Friday, November 4, 2011

Horray!

Ehh bukan main horray lagi dia. Hehe. Sebenarnya kite tengah teruja ni. Tengah cuba sedaya upaya mungkin menahan keterujaan (sambiltutupmukabajetcomel). Siapa perasan blog ni telah menjalani satu transformasi besar-besaran??! Hoho marilah teruja bersama saya! Saya sangat berbangga dengan diri sendiri kerana akhirnya kerajinan telah datang untuk merajinkan tangan dan meligatkan minda untuk membuat sebuah transfomasi terhadap blog kecintaan ini. Ceh tak boleh nak skema lagi ke. Tapi dari segi template design takde berubah pun. Hanya tukar warna tema dan background saja. Heh itupun nak teruja lelebih oh. Ye saya tahu dalam fikiran korang mesti, "hek eleh, kejadah ape yang dia gebang? blog dia biase je padahal. tuihh! " Haha tu rekaan semata-mata je. Tak tak, saya tak buruk sangka dekat korang pun. Korang kan pen-stalker setia. Saya tahu korang takkan berfikiran macam tu.. Heheh. Sebenarnya masih belum berani untuk menukar template kepada yang lebih GEMPAKs sebab takut nanti tah hape-hape akan jadi. Lebih baik remain simple kan. Simple means beauty. Eh pakai tembak je ayat.


Kononnya sibuk2 nak transform blog ni sempena nak mulakan hidup baru lah. Blog baru, hidup baru, cinta baru, dunia baru. HAHA kepala lutut dia. Hidup masih saja di takuk yang lama. Entah bila akan maju. Sabar.. Mungkin satu hari nanti akan muncul sinar menerangi kehidupan yang suram. Derr tetibe nak emo pahal?


Nikmati je hidup dengan sepenuhnya dan jangan banyak tanya. :)



Live Life. Love Life


Adios.


No comments:

Post a Comment