni. YEAH!
Ehh?


Wish me luck gengs. Doakan kejayaan aku ya. Kalau ada salah silap tolong maafkan dan halalkan semuanya ya.. Ceh macam raya la pulak. Lepas final ni aku akan cuba sedaya upaya mungkin untuk merajinkan diri meng-update blog okayyyy. Tapi tak janji la. Eheh.
Adiosa~!

Wednesday, December 21, 2011

my new obsession= Heart Vacancy.

I feel your heart cry for love,But you won't let me make it right.You were hurt, but I decided,That you were worth the fight.Every night, you lock up,You won't let me come inside.But the look in your eyes,As I can turn the tide.

In your heart, in your heart, in your heart,I can tell you can fit one more.In your heart, in your heart, in your heart,I don't care who was there before.
I feel your heart cry for love,Then you act like there's no room.Room for me, or anyone,"Don't disturb" is all I see.Close the door, turn the key,On everything that we could be.If loneliness would move out,

I'd fill the vacancy.
:)



p/s : i know this is an old song. but it's my new obsession. so what?

Monday, December 12, 2011

Foundation Graduation Night #Teaser




Salam Gengs. Lama betul tak update ni. Bukannya apa, sekarang ni macam malas nak update. Hahah. :Kadang-kadang tu dah bukak dah pun blog, lepastu tak tau nak cakap apa. So, blog pun terabai macam tu je. 

Oh ye, malam semalam aku ada event iaitu Graduation Night untuk ex-foundation student sesi 2010/2011 dekat Uniten. Kehkeh. Tengok la tu tema dia, GLAMOUROUS NITE tuuu. Memang la semua orang malam tu glamour2 cik kiah semuanya. Masing-masing taknak kalah glemer. Hahah. Tapi aku takdela glemer mana. Biasa-biasa je.. Tak menang pun 'Queen of the Night' semalam. Aku jadi Queen dalam hati suami aku je nanti lagi bagus. Eh apa kaitan dengan isu suami? Abaikan.

Ok tu baru teaser je aku bagi. Gambar2 lain nanti la dulu.. Haha. Kasi surprise sikit maa.. Lol konon je. Ok dah tu je nak bebel. Nak siapkan assignment yang tertangguh berbukit-bukit. Dahla pagi tadi tak gi kelas. Hikhik.


Adiosa~!

Tuesday, November 22, 2011

lazy update

It has been sooooo long since I last 'wrote' in here. Been quite busy lately. And plus I don't have any interesting story to tell. Ngeh ngehh. Just living my life as a superwoman with superpowers as usual. FYI, I have a LOT of pending assignments waiting to be completed. But my body seems to do not want to co-operate with my mind. Despite of all the coolness and awesomeness of being LAZY, you know sometimes it may kill your life slowly. Sighhhh. Actually there are some problems with my assignment to be settled as soon as possible but I am too lazy to think about it. Procrastination, is not good for your health. And your FUTURE.


I am ruining my own future. Huwaaaaaa T___T


p/s ,
Lately aku rasa macam nak marah je. Semua benda tak kena. Semua benda menyakitkan hati aku. Is it me or memang dunia ni yang menyakitkan??
Lol emo terlebih.


Adiosa!

Sunday, November 13, 2011

My little hero's Big Day


Ammar Aizat Bin Ahmad Termizi is turning 7 today!

 Happy 7th birthday my dear adik, baby, biie, izat, ammar, boboy and whatever names i've called you. hahah. muah muah muahhhhhh ♥ ♥




Sadly I couldn't join them celebrating his Big Day because I am stuck here in the middle of the 'jungle'. Sighh.. How I wish I could hug him tightly now and kiss his fluffy cheek. Arghh I want to go home NOW NOW NOW. T_____T


By the way, Happy Birthday again my little hero. Wishing you a very good life ahead, be a good son and make our parents proud. May you be the most handsome and succesful guy in the future and may Allah bless you always. Amin.. I Lapp you babyyyy! 




With Love,

Your most beautiful sister in the world, Along. :p

Friday, November 11, 2011

enough.

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata, tak terungkap selamanya.


Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta.


Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati


Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati.



Pendam by Shahir



Tuesday, November 8, 2011

trying hard,









Tapi pedihnya hanya aku yang rasa.

Emosional.

