Monday, May 30, 2011

downhearted.

Some pictures from Tumblr that I 'stole'. Hehe. Gambar2 ni macam sesuai je digandingkan dengan lagu tema belog saya. Selamat ber'feeling' semua.. :)













.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



I just need to forget. Fullstop.


*Downhearted = putus asa


seminggu sakit jantung + seminggu kritikal

Salam darlings semua. (bajet fazura la ni. haha)

Ok. Dah dua dah geng belogger aku invite join contest. Cehh tak boleh berambus blah GENG BELOGGER konon. haha. Poyo je semenjak duamenjak ni. Sori la gengs, aku malas la nak join contest buat masa sekarang ni. Bukan tak berminat, minat gile sebenarnya.. Tapi leceh la procedure dia. Nak kena like ini like itu. Pastu kena korek album2 lama cari gambar paling hot. (macam la ada lagipun..) So, sebab tula aku malas nak join contest2 ni. Lagi2 exam FINAL dah dekat. Minggu depan je okay. Let me highlight. MINGGU DEPAN.  Siapa yang still tak nampak tu boleh la pergi jumpa doktor mata cepat. Haisshhhhhhhhhhh (mengeluh sepanjang yang boleh)


So, minggu ni adalah minggu study week, secara rasminya bermula pada hari ini. Okay fine aku tahu hari ni pun dah nak habis. Ceit. Lagi berapa jam je ponn. Maknanya ada la lebih kurang seminggu je lagi untuk berhempas pulas bekerja keras sampai sakit jantung untuk study. *penggunaan hiperbola di situ* Lepastu, minggu depan bermulalah 'War of the World' bagi pelajar foundation intake Jun 2010/2011 Universiti dot dot. Wargh seminggu tu memang aku akan kritikal tahap kucing beranak la nampaknye.. haishh. Maknanya, seminggu yang ni minggu diserang sakit jantung dan minggu depan adalah minggu untuk kritikal. Cepat2 la sediakan insurans dan cepat2la bertaubat bagi blogger dan facebook-er tegar seperti aku ni haa. =__="


Okay nak study finance sikit. Miss F, tengok! Saya rajin study finance tau. Bagi markah lebih sikit ye. Hihi. Adioss!~



heart ATTACK. haha



p/s : migraine makin bermaharajalela. sape nak tukar kepala dengan aku? pleasee

Friday, May 27, 2011

........

i am so tired...
i want to go home.








* just wondering, if i died, would anyone cry? hmm

another gloomy day,

My condolences to Nurazwana Azham for her lost. I know she's been going through a hard day. I can't imagine if I were at her position. Wana, don't worry. You still have us, your friends. We'll always be beside you and always support you. InsyaAllah.

Ya Allah, give her strength to face all this. Bring back her smile to us. Ya Allah, protect us from all the bad things, all the sadness. Save us from any bad luck. May arwah wana's father rest in peace and placed among the people You love. Amin.

Al Fatihah.

Sunday, May 22, 2011

100 Truths,

Nak main soal jawab sikit lah. Hihi


Credit to : Yaya Johan


WHAT WAS YOUR:
1. Last beverage : Air anggur beli dekat foodcourt. haha
2. Last phone call : Ibu <3
3. Last text message : Alfa Fitry (untuk assignment critical thinking je okay, tak lebih ponn. peace!)
4. Last song you listened to : Already Gone by Kelly Clarkson. (oh mengapakah?)
5. Last time you cried : 21 May 2011. Yup, it was yesterday. eheh.


HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice : Errr, yes.
7. Been cheated on : Of course.
8. Kissed someone & regretted it : No!
9. Lost someone special : Sure. :/
10. Been depressed : Itu sudah tentu. =_="
11. Been drunk and threw up : Heck No Way!

