Thursday, April 26, 2012

Teruja!

Yabedabeduuu! Esok aku akan meninggalkan tanah Muadzam Shah, finally! Tak sabar ni nak balik rumah~! Dah sebulan jugak la tak balik ni. Huu. Padahalnye final exam belum start lagi ni. Ada lagi seminggu. Eh tak sengaja pulak ter'mention' FINAL EXAM ! Eh ter caps lock pulak. Eh? -..-

Esok sejurus saja menjejakkan kaki di rumah, nak start projek baking cupcakes. Nak bawak balik kampung sempena kakak sedara aku bertunang. Tapi bukan untuk buat hantaran pertunangan la. Untuk kudap-kudap je. Hihi (kudap-kudap = kunyah-kunyah) Itu pun atas permintaan bonda tercinta, suruh buatkan cupcakes untuk bawak balik kampung. Sebagai ganjaran, beliau kata beliau akan belanja KFC. Eheh. KFC pun jadi lah kan. Dah macam hadiah untuk budak darjah 6 sebab dapat markah matematik A je. :p

Sebenarnya aku tahu niat asal ibu nak bagitau kat orang kampung, anak dia pandai masak. Wakakaka ibuku sangat memahami. I lep you ibu. Peace! (^_^)Y



Wishlist  #1

Nak macam niiiii !






Tapi, dapat ke aku kahwin?



Wednesday, April 25, 2012

Travel back, down that road.


It’s been so long since I last wrote here. Sighhh. Blame the busy-ness that attacks me! All the tutorials, ‘never-ending’ assignments, quizzes bla blaaa. Ok fine, blame me for being so lazy to update here since I don’t know what to update. Haha. No interesting story I can tell. Perhaps. Hihi. Actually I don't feel like sharing the interesting story that happened to me this past few weeks. Let it sit quietly in my memories je lah ye. ^,^

So, today I’ve completed my LAST presentation for this sem. Public Speaking!! Wuaaa last night I slept at 5 am you know, just to complete everything. Yeah blame the procrastination inside me. Sendiri buat, sendiri tanggung. Haha serves your right siapa suruh delay2 kerja! >.>

But the presentation went so well I guess! Madam Lilie doesn’t complaint much and she was satisfied, I guess. . Haha. Because she was smiling all the way through our presentation (ß ignore the grammar freak) Wakakaa. I guess maybe we had quite eye-catching topic, The ‘Deadly’ Heels.  And I’m so glad that I wasn’t nervous at all and able to maintain ‘COOL’ even though there were soooo many people in the room. No it’s not a room, it’s a HALL! A big lecture hall you know. Luckily they got the microphone so I don’t have to force myself to push my ‘shy-shy’ voice out.  Haha gedikss

And now, I am supposed to do my LAASSTTT assignment for this sem, the marketing project report. Weeee~ But we only done a little and this Friday is the deadline! And many of our group members are going back to their hometown tomorrow! Gahhh. Don’t know if we could make it or not. But you know, by hook or by crook, we must get it done. Ganbatte ne !


Ok jom layan gambar photo-gediks over this past few weeks. Wikikiii (gelak apekah ini?)


Anish hitam mata macam panda. HA-HA


tandas memang port peberet budak perempuan untuk photoshoot


dan menggedik dengan bestfwen yang sama kepala otak. >.<


Ini berlakon! Hipokrito mi amor! *Geng Marketing Project*



ini pula geng bola jaring saya hari itu. bahagianya kami =D


bahagianya mereka! xD


eh tengok ada budak gedik menangis sebab tension asyik kalah. Bhahaha
nasib baik team-mate supportive. :')


budak gedik tiba-tiba posing tengah padang.
p/s: percayalah ini candid! betul tak tipuuuu! >.<



Eh dah la tu menggedik nye. >_______<
Adios!




Wednesday, April 4, 2012

Sudah jatuh, dihempap KLCC

Melampau dia punya peribahasa. Hiperbola sungguh. Bola pun tak hyper sebegitu. Wakaka lawak hambar anis. Hambar.. Jadi mengapakah dengan tajuk yang macam mintak simpati tapi sebenarnya lebih mengundang kepada pelempang? Haha anis kalau tak mintak pelempang sehari memang tak sah kan. Susah la kalau orang suka jealous dengan anis sikit-sikit nak lempang anis. =_= And anis ni kalau tak mengarut masa introduction sampai berjela-jela memang tak sah. Tak sah. Haram. Eh tak, gurau je. Eh ape ni. Eh. *lempang*

Geli bila bahasakan diri dengan 'anis' dalam blog sendiri yang dah ibarat saudara kembar sendiri. (tipu je saudara kembar, aku tak suka ada kembar sebab nanti semua benda kena sama eh mana aci ! )