Salam. Hari ni aku dah ada dekat Muadzam setelah 4 hari bercuti. (eh tetibe guna 'aku' setelah sekian lama menyopan santunkan diri menggunakan 'saya'). Sedih betul cuti 4 hari je raya haji. Huuu :'(
Minggu ni ada midterm tapi sampai saat ni masih terpacak di hadapan laptop kesayangan. Entah bila akan insaf. Homework accounting masih belum terusik walaupun esok dah kena hantar. Haih ape punya spesies oh! Macam mana la nak dapat result cemerlang kalau macam gini malas nye. Serius penyakit dah parah. Takde harapan.......


Tetibe malam ni terasa mood emo akibat menyaksikan kejadian yang tidak diingini, accident di depan petronas dekat highway Muadzam Shah. Wuuu tak pasal2 je kitorang dapat menyaksikan kejadian tu padahal niat nak pegi beli air je. Yang lagi menyedihkan, driver yang melayu tu meninggal. Innalillahiwainnailahirojiun.. Tapi aku tak pergi tengok dekat2 la. Memang malam ni tak tido la jawabnye kann. Sedihnya, raya haji pun belum habis lagi.. Ajal maut kan, kita tak dapat jangka. Entah esok kita dapat sedut oksigen lagi ke tak. Entah dapat tengok matahari lagi ke tak.. Entah esok dapat rasa nikmat tangan, kaki, mata, hidung, mulut, telinga (and semua lah) lagi ke tak.. Sebab tu, setiap masa yang kita ada ni kena hargai betul2. Setiap oksigen yang kita sedut ni kena nikmati betul2. Aduh ni yang nak emo ni!! Tetibe rasa rindu family. Kalau boleh bila ajal datang menjemput, nak berada di sisi family tercinta. Taknak la jauh2 macam ni. Huhuhuhu~ Okay2 dah cukup! Karang emo melebih bengkak la mata bangun pagi sebab menangis semalaman. :p


Daripada dok melalut, baik aku siapkan barang2 untuk gi kelas esok. Dengan homework tak siap.. Haih memang terbaekk ah! Ok aku nak blah dulu. Jangan lupa nikmati udara yang anda hirup tu sepuas-puasnya, Kalau boleh biar tamak haloba macam aku, sekali tarik nafas je amik masa 10 saat sebab nak cukupkan bekalan oksigen di paru-paru punya pasal.. Kahkahkah.

Adios!


Friday, November 4, 2011

Horray!

Ehh bukan main horray lagi dia. Hehe. Sebenarnya kite tengah teruja ni. Tengah cuba sedaya upaya mungkin menahan keterujaan (sambiltutupmukabajetcomel). Siapa perasan blog ni telah menjalani satu transformasi besar-besaran??! Hoho marilah teruja bersama saya! Saya sangat berbangga dengan diri sendiri kerana akhirnya kerajinan telah datang untuk merajinkan tangan dan meligatkan minda untuk membuat sebuah transfomasi terhadap blog kecintaan ini. Ceh tak boleh nak skema lagi ke. Tapi dari segi template design takde berubah pun. Hanya tukar warna tema dan background saja. Heh itupun nak teruja lelebih oh. Ye saya tahu dalam fikiran korang mesti, "hek eleh, kejadah ape yang dia gebang? blog dia biase je padahal. tuihh! " Haha tu rekaan semata-mata je. Tak tak, saya tak buruk sangka dekat korang pun. Korang kan pen-stalker setia. Saya tahu korang takkan berfikiran macam tu.. Heheh. Sebenarnya masih belum berani untuk menukar template kepada yang lebih GEMPAKs sebab takut nanti tah hape-hape akan jadi. Lebih baik remain simple kan. Simple means beauty. Eh pakai tembak je ayat.


Kononnya sibuk2 nak transform blog ni sempena nak mulakan hidup baru lah. Blog baru, hidup baru, cinta baru, dunia baru. HAHA kepala lutut dia. Hidup masih saja di takuk yang lama. Entah bila akan maju. Sabar.. Mungkin satu hari nanti akan muncul sinar menerangi kehidupan yang suram. Derr tetibe nak emo pahal?


Nikmati je hidup dengan sepenuhnya dan jangan banyak tanya. :)



Live Life. Love Life


Adios.


Have you ever read something...

...that killed you inside?




Like a text message or someone’s status. Everything was going fine until you accidentally came across something you didn’t want to read. Or found out something you were better off not knowing. It’s almost as if it was posted just to purposely hurt you. But you constantly read it over and over again to torture yourself. It sucks how one little thing can ruin your whole day. 






