Wednesday, October 26, 2011

don't worry be happy.

Ahhaa.. Tajuk yang sangat menginspirasikan. Sekali lagi, entry kali ni merupakan lebih kurang short update sahaja seperti entry sebelum ni. Aku masih belum mempunyai masa yang betul2 tepat dan sesuai untuk update entry yang lebih menginspirasikan dan berfaedah. Senang cakap, belum ada idea yang betul2 bernas untuk diceritakan. Sekadar menyinggah untuk bertanya khabar. Eh salah, untuk memberi khabar (?) Okay whatever seperti biasa perenggan pertama langsung tak ada isi penting dan sangat merapu.

Jadi lusa dah kena berangkat meninggalkan dunia rumah yang tercinta untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di negeri orang. Kahkah bajet macam study dekat Chicago je padahal Pahang je pun. Memandangkan lusa aku dah nak blah, siang tadi kelam kabut la settlekan ape2 yang patut. Pergi buat interview untuk assignment Management subject. Dahla kena interview top management atau managers2 sahaja, whole conversation must be in english pulak tu! Kena rakam pulak tu! Nasib baik aku dapat cameraman separa professional iaitu ayahanda tercinta. Haha. Feeling2 sikit konon tengah berlakon samarinda ah. Part yang paling best nye, correspondent aku yang ketiga tu, fuhh gile kentang punya hensem! Haha. Muda lagi tu. Mana tak berdetup-detap hati mak nokk. Aku sure umur dia mesti belum 30 lagi. Konfem ah! Yes yes ada chance nak ngorat. Hohoho dah diam. =___="

Oh ye, semalam berjaya memecah rekod peribadi apabila berjaya buat Pie dengan jayanya walaupun baru 1st time. Ceh, bangga letteww?



Taraaa~! Cheesy Peach Pie. Untuk filling pie aku letak lots and lots of buah peach, pastu banjirkan dia dengan cream cheese. Fuhh bila makan sejuk2 tu, nikmat dia ibarat berada dalam kapal Titanic sambil dipeluk oleh Jack Dawson si hensem. Bangga jugak la apabila berjaya membuat pie sebab benda ni dah laaamaa gile aku teringin nak buat sendiri. Next project, nak buat pizza sendiri pulak. Fuhh dah boleh bukak kedai ni pastu boleh kahwin terus. Ngehngeh.

Oh ye, di kesempatan ini ingin mengucapkan Happy Deepavali kepada semua! Esok cuti yay! Tapi aku ada banyak lagi kena siapkan kerja assignment. TAK yay! Ahh, don't worry be happy :D

Monday, October 24, 2011

Khabar,

Hai semua apa khabar? Khabar baik oh bagus la tu sebab khabar saya tak berapa baik ni dan saya sangat benci situasi ini okay full stop. (baca dalam satu nafas sahaja) Menyedihkan sungguh cuti kali ni seperti tidak cuti saja. Dahla orang semua dah mula bercuti dari hari khamis lagi, sedangkan aku hanya sampai di rumah yang tercinta pada hari sabtu yang lalu dan yang lebih menyedihkan, aku tak dapat balik Muadzam hari ahad seperti rakan2 lain yang sedang bergumbira sebab ada kerja yang perlu diselesaikan pada hari jumaat jadi bermakna hari Khamis sudah harus berambus dari Kota Cheras yang indah ini. Dan itu juga bermakna cuti aku lebih pendek dari kawan2 yang lain. Untungla kau kawan2... Sigh. +____+


Lebih memeritkan lagi, cuti kali ni lecturer telah memberi assignment yang gile-gile punya banyak dan saya sesungguhnya teramatlah malas untuk study pada saat ni. Baru nak amik feel holiday tau tetibe otak berbisik memberitahu bahawa assignment masih bertimbun belum diusik.


Jadi sebelum keadaan lebih parah lebih baik saya undur diri dulu. Lain kali kita borak-borak lagi di sini okay. Adios!

Thursday, October 13, 2011

Anis di dapur..

Cehh, yoyo oo je tajuk dia kan. Ada gaya calon menantu pilihan tak? Haha gelabah la kau macam kau sorang je yang masuk dapur. Okay sebenarnya dah lama nak buat entry ni, tapi baru sekarang dapat curi masa untuk update. Hee. Hari sabtu lepas, saya dengan kerajinan tahap impak maksima telah membuat sebuah(?) pencuci mulut atau bahasa inggeris-nya, dessert. Lol. Namanya Triffle. Sape pernah dengar? Ala mesti semua pernah dengar kan. Triffle ni dessert yang mempunyai 3 lapisan iaitu bawah sekali adalah kek, kedua adalah puding kastard dan lapisan atas sekali adalah jeli bercampur buah-buahan enak. Ini versi yang paling simple gile tahap adik-adik tadika pun boleh buat la. Kalau korang google image, lagi banyak jenis Triffle yang boleh korang try sebenarnya. Lalala


Triffle versi Anis.
(ala tak nampak lapisan kek kat bawah tu)


Memandangkan saya tak kedekut, marilah saya berkongsi resepi ini dengan anda-anda semua, mana tahu kot2 ada yang berminat nak cuba. Hihi. Lagipun resepi ni saya dapat dari internet jugak. Jadi apa salahnya kita sharing is caring bersama kan. Dapat profit pahala lagi..






