Thursday, November 26, 2015

Entry bosan dari seorang anis yang 'rajin' update belog

Olla amigos! Panjang tak tajuk? Haaaa bagus betul kan anis ni. Hahah. Weh bakpo lamo sangat ni since the last entry harituuu? Sebenarnya tetibe harini dapat 'seru' untuk update belog. Rindu sebenarnya. Selalu je datang stalk belog sendiri, tapi malas nak log in. Oleh kerana itu, maka berlaku lah sebuah kejadian sebentar tadi di mana saya totally lupa password belog ni. Menggelabah mak nyah oiiii. Terpaksa reset password. Haha. But seriously, apa password aku sebelum ni oii? Apesal entah tak ingat langsung.. Hahah

Okay. Well, post terakhir aku update adalah bulan 1 haritu. Dan sekarang sudah hampir masuk bulan 12. Nampak tak betapa 'passionate' nya seorang anis dalam berblogging. *cekik myself virtually* So basically, aku hanya akan merapu sedikit sebanyak tentang kehidupan aku sekarang. Confirm ramai stalker yang rindu kannn. (Confident gila)

Alhamdulillah, aku dah selamat mendirikan rumahtangga bersama lelaki yang sangat baik akhlaknya, imannya, hatinya, semua lah serba serbi.Hehe Alhamdulillah. Kitorang baru je nikah haritu kat masjid area rumah aku. Dan majlis resepsi insyaAllah minggu depan. Jemputla datang semua!! Alamat cari sendiri k. Haha. Sorry la kepada yang tak sempat nak invite tu. Tak cukup memory la nak fikir satu-satu.. Haha. Pape pun Alhamdulillah sangat-sangat. Finally I found my right man.

Erm....

GOTCHA! Hahahahah lawaknya anis -_- Ok sebenarnya malas nak berlakon lama-lama. Seorang anis belum kahwin lagi la sebenarnya. Hahaha. Tapi right man tu insyaAllah dah jumpa la. Hehe. Pasal kawin tu, insyaAllah soon. Kalau ada rezeki, maka cepatlah akan dilangsungkan. Amin... Kalini betul tak tipu dah. Kalini serious haha (^_^)"

Alhamdulillah banyak perkara baik berlaku tahun 2015 ni. Doa dan harapan aku masa awal tahun haritu macam dalam previous entry aku tu Alhamdulillah banyak yang termakbul.. Dulu selalu doa semoga dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang boleh bimbing aku, yang ikhlas dan bukan hadir dengan niat nak main-main je. Penat la oi main-main cinta monyet ni. Heartbroken ni semua penat tau. Macam budak-budak je. Haha. InsyaAllah, kalau Allah izinkan, mungkin he is the one. Eh, 'He' tu siapa? InsyaAllah next post la aku bagitau. Mungkin next post adalah tahun depan. Mungkin masa tu dah one step further. Hahaha. Aku harap kalau ada yang membaca sekarang ni, tolong doakan semoga urusan kami semuanya lancar ye hehe aminnnn. :')

By the way on the other note, aku sekarang dah kerja dalam industry yang aku idamkan. Walaupun belum ada rezeki untuk masuk PETRONAS (huuuu), tapi berada dalam industry Oil & Gas ni pun dah buat aku bersyukur sangat. Aku memang target nak kerja dalam bidang Oil & Gas dari zaman study dulu lagi. Rasanya ramai dah yang tahu hahaha. Tapi kerja dekat tempat aku sekarang pun okay je. I like it here. It makes me feel like home somehow. I mean, dulu masa intern kat PETRONAS, selama 6 bulan tu aku rasa macam orang asing je. Don't get me wrong, diorang semua memang baik giler and best giler, tapi still I don't feel like I really belong there. Rasa macam ada gap dengan semua orang. Haha. Mungkin sebab aku hanya intern kot. Haha. Kat sini pulak, dalam 2 bulan pertama je aku dah dapat sesuaikan diri, dah mingle dengan semua and tak rasa awkward langsung. Sekarang apatah lagi. Memang dah rasa macam rumah kedua. Haha. And orang kat sini pun baik giler and best giler jugakk. Lol. At first tu rasa susah jugak la kerja ni, hari-hari stress sebab sumpah tak faham istilah-istilah engineering ni semua kejadah apa. Rasa macam, what am i doing here??! Apabenda ni oiiii??!! Aku ambil International Business bukan engineering! Hahaha tapi sebab aku kena handle quality management untuk company ni, so I need to know everything! Like 99% of everything (basically) termasuk work flow engineering, supply chain, blablabla (oi boringnya topic ni! Hahah) So apa kata aku sambung cerita pasal kerja aku dalam next post jela. Kalau aku rajin la. Taktau la zaman bila pulak next post tu. Wakakaka. Tapi Alhamdulillah now I can handle la semuanya. Slowly but surely. Mana ada kerja yang tak stress kan. Hahah

Okay rasanya sampai sini jela kot membebel buat masa ni. Sakit dah kepala ni pandang PC. Tak sabar nak weekend!! Sebab.... Jengjengjeng. Sabtu ni ada plan baikk punya. Hihi. And ahad pula ada bowling tournament company aku. Woohooo tak sabarrrr. (Over pulak)

Memandangkan aku seorang anti klimaks, so entry ni takkan ada penutup. Lol. Bye