#justsaying.





Wednesday, November 2, 2011

love love love love love love love x10000

kakkoiiii ne..

Cinta seribu kali tak akan jemu!!






NOTIS PERINGATAN:
Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya bukan peminat tegar K-pop mahupun J-pop atau apa2 jenis pop pun yang sedang melanda dunia ini sekarang. Malahan saya langsung tak tahu menahu tentang perkembangan terkini mereka. Cinta saya hanya untuk lelaki di atas ini satu-satunya, Asou Haruto (bukan nama sebenar). Dia orang Jepun dan 1 hari nanti saya akan pastikan saya menjejakkan kaki di sana dan mencari cinta saya ni. Kahkahkah



Remind you of someone? Oh, i mean, remind ME of someone. ^_^ 
Okay dah tu je. Ni entry langgar lari namanya. Maksudnya entry tah hape-hape tanpa sebarang isi penting, sekadar melempiaskan rasa gedik yang sedang berkobar2 dalam hati.

Adios.


Wednesday, October 26, 2011

don't worry be happy.

Ahhaa.. Tajuk yang sangat menginspirasikan. Sekali lagi, entry kali ni merupakan lebih kurang short update sahaja seperti entry sebelum ni. Aku masih belum mempunyai masa yang betul2 tepat dan sesuai untuk update entry yang lebih menginspirasikan dan berfaedah. Senang cakap, belum ada idea yang betul2 bernas untuk diceritakan. Sekadar menyinggah untuk bertanya khabar. Eh salah, untuk memberi khabar (?) Okay whatever seperti biasa perenggan pertama langsung tak ada isi penting dan sangat merapu.

Jadi lusa dah kena berangkat meninggalkan dunia rumah yang tercinta untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di negeri orang. Kahkah bajet macam study dekat Chicago je padahal Pahang je pun. Memandangkan lusa aku dah nak blah, siang tadi kelam kabut la settlekan ape2 yang patut. Pergi buat interview untuk assignment Management subject. Dahla kena interview top management atau managers2 sahaja, whole conversation must be in english pulak tu! Kena rakam pulak tu! Nasib baik aku dapat cameraman separa professional iaitu ayahanda tercinta. Haha. Feeling2 sikit konon tengah berlakon samarinda ah. Part yang paling best nye, correspondent aku yang ketiga tu, fuhh gile kentang punya hensem! Haha. Muda lagi tu. Mana tak berdetup-detap hati mak nokk. Aku sure umur dia mesti belum 30 lagi. Konfem ah! Yes yes ada chance nak ngorat. Hohoho dah diam. =___="

Oh ye, semalam berjaya memecah rekod peribadi apabila berjaya buat Pie dengan jayanya walaupun baru 1st time. Ceh, bangga letteww?



Taraaa~! Cheesy Peach Pie. Untuk filling pie aku letak lots and lots of buah peach, pastu banjirkan dia dengan cream cheese. Fuhh bila makan sejuk2 tu, nikmat dia ibarat berada dalam kapal Titanic sambil dipeluk oleh Jack Dawson si hensem. Bangga jugak la apabila berjaya membuat pie sebab benda ni dah laaamaa gile aku teringin nak buat sendiri. Next project, nak buat pizza sendiri pulak. Fuhh dah boleh bukak kedai ni pastu boleh kahwin terus. Ngehngeh.

Oh ye, di kesempatan ini ingin mengucapkan Happy Deepavali kepada semua! Esok cuti yay! Tapi aku ada banyak lagi kena siapkan kerja assignment. TAK yay! Ahh, don't worry be happy :D

Monday, October 24, 2011

Khabar,

Hai semua apa khabar? Khabar baik oh bagus la tu sebab khabar saya tak berapa baik ni dan saya sangat benci situasi ini okay full stop. (baca dalam satu nafas sahaja) Menyedihkan sungguh cuti kali ni seperti tidak cuti saja. Dahla orang semua dah mula bercuti dari hari khamis lagi, sedangkan aku hanya sampai di rumah yang tercinta pada hari sabtu yang lalu dan yang lebih menyedihkan, aku tak dapat balik Muadzam hari ahad seperti rakan2 lain yang sedang bergumbira sebab ada kerja yang perlu diselesaikan pada hari jumaat jadi bermakna hari Khamis sudah harus berambus dari Kota Cheras yang indah ini. Dan itu juga bermakna cuti aku lebih pendek dari kawan2 yang lain. Untungla kau kawan2... Sigh. +____+


Lebih memeritkan lagi, cuti kali ni lecturer telah memberi assignment yang gile-gile punya banyak dan saya sesungguhnya teramatlah malas untuk study pada saat ni. Baru nak amik feel holiday tau tetibe otak berbisik memberitahu bahawa assignment masih bertimbun belum diusik.


