Sunday, January 29, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan ini, saya dengan rasminya telah memulakan semester baru sebagai pelajar ijazah. Tahniah diucapkan kepada saya. Haha. Nak kata teruja, memang tak la. Nak kata sedih pun langsung tak. Cuma sedih sikit terpaksa meninggalkan 'teddy bear' kesayangan kat rumah tu. Huhu. Entahla, tak ada feel pun masuk sem baru ni. Cuma berharap supaya sem ni menjanjikan yang lebih baik dari sebelum ni. InsyaAllah. Aminnnn. Hihi.

'teddy bear' kesayangan tengah main pasir kononnya nak buat istana ala2 istana Balqis tu
ok tipu.


kononnya nak join kakak2 dia melompat tapi tak sedar diri terlalu
berat untuk melompat. hahaha comel je~



rindu already. T__T



Ok nak pergi mandi wangi-wangi pastu pergi melantak dengan ein tersayang dekat foodcourt (tu je yang mampu) lepas tu tengok AJL secara online. Wahh seronoknya hati dapat hidup di zaman yang serba moden ni. Wahahah. Semoga line internet tak buat hal malam ni. Or else, terpaksa menebalkan muka pergi ketuk rumah member yang ada tv semata-mata nak tengok AJL. Semangat kesukanan gitu *mana kaitannya entah?

Sunday, January 15, 2012

Never forget, Never regrets :')

Heartbeats fast. Colors and promises
How to be brave, how can I love
When I'm afraid to fall.


I kinda miss my school days. Like seriously. Really. Really miss them. Dulu teringat masa bertugas time rehat tu, kena jaga dekat belakang kantin sekolah. Kat situ memang port budak2 yang terlebih adrenalin a.k.a NAKAL tahap maksimum punya lah. Kalau dah habis makan, selamba badak dia je tinggalkan pinggan mangkuk. Sebagai pengawas yang poyo bertanggungjawab, aku lah yang selalu tegur diorang. Kengkadang tu diorang buat taktau je. Memang cari nahas la kan. Aku pun ape lagi, sekali tengking je cukup. Haha. Lepastu aku paling bahagia bila dapat rampas henfon budak2 yang tak dengar cakap, orang dah kata jangan bawak phone curi2 gi sekolah, kau degil. Rasakan la. (untold story: lepas habis sekolah diorang cari aku balas dendam )


But watching you stand alone,
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

Dulu sebelum aku jadi pengawas, memang aku meluat habis la dengan spesies pengawas ni. Poyo tak boleh blah. Bajet good good je. Diorang ingat diorang sape nak arah2 kan orang? Sepak kanggg. Haha. Tapi lepas aku rasa sendiri macam mana 'gah'nya jadi pengawas ni, baru faham sebenarnya itu semua tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Ingat pengawas semua tu nak sangat ke sebok2 jaga tepi kain orang, rampas liquid paper, rampas henfon orang (eh, mcm aku je) Semua tu kerana TANGGUNGJAWAB. Kang kalau tak buat, kena maki dengan cikgu disiplin, kena pecat, sape nak jawab? Kalau lepas dekat dunia ni pun, nanti dekat akhirat bila kena soal tentang tanggungjawab sebagai pengawas yang tak dijalankan dengan betul, ha macam mana? Kau nak tolong jawabkan?? So jangan nak simply mengata2 kami spesies pengawas ni. Eh? Emo pulak?


I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more.


Lepas tu dulu, masa zaman form 4 and form 5, dalam kelas aku duduk dekat sebelah kartunis paling hebat, paling aku kagumi (selain Ben & Kaoru) iaitu Ainul Hakimah! Wuuu rindu gile dekat ainul. Lepas habis sekolah dah JARANG gile contact dia. Dulu masa sekolah, kitorang ada usahasama buat komik. Aku buat storyboard, dia lukis. Memang dapat sambutan ah komik kitorang tu. Siap plan nak hantar dekat Gempak Starz, tapi entah kenapa tak hantar2 pun sampai sekarang. Haha. Takpe, simpan jadi kenangan pun dah cukup. :')

anis ainul
ainul sayang. i miss you. :')


Lagi satu, dulu aku ada minat dekat sorang budak laki ni, athlete sekolah pulak tu. Main bola sepak. Haha my  'Mr Soccer'. Aku minat dia dari form 2. Jadi Silent Secret Admire selama 3 tahun, form 2 sampai form 5 tau. Hebat tak hebat? Sampai kan salah satu watak dalam komik aku tu, diadaptasi dari dia. Hihi. Masa tu memang hati takde untuk orang lain, dia sorang je dah cukup. Walaupun ada la beberapa orang skandal (la kononnya), hati tetap nak dia. Tapi nak buat macam mana, Mr Soccer tak pernah respon. Sebab aku yang tak pernah cakap kot? Haha padan muka. By the way, that was few years ago. Sekarang dia pun dah ada hidup baru, awek baru kot? Aku pun dah tak menaruh harapan tinggi macam dulu. :p