LIST THREE FAVORITE COLORS: 
12: Purple (?) 
13: White (?)
14: Red (?)
*Don't have any for specifically actually. tehee

THIS YEAR HAVE YOU:
15. Made a new friend: A LOT
16. Fallen out of love: errrrrrrr, yes. (gosh!)
17. Laughed until you cried: Yes i did. hehe
18. Met someone who changed you: Maybe no. entah?
19. Found out who your true friends were: Found them already a long time ago. <3
20. Found out someone was talking about you: ABSOLUTELY YES.
21. Kissed anyone on your friend's list: No way jose!
22. How many people on your friends list do you know in real life: Majority of them.
24. Do you have any pets: No. I don't prefer to have any. Peace yo!
25. Do you want to change your name: What for?
26. What did you do for your last birthday?: Menangis terharu. Thanks for the SURPRISE friends <3
27. What time did you wake up this morning?: Malu la nak bagi tahu. bwahahaha
28. What were you doing at midnight last night: Online sambil buat assignment. hoyeah


29. Name something you CANNOT wait for: Graduation day! Woohhoo
30. Last time you saw your Mother: About..2 weeks ago? wuu nape soalan ni kejam sgt? T_T
31. What is one thing you wish you could change about your life : I'm not sure. :/
32. What are you listening to right now: Zikir dari surau kat blok 4. :')
33. Have you ever talked to a person named tom? : Not yet. haha
34. Who's getting on your nerves right now: Ada la budak tu.. ala yg tuu, tuuuu
36. Whats your real name: Anis Amirah Bt Ahmad Termizi
37. Nicknames: Ask my friends. haha
38. Birth month: December <3
39. Zodiac sign: Sagittarius yo~
40. Male or female: Female
41. Primary School: SK BTHO
42. Secondary School: SMK BTHO
43. High school/college: Universiti Tenaga Nasional, University of Nottingham(Tipu)
44. Write whatever you want here: I miss you i miss you i miss you i love you!
45. Long or short hair?:  Long
46. Height: Lama tak ukur dah wehh
47. Do you have a crush on someone: Yes yes yes yesss
48. What do you like about yourself: I cried a lot even on small things. lalala
49. Piercings: Only on my ears
50. Tattoos: NOO!
51. Righty or lefty: Righty bebehh


FIRSTS:
52. First surgery: None. Maybe someday. Haha
53. First piercing: Ear piercing when I was eight. tehee
54. First best friend: Azfar Azhar. :)
55. First sport you joined: Sukaneka (bawa bola pingpong dalam sudu) -_-
56. First vacation: Tak ingat la dodol.
58. First pair of trainers: (?)

RIGHT NOW:
59. Eating: No
60. Drinking: No
61. I'm about to: Do my assignment after this. Sigh!
62. Listening to: Nafasku by Taufik Batisah (ulalaa)
63. Waiting for: Tomorrow.

YOUR FUTURE:
64. Want kids: MESTI LA!
65. Get married: OF COURSE LA!
66. Career: A good wife, a loving mom, a succesful woman.

WHICH IS BETTER:
67. Lips or eyes: Eyes (?)
68. Hugs or kisses: Huggies! haha
69. Shorter or taller: Depends.
70. Older or Younger: Depends. (again)
71. Romantic or spontaneous: Both. Ngaaa
72. Nice stomach or nice arms: Stomach
73. Sensitive or loud: Sensitive.
74. Hook-up or relationship: Relationship


HAVE YOU EVER:
76. Kissed a stranger: Never and no way
77. Drank hard liquor: No
78. Lost glasses/contacts: Dont have any. :D
79. Sex on first date: NOOOO
80. Broken someone's heart: I don't mean to do that. Seriously.
82. Been arrested: No
83. Turned someone down: Maybe (?)
84. Cried when someone died: Yesss
85. Fallen for a friend: Yes. Sigh..

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: Sometimes.
87. Miracles: Sure.
88. Love at first sight: Maybe
89. Heaven: Of course
90. Santa Claus: No but sometimes I do hope santa was real. haha
91. Kiss on the first date: No way
92. Angels: I do.