Jadi sebelum keadaan lebih parah lebih baik saya undur diri dulu. Lain kali kita borak-borak lagi di sini okay. Adios!

Thursday, October 13, 2011

Anis di dapur..

Cehh, yoyo oo je tajuk dia kan. Ada gaya calon menantu pilihan tak? Haha gelabah la kau macam kau sorang je yang masuk dapur. Okay sebenarnya dah lama nak buat entry ni, tapi baru sekarang dapat curi masa untuk update. Hee. Hari sabtu lepas, saya dengan kerajinan tahap impak maksima telah membuat sebuah(?) pencuci mulut atau bahasa inggeris-nya, dessert. Lol. Namanya Triffle. Sape pernah dengar? Ala mesti semua pernah dengar kan. Triffle ni dessert yang mempunyai 3 lapisan iaitu bawah sekali adalah kek, kedua adalah puding kastard dan lapisan atas sekali adalah jeli bercampur buah-buahan enak. Ini versi yang paling simple gile tahap adik-adik tadika pun boleh buat la. Kalau korang google image, lagi banyak jenis Triffle yang boleh korang try sebenarnya. Lalala


Triffle versi Anis.
(ala tak nampak lapisan kek kat bawah tu)


Memandangkan saya tak kedekut, marilah saya berkongsi resepi ini dengan anda-anda semua, mana tahu kot2 ada yang berminat nak cuba. Hihi. Lagipun resepi ni saya dapat dari internet jugak. Jadi apa salahnya kita sharing is caring bersama kan. Dapat profit pahala lagi..






1) Bahan-bahan : 
      - Sebuku swiss roll atau butter cake pun boleh
      - 1 tin buah2an campur/cocktail
      - 1 tin buah lychee (tambahan je, boleh guna apa2 buah pun)
      - 1 kotak kristal jeli. Saya guna perisa strawberry jenama Nona.
      - 1 tin susu cair
      - 4 sudu besar tepung kastard
      - 1/2 tin air buah2an campur tadi. Guna air biasa pun boleh.
2) First of all, susun hirisan kek (lbh kurang 2 cm) kat dasar bekas. Make sure padat ye!
3) Masak castard. Campur 1 tin susu cair, 4 sudu besar tepung kastard & 1/2 tin air buah2an campuran tadi sampai tepung kastard betul2 larut, then baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah kastard jadi pekat & berkilat. Jangan tinggal2 kalau tak nanti kuah berketul2 tak comel dah. Oh ye, pepandai la adjust nak manis macam mana. Pakai gula ye bukan garam. -,-
4) Pastu dah pekat, terus tutup api dan kacau slow2 dan bila dah agak2 suam, baru tuang atas lapisan kek. Sejukkan sekejap.





1) Next untuk lapisan seterusnya iaitu jeli. Jeli ni ikut je procedure yang disediakan dekat belakang kotak jeli yang korang beli tu. Kacang je ah!
2) Dah agak2 mendidih, tuang jeli atas lapisan kastard yang dah mengeras sikit tadi. Oh ye, sebelum tu susunlah buah2 sikit atas lapisan kastard tadi. Ikut suka la nak banyak mana. Tak nak susun pun takpe. Campak pun boleh..
3) Okay ni yang dah siap susun dan hias comel2, boleh la simpan dalam peti ais. Lagi lama lagi bagus, sebab kalau dia lembik sangat tak best. Dalam dua or tiga jam tu ok la. Tapi kalau korang dah kebulur sangat tak tahan, setengah jam pun ok. Makan dengan whip cream pun sedap, makan macam tu je pun sedap!


So, anak-anak dara kat luar tu, kalau rasa2 nak try silakan la~ Bagi la parents ke, kawan2 ke rasa.. Nak lagi up, hantar kat jiran. Kot2 ada yang berkenan nak buat menantu. Naik saham kau jahh~! Hohoho
Adios!

