Thursday, October 16, 2014

Entry penuh penyiksaan

Yuhuuuu! Tiba-tiba rajin pula update lagi. Untuk pengetahuan anda yang baru tiba dalam belog ni harini, saya baru je update belog kelmarin(14Oct) setelah 9 bulan tak update <--dengan bangganya mengaku. Kalau nak baca sila lah ke previous post :)


Baiklah harini aku taknak membebel panjang pun. Sebab ni tengah curi masa lunch kat office untuk update kahkahkah. Jap lagi nak pergi makan so baik update cepat2. Oh ye, aku bukannya apa, saje nak update hasil masakan yang aku buat selama ni (motif sangatttt~). Tadi saje scroll entry lama pastu nampak aku update dulu pasal benda yang aku masak, so tetibe rasa why not aku update lagi yang terkini benda2 yang aku masak/bake. Bagi sesiapa yang follow instagram aku mesti dah pernah tengok gambar2 ni sebab semua ni curi kat instagram je. (Gigih tau printscreen semua pastu edit kat Paint and save picture sebab tengah guna pc office ni haha)


Baiklah, jemput tengok~


Ok ini yang latest aku upload kat insta la. Ni beberapa minggu lepas punya lauk. Ada je lagi aku masak (fyi hari2 aku masak, wah anak mithali! Hahah) tapi takkan la setiap kali masak nak ambil gambar kan. Meluat pulak followers aku tu semua nanti hahaha. Gulai nangka, kari telur, sambal ikan :)



Ini gambar sebelum yang atas tadi. Masa ni masak simple je untuk lunch dengan adik2 je. (masa tu belum start kerja secara official so kena jadi bibik la kat rumah LOL). Ayam goreng rempah, gulai udang masak lemak cili api, sambal belacan, ulam ulaman. :)



Ok ini pula hasil baking yang terkini. PB&J cupcakes. PB&J maksudnya Peanut Butter & Jelly just in case kalau ada yang taktahu. Jam strawberry kat dalam perghhh! Atas dia peanut butter buttercream. Basically resepi dia aku adjust2 je from resepi yang ada. Hee. Kalau nak order boleh ke ig 'manisbyanis' okay? Tapi semuanya self pick up no postage or delivery (except area Bdr Tun Hussein Onn) Tetibe promote business dah kenapa. By the way, tu bisnes sambilan je sebab minat hee :)




Ini pula aku buat untuk customer order haritu dan juga untuk kepuasan sendiri. Bake lebih untuk melantak dengan family. Fruit tarts. Juga available di manisbyanis. :)




Pun dapat sambutan hangat di ig. My latest fav! Semua orang pun suka. Nutella Pods. Ya Allah apa2 berkaitan nutella mesti la sedap kan. Luar dia tu macam soft cookies punya texture tapi boleh adjust kalau nak crunchy :)




Our all time fav lasagna. Benda ni memang tak payah cakap la berapa juta kali dah aku buat sampai bosan haha. Bosan nak bake tapi tak bosan makan. Sampai dah tak payah tengok resepi dah kalau nak buat sebab dah hafal sangat LOL. Limpahan cheese untuk lasagna terlebih muatan. Oh ye, ni not for sale hahaha




Chicken chop berserta black pepper mushroom gravy. Coleslaw pun homemade ya tuan2 puan2 :)


Homemade pizza. Masa ni buat banyak sebab cousins datang :)




Ok ni adalah pencapaian tertinggi aku dalam dunia baking. Iaitu berjaya bake kek size besar dengan jayanya sebab aku tak pernah bake kek besar2 ni selain cheese cake. Sebab malas and takut tak menjadi (keras or bantat or whatever). Tapi alhamdulillah ni berjaya. Sebenarnya ni kek birthday aku tahun lepas. Bake sendiri noksss gigih sangat kan. Choc nutella cake with nutella frosting. Haruslah ada kitkat dan mnm nyummm :)




Blueberry cheesecake paling digemari!!! Senang je buat ni. Kalau rajin nanti aku share resepi. :)




Spaghetti bolognese with meatballs. Ini lagilah senang. Adik umur darjah 4 pun boleh buat. :)




Ok ni haritu order dari customer jugak. Fruit tarts and blueberry cheesetart. Corak cheesetart main belasah je sebab i ni bukan orang berseni pun uolls~ Hahah




::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Ok sekian saje penyiksaan untuk kalini. Masakan melayu tak banyak gambar sebab macam aku cakap tadi, takkan la setiap kali masak nak ambil gambar pastu update kan.. Setakat gulai2 tomyam sambal merah semua tu sape heran hahaha. Untuk makanan2 bake pulak, kalau aku rajin nanti aku share resepi kat sini. KALAU rajin la k. Hahahahah. Ok dah nak pegi makan.


Adios!