Thursday, July 26, 2018

Perkahwinan dan harapan (eh?)

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuhhhhh

Fuhh, saje bagi salam panjang-panjang sikit sebab serba salah dah lama tak update. Berhabuk dah belog ni. Setahun lebih dah tak update?? WHUTTTT. Ok tak sangka. Hahah. (Rasa seperti baru tinggalkan. Mungkin tiada sense ke-bertanggungjawaban? Lol)

Ok sepertimana diberitahu dalam entry sebelum ni, dan juga sepertimana dinyatakan pada tajuk di atas, alhamdulillah sekarang sis dah pun berkahwin dengan lelaki idaman sis yang pakai baju pink dekat entry sebelum ittew ihiks. Kali ni bukan propa, kali ni betul punyaaa. Ok la sis belanja gambar nikah dan gambar honeymoon sikit ye. Hihi


anisitusaya

But firssttt, lemme take a selfie. Haruslah belanja gambar muka sendiri seketul. Lol. Natural je kan make up ni. Tapi still sweet gitu *puji diri sendiri*. Makeup ni kawan sis yang buat. Daripada masa tunang, nikah dan sanding belah husband pun memang sis ambil servis dia. Siapa berminat nak tengok hasil kerja dia sila lawati instagram beliau di @facesbyegie


anisitusaya

Ok ni bukti gambar dengan suami. Bukan photoshoot semata-mata k
:p


anisitusaya

Ni honeymoon pertama lepas dua minggu kahwin.
Pergi dekat-dekat je dulu. Main dengan lembu di Kundasang.
Ahaks


anisitusaya

Sebulan kemudian, honeymoon dekat kampung suami. Osaka, JAPANNNNN >_<
Masa ni tengah kemuncak winter. January 2018. Jari kaki tangan semua bekuuu

anisitusaya

anisitusaya

Main ski di Biwako Valley. Ya tuhannn susah beb nak control ski tu. Berat pun satu hal.
Takut je terpeleot kaki. Tapi still, such an AMAZING experience!!
Pakej ski ni mahal juga la. Dua orang rasanya about RM400+ juga kot spent.
Takpela benda sekali seumur hidup. Rasanya lepas ni taubat taknak main ski dah kot. KOT :p


anisitusaya

Cantik kan perkampungan di Jepun? Ok ni baru sikit je gambar Japan. Ada beratus lagi gambar sebenarnya haha. Tapi malas nak upload. Kbai


Ok dah la tu belanja gambar. Banyak dah tu kan. Cukup la. Hihi. Terima kasih yang tak terhingga untuk ibu ayah sebab belanja honeymoon weolls. Hadiah kahwin katanya. Alhamdulillahhh. Semoga ibu ayah dimurahkan rezeki, sihat selalu dan panjanggg umur.

And alhamdulillah weolls dah duduk rumah sendiri sekarang. Almost 7 months kot. Nanti kalau rajin aku update entry home decor rumah kitorang k. Nanti tu bila? Jangan berharap sangat. Mungkin 2 tahun lagi. Tengok la kalau masih rajin hahaha. Untuk pengetahuan korang, or maybe dah ada yang tahu, aku memang minat sangat sangat sangatttt home decor. Dari sekolah rendah suka lukis2 design rumah. Masuk sekolah menengah makin advance, siap warnakan lagi perabot-perabot semua. Buku collection lukisan tu pun entah mana. Hmm mungkin ibu dah buang. Sobs. Semua ilham lukisan ambil from majalah Anjung Seri ibu. Kemain noks umur 13 minat majalah Anjung Seri. Power ke power? Haaa tepukkk *ok saje nak try guna ayat si Kinah*

Doakan semoga semuanya baik-baik saja untuk kami suami isteri. Sis doakan yang terbaik juga untuk semua yang baca ni. InsyaAllah. Marilah kita aminkan bersama. Aminnnn.

K dah la tu. Malas nak taip lagi. Jumpa lagi di masa akan datang uollss (semoga bukan 10 tahun lagi)

Adiosss!