Saturday, October 8, 2011

'Arabian Night' Mood ^^

Salam readers semua~! Okay currently saya berada di rumah, you know, my parents punya rumah, means my family punya rumah la, bukan rumah yang universiti sediakan untuk student dia dekat Pahang tu. Ni rumah tempat saya membesar daripada zaman tadika dulu sampai sekarang ni dah besar menawan, ok stop it. Well, memandangkan hari ni malam pertama saya berada di rumah setelah 2 minggu tak balik (LOL), jadi my parents pun meraikannya dengan gilang gemilang ala2 party Halloween dengan costume vampire dracula semua tu, oh tak rekaan semata2 je. Takdela gilang-gemilang mana, just pergi makan dinner dekat luar je haha lawak, pfftt tak lawak langsung. -________-"


Eh apehal aku mesti merapu dulu baru sampai pada main point? Perlu ke? 


Sebenarnya nak cakap, tadi pergi keluar dinner dengan Ohana a.k.a My Family a.k.a Keluarga ku, untuk bahasa lain pergi cari sendiri dalam kamus. Dan memandangkan dah lama diorang dok gebang2 dengan aku pasal sebuah restoran arab yang terletak hanya 10 minit dari rumah aku tapi tak pernah nak bawak aku sekali, aku pun paksa diorang untuk bawak aku pergi makan situ tadi! Cewah takdela paksa, pujuk molek2 la. Haha saya anak yang baik tau. Sangat bersopan santun dan berbudi bahasa. -_-

Mari kita layan gambar sahaja.



Ini lah restoran tu, Barada-True Arabic Cuisine.
Amik gambar dekat menu book dia je sebab segan nak amik gambar depan2 pintu gerbang dia. ^^


Untuk menjimatkan masa dan tenaga, saya meminta bantuan Encik Photoscape untuk menggabungkan sahaja gambar2 tersebut sebab memang beruban la kalau nak upload satu2.



1) Air saya, Mango Juice harga rm6.50. Menyesal gak tak order tembikai je tadi. :/
2) (gambar atas) Ini nama dia aku tak ingat, tapi lebih kurang kebab la. Harga rm7 satu set.
3) (gambar bawah) Nasi ape entah aku tak ingat nama dia, seriously nama makanan dia pelik2! Siap ada tulisan arab lagi kat belah kiri dia. Haha. Tapi nasi ni lebih kurang beriyani gak la, pastu ada beberapa ketul ayam besar penumbuk yang sedap gilers. Satu set boleh dapat 5 orang makan kalau takde monster la. (ish terasa!) Harga, rm25 satu set. Jangan tanya aku berbaloi ke tak, sebab kalau aku, aku takkan bayar. Nasib baik bukan aku bayar. Hahaha



*Start dari atas kiri.
1) Decoration kat situ. Memang feeling berada dekat Egypt la! Abaikan budak baju merah tu. Lol
2) Nasi yang aku bubuh dekat pinggan aku. Haha pastu tambah 1 round lagi. =="
3) Kebab tadi. Makan dengan homemade sos and mayonis
4) Kerakusan terserlah. Orang tengah lapar tau tak? Jangan banyak cakap!



Err. LICIN!


Conclusionnya, okay la makanan dia. Sedap dan berbaloi (bak kata ibu aku). Tapi kalau aku, baik pergi makan chicken chop lagi best! Ceh padahal dia yang gedik nak makan makanan arab. Tuihh! Sesiapa nak try sila lah datang ke restoran ini yang terletak di 
Persiaran Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn, 
Cheras, Selangor. 

Nak alamat penuh, google sendiri.


*Tadi ada shisha tapi ayah aku ugut kerat kepala (hiperbola je) kalau dia tahu ada anak dia berani amik shisha!... Okay seram so kitorang terus diam tak berani nak sebut lagi. Haha


Okay dah. Adiosa~!

Wednesday, October 5, 2011

Fading away...