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: Never
95. Did you sing today: WAJIB laa
96. Ever cheated on somebody: Yes. :/
97. If you could go back in time, how far would you go: Semester 1 of foundation year.
98. The moment you would choose to re-live: 
Semester 1 of foundation year.
99. Are you afraid of falling in love: Yes.
100. Are you afraid of posting this as 100 truths: Kalau takut takdela aku post bende ni. Haiya



She's trying to get you back. 
And of course I won't let her do that. You are all mine now.
Only mine.




* Entry Segamat Part 2 menyusul kemudian okay. Sabarrr. Adios!


Friday, May 20, 2011

Segamat - Part 1

Salam and hai kawan-kawan! Hihi.
Okay nak update laju laju! Assigment banyak terbengkalai ni~! wuwuww. Aku baru sampai dari Segamat ni. Akhirnya setelah berjaya memujuk rayu, melutut dekat kedua ibubapa (yang melutut tu tipu), parents aku pun membenarkan puteri mereka ini untuk ikut pergi Segamat. Susah tau nak pujuk. Kau ingat senang? Hehh. Jauh woo kitorang jalan dari Muadzam ke Segamat. 2 negeri kitorang cover tau! (ceh padahal bukan jauh sangat pun Segamat tuh. Kuantan lagi jauh kalau dari muadzam ni. hikhik). Ok sambung. Kitorang pergi untuk ambil kek Secret Recipe (sambil cuci mata) seperti yang dikecohkan kat entry bawah ini. Huhu. Kitorang bertolak lebih kurang pukul 1 tadi, dan selamat sampai di rumah dalam pukul 6.30 macam tu ahh. See, bukan lama ponn. Kitorang budak baik tau. Meh sini gula-gula satu!

Okay, less talking, jom tengok gambar.


Perhentian pertama of course la Secret Recipe. Sempat lagi test cake kat situ. Hoho. Ni aku punya, Carrot Cheese Cake. Rasa? err no comment. ( maknanye jangan beli)




Ein punya, Chocolate Cheese Berry. Okay yang ini HEAVEN! Sila lah beli. Hihi



Lepas tu, pergi KFC, biasalah bila dah duduk Muadzam, bagi kami KFC itu satu keWAJIPAN kalau dapat keluar dari Muadzam nih. -__-"



MINE MINE MINE~! *dah lapar balik*




air Ein ni adalah campuran Lemon dan daun pudina pastu macam bergas sikit.
bayangkan lah rasa dia. TAJAMM!



Fira (girl with spec), Driver of the day dan Aien, the GPS a.k.a penunjuk jalan. haha



si GEMOK anis dan sahabat beliau yang 'comel', Ein. hikhik


Lepas dah boncetkan perut dekat KFC, kitorang jenjalan dekat Dataran kejap. Dataran ape entah nama dia. Buat photoshoot sikit. Hoho. Dah macam model professional tauu. 



Nantikan entry Segamat- Part 2 pulak di mana aku akan show gambar2 yang di ambil menggunakan kamera Nikon DSLR cik Elfira Zahari (tuu yang aku pinjam kat atas tuu.) Hihi. Dalam kamera tu ada laaagi banyak gambar. Gambar2 dalam entry kali ni hanya menggunakan Sony Vivaz aku yang cabuk je. Hee. Nanti aku upload part kedua pulak ye. Peminat2 aku kami harap bersabar.

Adioss~!






tengah sedih dan terkilan yang teramatttt!!