1) Bahan-bahan : 
      - Sebuku swiss roll atau butter cake pun boleh
      - 1 tin buah2an campur/cocktail
      - 1 tin buah lychee (tambahan je, boleh guna apa2 buah pun)
      - 1 kotak kristal jeli. Saya guna perisa strawberry jenama Nona.
      - 1 tin susu cair
      - 4 sudu besar tepung kastard
      - 1/2 tin air buah2an campur tadi. Guna air biasa pun boleh.
2) First of all, susun hirisan kek (lbh kurang 2 cm) kat dasar bekas. Make sure padat ye!
3) Masak castard. Campur 1 tin susu cair, 4 sudu besar tepung kastard & 1/2 tin air buah2an campuran tadi sampai tepung kastard betul2 larut, then baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah kastard jadi pekat & berkilat. Jangan tinggal2 kalau tak nanti kuah berketul2 tak comel dah. Oh ye, pepandai la adjust nak manis macam mana. Pakai gula ye bukan garam. -,-
4) Pastu dah pekat, terus tutup api dan kacau slow2 dan bila dah agak2 suam, baru tuang atas lapisan kek. Sejukkan sekejap.





1) Next untuk lapisan seterusnya iaitu jeli. Jeli ni ikut je procedure yang disediakan dekat belakang kotak jeli yang korang beli tu. Kacang je ah!
2) Dah agak2 mendidih, tuang jeli atas lapisan kastard yang dah mengeras sikit tadi. Oh ye, sebelum tu susunlah buah2 sikit atas lapisan kastard tadi. Ikut suka la nak banyak mana. Tak nak susun pun takpe. Campak pun boleh..
3) Okay ni yang dah siap susun dan hias comel2, boleh la simpan dalam peti ais. Lagi lama lagi bagus, sebab kalau dia lembik sangat tak best. Dalam dua or tiga jam tu ok la. Tapi kalau korang dah kebulur sangat tak tahan, setengah jam pun ok. Makan dengan whip cream pun sedap, makan macam tu je pun sedap!


So, anak-anak dara kat luar tu, kalau rasa2 nak try silakan la~ Bagi la parents ke, kawan2 ke rasa.. Nak lagi up, hantar kat jiran. Kot2 ada yang berkenan nak buat menantu. Naik saham kau jahh~! Hohoho
Adios!

Saturday, October 8, 2011

'Arabian Night' Mood ^^

Salam readers semua~! Okay currently saya berada di rumah, you know, my parents punya rumah, means my family punya rumah la, bukan rumah yang universiti sediakan untuk student dia dekat Pahang tu. Ni rumah tempat saya membesar daripada zaman tadika dulu sampai sekarang ni dah besar menawan, ok stop it. Well, memandangkan hari ni malam pertama saya berada di rumah setelah 2 minggu tak balik (LOL), jadi my parents pun meraikannya dengan gilang gemilang ala2 party Halloween dengan costume vampire dracula semua tu, oh tak rekaan semata2 je. Takdela gilang-gemilang mana, just pergi makan dinner dekat luar je haha lawak, pfftt tak lawak langsung. -________-"


Eh apehal aku mesti merapu dulu baru sampai pada main point? Perlu ke? 


Sebenarnya nak cakap, tadi pergi keluar dinner dengan Ohana a.k.a My Family a.k.a Keluarga ku, untuk bahasa lain pergi cari sendiri dalam kamus. Dan memandangkan dah lama diorang dok gebang2 dengan aku pasal sebuah restoran arab yang terletak hanya 10 minit dari rumah aku tapi tak pernah nak bawak aku sekali, aku pun paksa diorang untuk bawak aku pergi makan situ tadi! Cewah takdela paksa, pujuk molek2 la. Haha saya anak yang baik tau. Sangat bersopan santun dan berbudi bahasa. -_-

Mari kita layan gambar sahaja.



Ini lah restoran tu, Barada-True Arabic Cuisine.
Amik gambar dekat menu book dia je sebab segan nak amik gambar depan2 pintu gerbang dia. ^^


Untuk menjimatkan masa dan tenaga, saya meminta bantuan Encik Photoscape untuk menggabungkan sahaja gambar2 tersebut sebab memang beruban la kalau nak upload satu2.



