Thursday, October 13, 2011

Anis di dapur..

Cehh, yoyo oo je tajuk dia kan. Ada gaya calon menantu pilihan tak? Haha gelabah la kau macam kau sorang je yang masuk dapur. Okay sebenarnya dah lama nak buat entry ni, tapi baru sekarang dapat curi masa untuk update. Hee. Hari sabtu lepas, saya dengan kerajinan tahap impak maksima telah membuat sebuah(?) pencuci mulut atau bahasa inggeris-nya, dessert. Lol. Namanya Triffle. Sape pernah dengar? Ala mesti semua pernah dengar kan. Triffle ni dessert yang mempunyai 3 lapisan iaitu bawah sekali adalah kek, kedua adalah puding kastard dan lapisan atas sekali adalah jeli bercampur buah-buahan enak. Ini versi yang paling simple gile tahap adik-adik tadika pun boleh buat la. Kalau korang google image, lagi banyak jenis Triffle yang boleh korang try sebenarnya. Lalala


Triffle versi Anis.
(ala tak nampak lapisan kek kat bawah tu)


Memandangkan saya tak kedekut, marilah saya berkongsi resepi ini dengan anda-anda semua, mana tahu kot2 ada yang berminat nak cuba. Hihi. Lagipun resepi ni saya dapat dari internet jugak. Jadi apa salahnya kita sharing is caring bersama kan. Dapat profit pahala lagi..






1) Bahan-bahan : 
      - Sebuku swiss roll atau butter cake pun boleh
      - 1 tin buah2an campur/cocktail
      - 1 tin buah lychee (tambahan je, boleh guna apa2 buah pun)
      - 1 kotak kristal jeli. Saya guna perisa strawberry jenama Nona.
      - 1 tin susu cair
      - 4 sudu besar tepung kastard
      - 1/2 tin air buah2an campur tadi. Guna air biasa pun boleh.
2) First of all, susun hirisan kek (lbh kurang 2 cm) kat dasar bekas. Make sure padat ye!
3) Masak castard. Campur 1 tin susu cair, 4 sudu besar tepung kastard & 1/2 tin air buah2an campuran tadi sampai tepung kastard betul2 larut, then baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah kastard jadi pekat & berkilat. Jangan tinggal2 kalau tak nanti kuah berketul2 tak comel dah. Oh ye, pepandai la adjust nak manis macam mana. Pakai gula ye bukan garam. -,-
4) Pastu dah pekat, terus tutup api dan kacau slow2 dan bila dah agak2 suam, baru tuang atas lapisan kek. Sejukkan sekejap.





1) Next untuk lapisan seterusnya iaitu jeli. Jeli ni ikut je procedure yang disediakan dekat belakang kotak jeli yang korang beli tu. Kacang je ah!
2) Dah agak2 mendidih, tuang jeli atas lapisan kastard yang dah mengeras sikit tadi. Oh ye, sebelum tu susunlah buah2 sikit atas lapisan kastard tadi. Ikut suka la nak banyak mana. Tak nak susun pun takpe. Campak pun boleh..
3) Okay ni yang dah siap susun dan hias comel2, boleh la simpan dalam peti ais. Lagi lama lagi bagus, sebab kalau dia lembik sangat tak best. Dalam dua or tiga jam tu ok la. Tapi kalau korang dah kebulur sangat tak tahan, setengah jam pun ok. Makan dengan whip cream pun sedap, makan macam tu je pun sedap!


So, anak-anak dara kat luar tu, kalau rasa2 nak try silakan la~ Bagi la parents ke, kawan2 ke rasa.. Nak lagi up, hantar kat jiran. Kot2 ada yang berkenan nak buat menantu. Naik saham kau jahh~! Hohoho
Adios!

No comments:

Post a Comment