Salam semua~
Seperti tajuk kat atas bagi tahu, aku tengah sedih niii! wuwuwuww~ Ceritanya begini.. Esok, kawan2 aku (tak perlu la mention nama hikhik) nak pergi outing untuk shopping atau bahasa melayu dia, membeli belah. Okay tak, tipu je. Esok diorang nak pergi Segamat, untuk beli kek kat Secret Recipe untuk projek Business Management group kitorang since kitorang pilih nak buat bisnes jadi franchisee Secret Recipe. Hebat tak? Terpaksa la cari kek dekat Segamat sebab yelah kat Muadzam ni mana nak cari Secret Recipe. Agaknya masa zaman cucu aku nanti baru ada kot. Ataupun cicit. =__=" 1st plan nak pegi Kuantan tapi tak jadi dan 2nd plan nak pegi Melaka juga tak jadi. Dan aku malas nak explain kenapa dan mengapa. Hihi


Nak dijadikan cerita, aku dah eksaited nak ikut join sekali, yelah sebagai ahli kumpulan yang bertanggungjawab, aku pun nak ikut la settle kan semua2 tu kann. (ceh padahal sebenarnya lebih kepada nak ikut pegi jenjalan. hihi jangan bagi tau diorang tau) 
TAPI TAPI TAPI (pengulangan tapi sebanyak tiga kali tanda marah), ibu aku yang tercinta tak benarkan. WUWUWUWUWWWWW sedih tau! T_________T  sedih tahap hilang anak u know. okay tak, maybe hilang anak lagi sedih kot. Tapi aku agak terkilan la, tak dapat join diorang. Bila lagi aku nak merasa pengalaman macam tu. Pengalaman ni, kita tak boleh beli tau. SEDIH sangat. Parents aku still tak percaya aku laa. Aku dah 19 okay. sedih sedih sedih sedih sedih sedihhh. Memang la mungkin diorang buat macam ni untuk kebaikan aku jugak.. Tapi STILL, aku sedih! TERKILAN. Malam ni nak emo2 la. Bencii bencii. Aku tak tahu la macam mana nak lalui hari esok. *skema. Mesti bosan gile!!


Ahh dah terlampau sedih ni, malas nak taip dah. Sorry ye entry kali ni entah hape hape sikit. Agak penuh dengan emosi. Entry seterusnya aku buat hepi2 pulak ye. Okay la nak pergi tenangkan fikiran tengok bintang kat luar (poyo je)



Bye. (bye pendek tanda takde mood)

Thursday, May 19, 2011

peringatan

Salam kepada pembaca yang sangat dikasihi (betul ni tak tipu),

Kalau korang nak jadi stalker dalam belog aku ni, aku langsung tak kisah. Ajak la satu kampung kau untuk stalk belog aku ni, aku dengan berbesar hati merelakan. TAPI, please, hormat sikit privacy orang. Perlu ke kau baca belog orang, lepastu copy paste dekat tempat lain. Tak perlu la kawan. Kalau kau syok sangat dengan entry aku, tolong kasi kredit sikit la dekat penulisnya iaitu AKU. Dah habis baca, komen, lepastu diam diam sudah. Pergi la cari belog lain pulak untuk cuci mata ke. Tak payah la nak copy paste segala lepas tu tampal dekat facebook orang. =_______=". Siapa yang makan black pepper terasa la pedasnya kan. Tapi aku tak marah ponn, cuma ini peringatan la. Kita kena tahu bila masa nak gurau, bila masa perlu serius. Aku memang suka gurau2 ni. Tapi kalau dah overdos, aku pun hangin jugak. Jangan ingat perempuan yang lemah lembut ni tak boleh naik angin. Faham? Bagus. Sebenarnya aku tak suka post entry serius2 macam ni. Sebab nanti aku rasa nak tergelak bila baca balik. Haha. Tapi kadang2, people need to be warned. Hihi. Okaybai.



p/s :
ada pulak sesetengah 'pembaca' tu amat suka print entry orang. memang hobi dia kot.

i dream of you, dreaming of me.