Time stands still, Beauty in all she is
I will be brave, I will not let anything take away
What's standing in front of me.
Every breath, Every hour has come to this.
One step closer



yeah..we are gammamias!
geng gosip. Ahh rinduuu~


Paling best, bila cikgu tak masuk kelas, memang sekelip mata kelas bertukar jadi Pasar Tani. Haha. Main truth or dare, bergosip, budak laki buat adegan Back flip kat belakang kelas. Haha. :') Masa main truth or dare, aku pernah kena 'Dare' pegi confess dekat Mr Soccer and ajak dia couple. Hahahah gila!  Diorang bagi masa, lepas abis rehat aku kena pegi confess. Tak boleh blah. Aku pun ape lagi, masa rehat tu main taktik kotor. Aku pergi jumpe dia, cakap kat dia awal2 aku kena 'Dare' oleh mereka untuk cakap "Jom kita couple?". Aku bagitau awal2 supaya dia tak fikir yang aku betul2 suka dia. Padahal............. Haha pandai kau cover nyahh. Dia pun sporting je, dia cakap ok. Penyudahnya lepas rehat aku pegi teruskan 'Dare' aku tu, dengan satu kelas memandang. =___=" Ketaq lutut tau. Haha. Paling best bila dia balas, " Apa salahnya.." Rasa macam terbang dekat kayangan weh! Tapi bila teringat yang aku dah bagi tau dia awal2 yang semua ni hanya olok2 belaka, aku pun terfikir maybe jawapan dia tu pun hanya olok2. T___T

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you a thousand more


Kelakar la bila teringat kisah2 zaman sekolah dulu. Cinta monyet, friendship. What a life~ :) Oh lagi satu! Masa form 5, sekolah kitorang ada pertandingan lakonan. Somekind like theater. Mini theater. Haha. Kelas aku pilih nak buat cerita Phantom of the Opera. Aku jadi watak dancer je. Bukan heroin punn. Watak dancer means kena dance la kan. Huu memang best. Kitorang kena menari ballroom dance. Rehearsal paling best, sebab bebas nak menari2. Haha. And, part paling best, pasangan aku ialah Mr Soccer! Seronok bukan kepalang dapat menari dengan 'putera idaman'. Lagu kitorang masa tu, 'I Want To Spend My Lifetime Loving You', ala lagu tema cerita Zorro tu. Hihi. Taaapiiii, malangnya, masa hari bersejarah tu, aku tak dapat datang, sebab kena ikut family balik kampung. SO SAD! Nasib baik watak aku cuma dancer je, boleh diorang cari pengganti cepat2. And plus, adegan menari tak diluluskan cikgu, sebab ada scene pegang2 tangan. Hahaha. Lega jugak la aku sebab Mr Soccer aku tak kena menari dengan orang lain. Kahkahkah. Kelakar betul la. Rinduuuu sekolah! Eh, rindu sekolah ke rindu lain? Hihi. :')


graduated..lalala
graduation day 2009. :')


lps diorang abis perform phantom of the opera versi GAMMMA '09
geng Phantom of the Opera. :') Sadly I'm not there. Hmm


weh aku rindu giler waktu ni!
ni pun gamba curik. lalala
4 Gamma, 2008.


concentrate! (la sangat..)
riang ria!! *for sure mase ni blum lg dikejutkan dgn result yg........heheh*
5 Gamma, 2009.


Ok enough about school days. Hmm, nanti bila dah habis belajar dekat U ni, mesti rindu kampus pulak kan. Haha biasa la tu kan. Eh panjang gila entry kali ni. Sesiapa yang berjaya baca sampai habis ni memang gua respect la sama lu! Mesti pembaca setia kan? Haha. Thank you semua. :') Kalau aku rajin, aku update panjang-panjang lagi okay? Adios~ 


And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more.






- Christina Perri, A Thousand Years.


Tuesday, January 10, 2012

try to count the stars. i want you that much.

Dear Fahrin Ahmad,

Please, be my Mr Superman. My ONLY, Mr Superman. Wuuuuu

 
picture credit : Google.


p/s : 
Meroyan pulak malam2 buta. By the way, ada tak Fahrin Ahmad Junior untuk aku?
Please. Aku nak. (ceh suka hati je kau)