I never thought that you would be the one to hold my heart
But you came around and you knocked me off the ground from the start
You put your arms around me and I believe that it's easier for you to let me go
You put your arms around me and I'm home


How many times will you let me change my mind and turn around?
I can't decide if I'll let you save my life or if I'll drown
I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me 'cause I'm already falling
I'll never let our love get so close
You put your arms around me and I'm home


The world is coming down on me and I can't find a reason to be loved
I never wanna leave you but I can't make you bleed if I'm alone
You put your arms around me and I believe that it's easier for you to let me go...
I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let our love get so close
You put your arms around me and I'm home


I tried my best to never let you in to see the truth
And I've never opened up
I've never truly loved 'til you put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go
I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let our love get so close
You put your arms around me and I'm home
You put your arms around me and I'm home 




Arms, by Christina Perri

Monday, October 3, 2011

Pointless

Amaran keras: Entry ini hanya akan buang masa anda. Sila surrender awal-awal kalau tak sanggup. >:D


Wahh genap 13 tahun dah aku tak update belog! Ini satu pencapaian! *bunyi bunga api meletup letups* Okay penipu baru 13 hari. Nasib baik aku bukan blogger tegar. Kalau blogger tegar, nak-nak yang famous amos tu, 13 hari tak update belog mau lari semua follower. Kesian kau jahh. Eh ape adehal?

Hmm kebelakangan ini macam sedikit sibuk. Padahal tak tau la apa je yang sibuk sangat tapi sibuk la jugak. Al maklumlah, kite baru masuk degree. Hihi eh kite dah besar la boleh kahwin dah lepas ni! Yayy. Psiko kottt minah ni. Ingatkan nak upload sikit gambar sepanjang 3 minggu bergelar student degree, tapi broadband ni lambat macam siput, alamatnya 3 minggu lagi baru selesai upload kot. *hiperbola. Kalau nak tengok gambar add la aku kat facebook. Tapi kalau aku tak kenal kau memang aku takkan approve la sorry la. So apa sebenarnya point kau anis? Boooo



konon ah busy sampai cenggini.


Okay lain kali saya update lagi. Ada jemputan majlis hari jadi dekat rumah member, weehoo makan free yayy! Padahal dah makan nasi sepinggan tadi. Ish macam mana nak kurus kalau nafsu macam monster.


Aku dah cakap entry ni takde faedah pun buang masa je kau baca! Haha padan muke! -..-

Tuesday, September 20, 2011

Artis Youtube

Salam semua. Amboi sekarang ni dah makin ramai nampaknya newcomer dalam dunia nyanyian tanah air kita ni. Kalau bukak Youtube tu, memang banyak betul video2 dari 'artis Youtube'. Masing-masing dengan pakej serba lengkap. Rupa, bakat, suara. Siapa tak kenal, Najwa Latiff, Ainan Tasneem, Matluthfi (eh tak ni bukan penyanyi, hihi). Semuanya best-best kan.




*dah kenapa aku tulis gaya penulis blog gosip artis pulak ni?*


Okay tak. Sebenarnya tujuan asal aku nak promote satu video ni je. Beliau ni kira newcomer jugak la, dan beliau merupakan kawan aku dulu masa sekolah rendah. Masa sekola menengah terpisah kejap. Lepas tu sekarang dah jumpe balik. Haha tengok-tengok dia sekarang ni dah buat lagu. Fuh hebat sungguh Ahmad Wafiy Azhar ni. Kalau dapat request satu lagu khas untuk aku pun best jugak kan. *eh mengarut ape si gedik ni. =p

And this is one of my favorite song from him.




*By the way, dia orang Malaysia ye. :) Silalah tengok lagu2 Wafiy yang lain dekat Youtube.

Monday, September 12, 2011

CerPen = Cerita Pendek *maksudnya kali ni entry pendek je

Hari ni badan rasa lemah je. Mood pun tak berapa baik. Huhu. Rasa macam tak sedap gile badan ni. Nak termuntah ada, nak mengamuk ada, yang paling tak tahan tu, rasa mengantuk yang teramat sangat sepanjang masa. Pulak tu, satu hari ni macam sejuk2 je rasa sampai ke tulang. Nak mandi pun MALAS. Haha agaknye sebab aku puasa hari ni kot. Badan terkejut. Hihi yela dah 2 minggu melantak makanan macam-macam, tetibe hari ni puasa balik. Memang terkejut la sistem badan ni kan. Dan memang dugaan besar betul puasa kat rumah ni bila orang lain tak puasa. Makanan merata-rata menduga keimanan! Hahaha. Hari ni cuma aku dan ibu je yang puasa. So tengahari tu aku la yang kena masak lauk untuk adik-adik monster kat rumah ni. Heheh terliur jugak la masa masak tu, nasib baik iman masih lagi teguh. :P



I did crazy stuff too. Well, yeah. =_=



All the best to UPSR students for tomorrow BIG BIG DAYY! Heheheheheheee *evil smile with cute puppy eyes* xD

Friday, September 9, 2011

falling to pieces.