urghh curse this insomnia! I can't sleep again! padahal siang tadi bukan main semangat berazam nak tidur awal supaya tak menyesal di esok hari. -__-". tengok la tu tajuk entry pun dah merepek meraban. kalut betuii. dah la esok ada kelas pagi. apa aku buat ni?! tadi sebenarnya ingat nak buat assignment critical thinking yang satu hape pun belum start. adoi critical betul. tapi, takde idea nak buat camne. menyesal pulak pilih topik movie review. kalau pilih song ke ape kan senang sikit. padan muka kau anis. lagi satu, aku memang bermasalah betul kalau bab manage time ni. aku memang tak reti manage masa! dan aku benci hakikat kekurangan diri aku yang itu! huhu. nanti dah last minute baru terkapai2 nak siapkan semua kerja tertangguh. itupun kalau masih diberi kesempatan untuk menyiapkan semua kerja tertangguh tu. kalau Allah tak izinkan lagi macam mana? (okay mula mengarut dah)




tolong selamatkan saya dari semua kekalutan ni~!
*dah buat muka paling comel ni*




erm nak tidur sekarang lah. atleast kalau tidur nanti boleh mimpi best best. mana tau lelaki pujaan datang lagi dalam mimpi seperti malam-malam kelmarin? datang dalam mimpi membawa sebuah angan-angan yang tersimpan lama dalam hati ni. datanglah wahai pujaan hati. aku tunggu ye. :)





goodnight world! 

Tuesday, May 17, 2011

Letter to myself.

Dear Myself,

You deserve someone who loves you with every single beat of his heart, 
someone who thinks about you constantly, 
someone who spends every minute of every day just wondering what you’re doing, 
where you are, who you’re with, and if you’re OK. 
You need someone who can help you reach your dreams 
and protect you from your fears. 
You need someone who will treat you with respect, love every part of you, 
especially your flaws. 
You should be with someone who could make you happy, really happy, dancing on air, happy.


Takecare of your heart. It have been broken for too many times.
Make sure it'll heal soon and give it to the right man. :)

 Anis.      


Heart vacancy here. Anyone?
  

Monday, May 16, 2011

PS I Love You,

This words are from the last letter wrote by Gerry to his wife, Holly in the PS I Love You.
very veryy veryyy touching! T____T



Dear Holly, I don't have much time. I don't mean literally,
I mean you're out buying ice cream and you'll be home soon. 
But I have a feeling this is the last letter, because there is only one thing left to tell you.
It isn't to go down memory lane or make you buy a lamp, you can take care of yourself without any help from me. 
It's to tell you how much you move me, how you changed me. You made me a man, by loving me Holly. 
And for that, I am eternally grateful... literally.
If you can promise me anything, promise me that whenever you're sad, 
or unsure, or you lose complete faith, that you'll try to see yourself through my eyes. 
Thank you for the honor of being my wife. I'm a man with no regrets. How lucky am I. 
You made my life, Holly. But I'm just one chapter in yours. There'll be more. I promise. 
So here it comes, the big one. Don't be afraid to fall in love again. 
Watch out for that signal, when life as you know it ends.

PS, I will always love you.



Hargailah mereka yang ada di sekeliling kita.
Sebab kita tak tahu, entah esok atau lusa, diorang takkan ada lagi dalam 'cerita' kita ni.
Sementara diorang masih ada, hargailah. :)

I'm back!

Hello readers~ Yeah I've been missing for several days. Ala days je pun. Bukan weeks or months or years~ Hihi. Anyone miss me? Sure, my STALKERS do miss me. I miss you too stalkers. Well, I'm not feeling very well for the past few days and currently still, I'm not feeling well. (ape punya bahasa entah). And plus, my mood for blogging been running away and finally, today i found it back. =____="