1) Air saya, Mango Juice harga rm6.50. Menyesal gak tak order tembikai je tadi. :/
2) (gambar atas) Ini nama dia aku tak ingat, tapi lebih kurang kebab la. Harga rm7 satu set.
3) (gambar bawah) Nasi ape entah aku tak ingat nama dia, seriously nama makanan dia pelik2! Siap ada tulisan arab lagi kat belah kiri dia. Haha. Tapi nasi ni lebih kurang beriyani gak la, pastu ada beberapa ketul ayam besar penumbuk yang sedap gilers. Satu set boleh dapat 5 orang makan kalau takde monster la. (ish terasa!) Harga, rm25 satu set. Jangan tanya aku berbaloi ke tak, sebab kalau aku, aku takkan bayar. Nasib baik bukan aku bayar. Hahaha



*Start dari atas kiri.
1) Decoration kat situ. Memang feeling berada dekat Egypt la! Abaikan budak baju merah tu. Lol
2) Nasi yang aku bubuh dekat pinggan aku. Haha pastu tambah 1 round lagi. =="
3) Kebab tadi. Makan dengan homemade sos and mayonis
4) Kerakusan terserlah. Orang tengah lapar tau tak? Jangan banyak cakap!



Err. LICIN!


Conclusionnya, okay la makanan dia. Sedap dan berbaloi (bak kata ibu aku). Tapi kalau aku, baik pergi makan chicken chop lagi best! Ceh padahal dia yang gedik nak makan makanan arab. Tuihh! Sesiapa nak try sila lah datang ke restoran ini yang terletak di 
Persiaran Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn, 
Cheras, Selangor. 

Nak alamat penuh, google sendiri.


*Tadi ada shisha tapi ayah aku ugut kerat kepala (hiperbola je) kalau dia tahu ada anak dia berani amik shisha!... Okay seram so kitorang terus diam tak berani nak sebut lagi. Haha


Okay dah. Adiosa~!

Wednesday, October 5, 2011

Fading away...

I never thought that you would be the one to hold my heart
But you came around and you knocked me off the ground from the start
You put your arms around me and I believe that it's easier for you to let me go
You put your arms around me and I'm home


How many times will you let me change my mind and turn around?
I can't decide if I'll let you save my life or if I'll drown
I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me 'cause I'm already falling
I'll never let our love get so close
You put your arms around me and I'm home


The world is coming down on me and I can't find a reason to be loved
I never wanna leave you but I can't make you bleed if I'm alone
You put your arms around me and I believe that it's easier for you to let me go...
I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let our love get so close
You put your arms around me and I'm home


I tried my best to never let you in to see the truth
And I've never opened up
I've never truly loved 'til you put your arms around me
And I believe that it's easier for you to let me go
I hope that you see right through my walls
I hope that you catch me, 'cause I'm already falling
I'll never let our love get so close
You put your arms around me and I'm home
You put your arms around me and I'm home 




Arms, by Christina Perri

Monday, October 3, 2011

Pointless

Amaran keras: Entry ini hanya akan buang masa anda. Sila surrender awal-awal kalau tak sanggup. >:D


Wahh genap 13 tahun dah aku tak update belog! Ini satu pencapaian! *bunyi bunga api meletup letups* Okay penipu baru 13 hari. Nasib baik aku bukan blogger tegar. Kalau blogger tegar, nak-nak yang famous amos tu, 13 hari tak update belog mau lari semua follower. Kesian kau jahh. Eh ape adehal?

Hmm kebelakangan ini macam sedikit sibuk. Padahal tak tau la apa je yang sibuk sangat tapi sibuk la jugak. Al maklumlah, kite baru masuk degree. Hihi eh kite dah besar la boleh kahwin dah lepas ni! Yayy. Psiko kottt minah ni. Ingatkan nak upload sikit gambar sepanjang 3 minggu bergelar student degree, tapi broadband ni lambat macam siput, alamatnya 3 minggu lagi baru selesai upload kot. *hiperbola. Kalau nak tengok gambar add la aku kat facebook. Tapi kalau aku tak kenal kau memang aku takkan approve la sorry la. So apa sebenarnya point kau anis? Boooo



konon ah busy sampai cenggini.


Okay lain kali saya update lagi. Ada jemputan majlis hari jadi dekat rumah member, weehoo makan free yayy! Padahal dah makan nasi sepinggan tadi. Ish macam mana nak kurus kalau nafsu macam monster.


Aku dah cakap entry ni takde faedah pun buang masa je kau baca! Haha padan muke! -..-