Monday, October 24, 2011

Khabar,

Hai semua apa khabar? Khabar baik oh bagus la tu sebab khabar saya tak berapa baik ni dan saya sangat benci situasi ini okay full stop. (baca dalam satu nafas sahaja) Menyedihkan sungguh cuti kali ni seperti tidak cuti saja. Dahla orang semua dah mula bercuti dari hari khamis lagi, sedangkan aku hanya sampai di rumah yang tercinta pada hari sabtu yang lalu dan yang lebih menyedihkan, aku tak dapat balik Muadzam hari ahad seperti rakan2 lain yang sedang bergumbira sebab ada kerja yang perlu diselesaikan pada hari jumaat jadi bermakna hari Khamis sudah harus berambus dari Kota Cheras yang indah ini. Dan itu juga bermakna cuti aku lebih pendek dari kawan2 yang lain. Untungla kau kawan2... Sigh. +____+


Lebih memeritkan lagi, cuti kali ni lecturer telah memberi assignment yang gile-gile punya banyak dan saya sesungguhnya teramatlah malas untuk study pada saat ni. Baru nak amik feel holiday tau tetibe otak berbisik memberitahu bahawa assignment masih bertimbun belum diusik.


Jadi sebelum keadaan lebih parah lebih baik saya undur diri dulu. Lain kali kita borak-borak lagi di sini okay. Adios!

No comments:

Post a Comment