So, what happened to me (other than being sick) ? Okay here's the story. Not a story actually, it is more to SUMMARY. haha. Err cakap melayu jelah. Penat la pulak speaking bajet terror english padahal cukup2 makan je. ceitt. Okay sambung cerita, hari Khamis hari tu aku pulang ke Selangor tercinta, kononnya nak release tension dan bersuka ria. Ternyata, nasib tak menyebelahi aku apabila aku diserang virus Demam yang kejam. Habis semua plan musnah. Tapi takdela semua, sebahagian je dari plan yang musnah. (?) Lupakan part tu. Aku malas la nak cerita rentetan peristiwa yang berlaku, memang sampai esok takkan habis taip la kan (tipu). Senang cerita, aku sempat la lepak kejap dekat rumah bestfriend tercinta, iaitu Makcik Bella bersama seorang lagi bestfriend tercinta, Makcik Sarah. Lagi sorang bestfriend tercinta iaitu Makcik Syaza pulak kata nak datang tapi tak datang2 ponn. haish.


Kitorang takde buat ape sangat selain gosip (ohh tu perkara biase), tengok movie jerit2, anddd gosip. (lagi?) Lepas tu, masa nak balik, Makcik Bella bagi sesuatu hadiah yang buat aku tergamam okay. Makcik Sarah pun dapat habuan dia dan, dia lagi tergamam dari aku. Hihi.


Ni habuan aku, 


okay tengok dia siap ada corak riben2 aku dah excited.


bila bukak, 


ohmaigod novel Cecilia Ahern! yayy~ *hati berbunga riang*



Lepastu, tak habis lagi ni, aku pun bawak keluar novel tu, dan...


rupanya ada lagi 2 novel dalam tu!
Where Rainbows End dan terutama sekali, P.S I Love You!



sungguh teruja mak~! dapat tiga sekali gus best selling novel. hehe. Thanks a gazillion to Bella! (hihi kalau dia baca ni mesti bangga kembang hidung). Antara tiga2 novel tu, aku pilih untuk baca PS I Love You dulu. Sebab dah pernah tengok movie dia, so kalau baca novel maybe boleh lebih 'feel'. Novel Where Rainbows End pun best jugak bak kata Bella. Hmm so far, PS I Love You aku dah sampai Chapter Six dan of course novel dia way better than the movie! Bab yang seterusnya maybe lepas habis final exam baru aku sambung baca kot. Sebab aku tak bawak novel2 ni ke Muadzam. Tak study lah jawabnye nanti.


Rasanya sampai sini jela dulu. Entry seterusnya aku ingat nak letak salah satu dialog watak suami dalam cerita PS I Love You ni, sangat touching okay ayat dia~! wuu~ T_T
Orait. Adios~!



p/s:
sape yang baca entry ni sampai habis memang HEBAT!
dan korang memang sayang aku kan, sebabtu sanggup baca sampai habis. kan kan kan?
 p/s, I LOVE YOUUU. ♥ 



Tuesday, May 10, 2011

ohh goshh! you again?!

I really don't understand how someone can be so unhappy and unsatisfied in their own life, that they have to create drama just to be noticed. Grow up bro. Life is too short to hold that grudge. Because someday you will regret the time that you wasted by hating other people. 




just, go get a life before life gets you and take you away.
PATHETIC.




p/s: and i know he's still stalking this blog. thanks by the way. :)

Sunday, May 8, 2011

terjumpa AYAT-AYAT CINTA,

masa tengah blogwalking tadi. bacalah. :)


1.“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

2.“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

3.“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

4.“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

5.“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

6.“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”


7.“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…"