Why do this stupid things happen again? Why do you always fall for a wrong heart? Why do you always fall for a heart that is never ready to catch you back? Why do you have to broke your own, fragile heart, every time?

Thursday, September 8, 2011

Wordless Thursday boleh?

Sebab dah nak pukul 1 pagi ni, bukan wednesday lagi la kan? Takleh la buat wordless wednesday macam orang selalu buat tu. Huhu.


Eh sape budak comel tu *perasan
(with nenek somewhere around 1993) ngaa~


Iklan :

Kepada bakal suamiku (yang masih tak diketahui sape), saya suka nama Arianna Sara kalau ada anak perempuan. Boleh panggil dia Sara, hihi comel je kan.. Jadi awak tak boleh kacau sebok2 nak bagi nama pulak. Saya dah reserve awal2 nak nama tu tau. Tapi kalau awak tu keturunan raja ke, ada bau2 bacang dengan mana2 sultan ke, saya tak kisah awak nak letak tengku or puteri or pape jela pangkat yang awak nak dekat depan nama tu. Hahahaha *adoi mereng dah ni! Baik tidur sekarang, esok kena bangun awal. Haiyaaaaaakkk!



p/s : boleh pulak ada iklan. =_="


Tuesday, September 6, 2011

Tersebutlah kisah di hari raya

Salam. :)

Oih lama betul tak update ye. Hihi. Alang2 tu, di kesempatan ni ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya yang ke-7 kepada semua yang tengah baca tulisan saya sekarang ni. Haha. Tak sangka ye kalian masih setia membaca karangan saya yang tidak seberapa ni. "Ku sedar ku tak seberapa, jika dibanding mereka, yang jauh lebih megah " .. Amboi terfeeling lagu Stacy pulak tetibe. -,-"



Ini candid. hihi. Tapi setelah diedit, sebelah muka hilang. xD
*tiada motif


Aku takde banyak gambar raya pun. Masa pagi raya tu banyak pakai kamera cousin. So takde banyak gambar dalam simpanan aku. huhuhu~ Sepanjang raya tu banyak perkara best yang berlaku. Sehingga tak tertulis lah. Hoho. Part yang paling best, masa raya pertama tu aku dengan cousins pergi tengok wayang, Final Destination 5, siap tengok 3D lagi tuu! Haha. 1st time dalam sejarah pegi tengok wayang masa raya pertama. Wee~ Tiket memang tak boleh blah la mahalnye. RM 20 per ticket. Kalau bukan kerana abang sedara ku yang hensem dan kakak sedara ku yang jelita belanja, memang aku sanggup tengok cerita lain. (nak tengok Hantu Bonceng pulak lepas niiii!) 



ni la dia geng wayang pada petang raya pertama tuu. hihi.


Lagi 1 part yang menarik berlaku ahad kelmarin, hikhikhik. Orang seremban datang rumahhh. Dengan satu family sekali datang. Tapi bukan rombongan merisik mahupun meminang ye. Hanya untuk mengeratkan silaturrahim je. Huhu. Pandai pulak tu dia cari sendiri rumah aku. (eleh padahal pakai GPS) Haha. Muka excited gue masa tu memang tak dapat dinafikan la. Adik aku cakap muka aku merah. Haha. Gedik sungguh. Mula tu segan2 jugak la, tapi lepas tu selambe dek je. Buat pe nak malu dengan si Mr Doremon tu. Please lah. Haha. Lagipun aku dah pernah jumpa mak ayah dia sebelum ni beberapa kali, so, buat cool je sudah lah. (tapi control keayuan juga perlu!) Hee.


*Lupa pulak nak amik gambar dengan diorang. Haishhh


Lagi part yang best, masa konvoi raya bersama geng sabtu lepas. Hoho. Sampai 3 kereta tu! Padahal ada la dalam 7 orang je yang join konvoi. Ceitt. Saje je tu masing2 nak show off kereta kan. Haha gurauuu! :P


blur la pulak gambo nye. huhu. tengok tu meja bersepah.
sedap sangat ke aku masak kawan2? haha



si driver bertudung merah tu. sape nak ngorat? :P


feewwit.



