Tuesday, September 20, 2011

Artis Youtube

Salam semua. Amboi sekarang ni dah makin ramai nampaknya newcomer dalam dunia nyanyian tanah air kita ni. Kalau bukak Youtube tu, memang banyak betul video2 dari 'artis Youtube'. Masing-masing dengan pakej serba lengkap. Rupa, bakat, suara. Siapa tak kenal, Najwa Latiff, Ainan Tasneem, Matluthfi (eh tak ni bukan penyanyi, hihi). Semuanya best-best kan.




*dah kenapa aku tulis gaya penulis blog gosip artis pulak ni?*


Okay tak. Sebenarnya tujuan asal aku nak promote satu video ni je. Beliau ni kira newcomer jugak la, dan beliau merupakan kawan aku dulu masa sekolah rendah. Masa sekola menengah terpisah kejap. Lepas tu sekarang dah jumpe balik. Haha tengok-tengok dia sekarang ni dah buat lagu. Fuh hebat sungguh Ahmad Wafiy Azhar ni. Kalau dapat request satu lagu khas untuk aku pun best jugak kan. *eh mengarut ape si gedik ni. =p

And this is one of my favorite song from him.




*By the way, dia orang Malaysia ye. :) Silalah tengok lagu2 Wafiy yang lain dekat Youtube.

Monday, September 12, 2011

CerPen = Cerita Pendek *maksudnya kali ni entry pendek je

Hari ni badan rasa lemah je. Mood pun tak berapa baik. Huhu. Rasa macam tak sedap gile badan ni. Nak termuntah ada, nak mengamuk ada, yang paling tak tahan tu, rasa mengantuk yang teramat sangat sepanjang masa. Pulak tu, satu hari ni macam sejuk2 je rasa sampai ke tulang. Nak mandi pun MALAS. Haha agaknye sebab aku puasa hari ni kot. Badan terkejut. Hihi yela dah 2 minggu melantak makanan macam-macam, tetibe hari ni puasa balik. Memang terkejut la sistem badan ni kan. Dan memang dugaan besar betul puasa kat rumah ni bila orang lain tak puasa. Makanan merata-rata menduga keimanan! Hahaha. Hari ni cuma aku dan ibu je yang puasa. So tengahari tu aku la yang kena masak lauk untuk adik-adik monster kat rumah ni. Heheh terliur jugak la masa masak tu, nasib baik iman masih lagi teguh. :P



I did crazy stuff too. Well, yeah. =_=



All the best to UPSR students for tomorrow BIG BIG DAYY! Heheheheheheee *evil smile with cute puppy eyes* xD

Friday, September 9, 2011

falling to pieces.



Why do this stupid things happen again? Why do you always fall for a wrong heart? Why do you always fall for a heart that is never ready to catch you back? Why do you have to broke your own, fragile heart, every time?

Thursday, September 8, 2011

Wordless Thursday boleh?

Sebab dah nak pukul 1 pagi ni, bukan wednesday lagi la kan? Takleh la buat wordless wednesday macam orang selalu buat tu. Huhu.


Eh sape budak comel tu *perasan
(with nenek somewhere around 1993) ngaa~


Iklan :

Kepada bakal suamiku (yang masih tak diketahui sape), saya suka nama Arianna Sara kalau ada anak perempuan. Boleh panggil dia Sara, hihi comel je kan.. Jadi awak tak boleh kacau sebok2 nak bagi nama pulak. Saya dah reserve awal2 nak nama tu tau. Tapi kalau awak tu keturunan raja ke, ada bau2 bacang dengan mana2 sultan ke, saya tak kisah awak nak letak tengku or puteri or pape jela pangkat yang awak nak dekat depan nama tu. Hahahaha *adoi mereng dah ni! Baik tidur sekarang, esok kena bangun awal. Haiyaaaaaakkk!



p/s : boleh pulak ada iklan. =_="


Tuesday, September 6, 2011

Tersebutlah kisah di hari raya

Salam. :)

Oih lama betul tak update ye. Hihi. Alang2 tu, di kesempatan ni ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya yang ke-7 kepada semua yang tengah baca tulisan saya sekarang ni. Haha. Tak sangka ye kalian masih setia membaca karangan saya yang tidak seberapa ni. "Ku sedar ku tak seberapa, jika dibanding mereka, yang jauh lebih megah " .. Amboi terfeeling lagu Stacy pulak tetibe. -,-"



Ini candid. hihi. Tapi setelah diedit, sebelah muka hilang. xD
*tiada motif


Aku takde banyak gambar raya pun. Masa pagi raya tu banyak pakai kamera cousin. So takde banyak gambar dalam simpanan aku. huhuhu~ Sepanjang raya tu banyak perkara best yang berlaku. Sehingga tak tertulis lah. Hoho. Part yang paling best, masa raya pertama tu aku dengan cousins pergi tengok wayang, Final Destination 5, siap tengok 3D lagi tuu! Haha. 1st time dalam sejarah pegi tengok wayang masa raya pertama. Wee~ Tiket memang tak boleh blah la mahalnye. RM 20 per ticket. Kalau bukan kerana abang sedara ku yang hensem dan kakak sedara ku yang jelita belanja, memang aku sanggup tengok cerita lain. (nak tengok Hantu Bonceng pulak lepas niiii!) 



ni la dia geng wayang pada petang raya pertama tuu. hihi.


Lagi 1 part yang menarik berlaku ahad kelmarin, hikhikhik. Orang seremban datang rumahhh. Dengan satu family sekali datang. Tapi bukan rombongan merisik mahupun meminang ye. Hanya untuk mengeratkan silaturrahim je. Huhu. Pandai pulak tu dia cari sendiri rumah aku. (eleh padahal pakai GPS) Haha. Muka excited gue masa tu memang tak dapat dinafikan la. Adik aku cakap muka aku merah. Haha. Gedik sungguh. Mula tu segan2 jugak la, tapi lepas tu selambe dek je. Buat pe nak malu dengan si Mr Doremon tu. Please lah. Haha. Lagipun aku dah pernah jumpa mak ayah dia sebelum ni beberapa kali, so, buat cool je sudah lah. (tapi control keayuan juga perlu!) Hee.


*Lupa pulak nak amik gambar dengan diorang. Haishhh


Lagi part yang best, masa konvoi raya bersama geng sabtu lepas. Hoho. Sampai 3 kereta tu! Padahal ada la dalam 7 orang je yang join konvoi. Ceitt. Saje je tu masing2 nak show off kereta kan. Haha gurauuu! :P


blur la pulak gambo nye. huhu. tengok tu meja bersepah.
sedap sangat ke aku masak kawan2? haha



si driver bertudung merah tu. sape nak ngorat? :P


feewwit.



Okay, dah2 la tu tayang gambar ye. Hee. Till then, adios~!