8.“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”




pesan aku, 
semoga mereka yang sedang bercinta, terus menghargai pasangan masing-masing. bukan semua orang sebertuah korang tau.
semoga, mereka yang sedang bergaduh dengan pasangan, cari penyelesaian secepat mungkin. jangan tangguh-tangguh lagi, nanti terlambat.
dan semoga mereka yang masih mencari dan belum bertemu cinta, terus bersabar. cinta itu ada untuk semua hamba Allah. insyaAllah. :)

malam yang indah,

aku nak ucapkan terima kasih kerana blackout tadi.. sebab, kalau tak blackout tadi, rasanya aku takkan sedar kehadiran bintang-bintang yang SUPERRRRRRR awesome tadi. cantik gile okay~! itulah manusia, waktu terang, tak sedar akan kehadiran   anugerah2 yang Allah sediakan sekitar kita. bila dah gelap, baru tahu hargai keagungan ciptaanNya.
(waa hebat jugak aku berpuisi)


so, aku masih di hadapan Encik Compaq, online dan online dan online~ haish. rasanya cuti 3 hari weekend ni, setengah jam je kot waktu aku belajar. mungkin lebih sikit? heh. ape benda la kan. dah la final sem, bila nak insaf entah. aku sendiri tak rasa pointer aku boleh naik banyak sem ni. kalau naik pun sikit je kot. asalkan tak jatuh sudah la! tapi kalau dapat maintain macam sem lepas pun jadi lah. oh goshhhh! jadi, what am i doing right now? eating my awesome marvelous DINNER! yezzaa. hari ni lewat sikit dinner, sebab malas nak pergi menapak dekat foodcourt tu. jauh beribu batu. =_="

         


haa amik kau segedabak aku letak gambar. Mihun tomyam Haiqal Ras (haiqal ras tu nama kedai). Terliyyur tak?? haha. nampak simple je tapi rasa dia kaww gile okayy. thanks to my dearest neighbour, Husna Liyana tolong belikan untuk aku tadi. ehehe. aku memang pemalas ponn. so what? hihi.



okay nak sambung menghirup kuah tomyam yang hebat tahap kuasa sepuluh juta gazillion! over pulak dah kau nyah. -,-"
adioss!

Friday, May 6, 2011

takde tajuk. baca jelah,

ahlan wasahlan ya readers semua~! ini namanya bahasa rojak. haha. hey hey, siapa tahu nanti ada Lagenda Budak Setan (LBS) 2? mesti ramai yang tahu kan. ala aku pun tahu. kau ingat kau je tahu? ohh tak sabar gila nak menunggu kemunculan filem tu. tahu tak masa LBS yang pertama dulu, aku gila excited nak tengok cerita tu kat wayang. tapi apakandaya, takde jodoh dengan wayang masa tu. nak buat macam mana.. terima jela hakikat.


oleh kerana takde jodoh dengan wayang, aku sanggup beli CD sebab gila2 nak tengok. bukan cetak rompak okay. tak main la pirate2 ni, not my taste. taste aku orlando bloom je (tetibe). eleh konon la tak main pirate2, padahalnye kan, meh sini aku nak bagi tahu rahsia besar, sebenarnya, LBS ni la CD original pertama aku beli setelah sekian lama! hahaha. aku sanggup beli original yang kalau diikutkan jauh lebih mahal dari cetak rompak, sebab aku terlalu menyayangi Farid Kamil. (macam takde kaitan)



Maya Karin ada berlakon dalam LBS 2 ni nanti. jadi heroin maybe? apepun Lisa Surihani tetap the best~ oh by the way, gambar ni aku 'pinjam' dari page LBS dekat facebook. kalau nak, pandai2 la cari sendiri. malas aku nak tolong letak link. tak sabar nak tengok sebab nanti dalam LBS 2 ni ada baby diorang! (baby Ayu dan Kasyah) siapa Ayu dan Kasyah? kau tak tengok cerita tu mana kau nak tau. lain kali sokong la produk tempatan macam aku. =_=




ini pulak salah satu scene dalam Nur Kasih the Movie. pun tak sabar nak tengok jugak~! oh Mia Sara~


okay tu je.



p/s: 
comel tak decoration baru belog aku? simple je kan. hihi. memang saje buat simple, taknak crowded2 sangat. bosan tengok pink, tukar purple pulak. hee adios!

it happens, again.

sudah berjanji pada diri sendiri,
untuk tidak jatuh cinta lagi,
buat masa sekarang ini.