Okay, dah2 la tu tayang gambar ye. Hee. Till then, adios~!



Monday, August 22, 2011

If you were me, maybe you would understand better.

Dear You,

Thank you for being the first person ever to be so brave telling me that you likes me.
Thank you for being the only boy who always letting me know that there is was someone who love me with full of his heart. 
Thank you for being strong when i dumped and frustrated you that day.
Thank you for accepting me as your friend again after all the pain you've been through.

Honestly,

I really appreciate it when you tell me you likes me. I do. I really do.
I really appreciate your efforts to always letting me know how big your love was. Even though I may seem to not even care at all. Trust me, I actually do.
I really appreciate the strength you hold for all the pain I gave. I truly never meant to hurt you. Really.

You'll never understand why I made the decision that day. It's not that I can't accept you for what you are, for the way you look or what so ever, much less to look down on you. No.

Frankly, I was really hurt when you said I dumped you because I was too much looking for good appearance. I would never do that. I really don't know how to explain to you. As I said, you would never understand.

And now, after all that we have been through, we are still friends. A good friends as I can tell. And I am very thankful for that. We might have forgive each other, but I know, none of us could forget all the things that happened. It's okay, if that is the only way to make sure that I would not vanish from your mind, or maybe, from your heart.


And now I heard that you are leaving. I dont know why I feel like I've lost something that I should have treasure the most. Something I'll never have again. I know that I shouldn't feel this way. I'm sorry but I couldn't help it. Maybe time will heal this feelings one day. It's funny how we ignore those who adore us, adore those who ignore us, hurt those who love us and love those who hurt us. Ironic huh? It's often happened though. Especially in my life. Sigh. And now I'm tired of it.

So, for the last time, I would like to wish you a very best luck there. Maybe you'll found someone better than me. Much better than me. Because you deserve that. And take care friend. Don't let anyone to hurt you again. Always remember this, Don't ever fall for a person who are not ready to catch you back.





It will be ok. :)


Thank you so much, and goodbye.

Thursday, August 18, 2011

End of Line

Keinginan untuk memotong rambut aku masih menebal di dalam diri. Hanya menunggu lampu hijau dari ibu ayah je ni. Hoho. Bukannya diorang tak kasi potong rambut, tapi diorang belum kasi aku duit untuk pergi potong rambut. Lol. Pathetic amat. Memang sejujur-jujurnya ikhlas dari hati aku yang paling dalam aku nak berterus-terang, aku tak ada duit dah ni. Dalam purse ada sekeping duit rm10 dan beberapa keping duit singgit. (sila nangis sekarang!) Padan muka siapa suruh pemalas pergi cari kerja kan. Hamek kau!

Lupakan part yang mendukacitakan itu. Sini aku nak show off sikit. Well, dulu aku pernah post dekat belog ni pasal rambut idaman aku. I mean, hairstyle yang aku nak buat kalau aku berjaya potong rambut satu hari nanti. -..-


TARAAA~~!

Ya, yang ini. Sangat menepati kehendak aku yang ingin menggunting rambut tetapi syaratnya rambut itu masih tetap melepasi paras bahu dan masih mengekalkan ciri-ciri layer. Hihi. Sayang tau kalau nak potong rambut ni pendek2 sangat. Penat bela sampai pinggang dah ni. Sampai boleh buat tali ala-ala rapunzel. Hek.

Tapi, seiring dengan perubahan masa, pematangan minda (aduh, merepeks), aku decide untuk potong rambut lebih pendek dari syarat di atas. Mungkin macam yang ini,




Ya, ini Scha Al-Yahya. Saya tahu dia cantik. Sila jeles bersama saya sekarang. Huhuhu~ Aku dah buat keputusan untuk pilih haircut yang begini. Ya, exactly seperti yang ini. No objection! Hihi. Entah kenapa terasa diri akan kelihatan lebih muda jika berambut seperti ini. Lol



Sungguh comel bukan?


* Di kesempatan ini, ingin memohon maaf di atas ke-emo-an entry saya yang sebelum ini. Macam orang baru putus cinta je kan. Oh tidak tidak, saya tidak putus cinta pun. Jangan risau. Haha. Cuma sedikit perkara tidak diingini berlaku membuatkan emosi saya jatuh. Tapi jangan risau, saya baik-baik je sekarang. Hohho~ (poyo la kau macam ada orang risau je)


Okay bai.