namun ternyata, susah. T_T


Wednesday, May 4, 2011

akhirnyaaa~

found him finally! besarnya keagungan Mu ya Allah, Kau pertemukan aku dengan dia walaupun sekadar melalui facebook. aku menangis terharu kott tadi masa dapat jumpa fb dia. and straight away call my mum. dia orang yang selama ini aku cari bagai nak rak. haha. dia sahabat aku masa kecil. walaupun sekejap, bagi aku, friendship kitorang sangat bermakna. tak taula kalau bagi dia biase biase je. hehe. and now finally he approve me! yayy~


oh by the way, 'dia' yang aku maksudkan ialah kawan aku yang aku cerita dekat entry ini!.
hihi.


" Life stops when you stop dreaming, hope ends when you stop believing, love ends when you stop caring, friendship ends when you stop sharing. Always believe in miracles"


hmm, i miss youuuuuuuuuuu kawan!





Monday, May 2, 2011

home 'suhweet' home

ulalaaa~
lama tak update belog kan? okay takdela lama mana ponn
and bukannya ada orang yang ternanti2 latest update dari aku pun kann
lain la belog aku ni belog Hanis Zalikha yang HOT giler or,
belog Elia girlfriend Khairul Fahmi Che Mat si footballer yang HOT tu
kalau diorang punya entry memang sentiasa dinanti2 kan.. huhuuuu
*nak emo lima minit


Ok dah.
aku tak update beberapa hari ni sebab aku pulang ke istana tercinta hari khamis lepas.
maklumlah, kat rumah sana, kena pakai broadband yang sangat menguji keimanan dan jiwa wanita seperti aku
haha. so, malas la nak update belog nak tunggu dia loading semua kejadah hape
(?)
kalau kat universiti yang tercinta ni, ada wi-fi PERCUMA yang sangat pantas dan efisyen
atleast ada jugak benda yang buat aku bangga dengan Uniten ni
chehh.


so, ape je yang aku buat cuti 5 hari ni?
aku takde keluar hangout dengan geng2 ponn
masa aku banyak dihabiskan bersama family tercinta. sweet kan? haha
nasib baik parents aku berjiwa muda, so, kitorang pegi hangout kat KL sampai pukul 1 pagi
hebat tak hebatt? kau ada? :P
pegi jalan2 kat uptown (menghabiskan duit mak bapak),
pegi MATIC (malaysian tourism centre). sebenarnya takde ape sangat pun kat Matic ni,
sekadar duduk2 makan sambil menyaksikan keindahan kota Kuala Lumpur,
sambil tengok orang buat show poco-poco atas pentas. =_=


ni masa dekat MATIC. haih aku dah mula rindu budak bulat ni. =(



1st time upload gambar tanpa edit. ni nama dia Natural Beauty.
okay sape nak tembak saya sila buat sekarang.


dia makan banyak sangat sampai termuntah. haish.



Kuala Lumpur di malam hari. pukul 1 pagi pun jem lagi! a-pa-kah?
(adik aku cakap aku jakun nak tangkap gambar sebab baru keluar dari hutan. HEYYY!)


sebenarnya banyak lagi gambar tapi MAAALAAASSS gile nak upload ni.
hihi. sebenarnya pening kepala tak hilang lagi ni
maklumlah, berjam2 kat dalam bas tu, dengan bas yang tak stabil.
by the way, tadi naik bas dengan 'pakcik'. haha. kesian 'pakcik', tak dapat tidur puas.
padan mukaaaa. saya banyak membebel ye awak? eh tapi rasanya awak yang banyak membebel tadi. okay sama2 banyak membebel, baru adil. :P


haihhhhhhhhh, bosan gile ni sorang2 kat rumah. ohh housemates ku, cepatlah pulanggg!
dah takde ape lagi nak membebel kot. setakat ni jela dulu, adiosss!



PO-YO