Ok sambung. Sebenarnya hari ni rasa macam nak menangis je walaupun memang dah menangis pun, lol anis memang tak kuat jiwa raga sikit-sikit nak menangis. Yela mana tak nya, dah la tadi pagi tadi lepas kelas terus pergi bermati-matian dengan rakan2 pergi settlekan masalah PTPTN dan yuran pengajian bla3 semua. Ya, aku tak pakai scholarship pun. PTPTN je. Bersyukur la ada ptptn nak tolong kan. Hmm sem depan kita pakai scholar ya, bye PT~~(nama manja ptptn) Lepas dah habis tenaga pergi settle benda tu semua, dengan perut yang bernyanyi riang kerana mintak diisi, aku pun melangkah malas pergi bank untuk withdraw duit... Sampai je dekat bank, deymmmm! Mana kad aku? Mana kad aku??? Habis lah aku geledah beg tu depan2 bank, keluarkan semua barang semata2 nak cari kad atm CIMB comel warna merah. Teringat pulak dulu suka gila bila ada spotcheck, sebab dapat geledah beg orang dengan rakus! >:)

Confirm, dalam beg takde. Call roommate di rumah, beliau pun kata takde kat rumah. Ok nak nangis dah tu. Nak taknak kena buat baru jugak. Tak pasal2 la kawan2 kena tunggu tuan puteri. Hahah. Dalam setengah jam lebih sikit, akhirnya berjaya mendapat kad baru. Lega alhamdulillah~

Lepas dah keluarkan duit, dapatlah pergi makan, habis makan pergi library siapkan assignment. Bayangkan dari tengahari sampai pukul 6 petang, bertapa dalam library buat assignment tapi tak siap2 jugak. Padahal kitorang buat kerja tau takde gosip2 pun ! Em, ade la sikit. >.<

Dah bosan dekat library, pulang ke rumah dengan tulang temulang yang macam dah patah riuk. Sampai je rumah, deymmmm lagi ! Sesuatu mengejutkan telah berlaku. Pokok kaktus aku terjatuh dari kedudukan dia. Tanah bersepah2 kat lantai! Dah la tengah badan extreme penat, kena kemas benda tu pulak. Adoiiii! Dah la kaktus tu orang bagi.. Terasa diri ni tak berguna tau sebab tak jaga elok2.. Huhuuu. Tapi dah settle dah sekarang. Tadi pegi culik tanah dekat pasu kat bawah rumah untuk tanam semula pokok. Hihi. Harap dia dapat hidup subur dengan tanah baru tu. :)

Nasib baik lah semua masalah dapat diselesaikan hari ni jugak.. Alhamdulillah.. Tadi masa kad hilang tu, terfikir jugak. Mungkin Allah mahu menguji aku. Mungkin aku terlalu leka dengan kerja yang belambak tu sampai lupa menyebut alhamdulillah pada Dia kebelakangan ni. Aku bersyukur bila Dia uji aku, sebab aku tahu Allah uji aku kerana Dia taknak aku lupakan Dia. Kerana Dia pun tak pernah lupakan aku. Alhamdulillah. :')




Ok maybe tajuk tu extreme sangat kot. Masalahnya tak ada lah sebesar mana pun. Propa je lebih minah ni kikiki ^__^

Monday, April 2, 2012

Pancit weh pancit!

So, nak dijadikan cerita. Tadi training untuk game netball. It was the FIRST training for us, and for me, it was really the first EXERCISE ever after I graduated highschool. Serious lepas habis sekolah menengah, mana ada exercise yang sebegitu punya exercise. Main sport semua tu kan. Haha. So tadi we had our training untuk preparation for this coming tournament which will be held on THIS SATURDAY.

Lagi berapa hari je tinggal dan masih terhegeh hegeh kan. Haha. Dulu masa sekolah menengah aku selalu jadi GA. Memang paling suka jadi GA sebab boleh lari and shoot. Bajet la power and stamina kuat. (dulu masa sekolah memang la T_T ) Ha lepastu tadi tergedik2 la nak jadi GA. Ya ampun, belum lagi separuh masa pertama, macam nak mati je rasa! Serius cannot go! Haha. Pancit weh tengah-tengah game. Tapi aku kuatkan semangat, main jugak la.

Sampai satu tahap, aku rasa nafas macam dah tersekat dekat dada. Sakit gila rasanya! Tak tahulah apa yang sakit tapi memang sakit sangat seluruh organ2 dalam badan! Aku nak mintak orang gantikan, takde orang yang free pulak. Dah la tu, lawan dengan senior yang SUMPAH AWESOME GILA HEBAT BADAN TOUGH JEALOUS TAU TAKKK! Haaa amik kau. =_=

Last-last nya, aku tukar position, jadi GK. Weh serious tak tahan weh. Kalau aku teruskan jugak jadi GA tu alamat malam ni tidur hospital la jawabnya. HAHA (tak lawak) Dah jadi GK pun tak tahan gak. Last-last aku mintak out. Hee out masa main tadi je. Bukan out dari team hew hew.

So conclusionnya sekarang, aku rasa stamina badan aku ni sangat sangat sangat lah dah merosot, sebab lama tak exercise dan bersukan. Padahalnya tadi keinginan tu membuak-buak sangat nak main. Nak buat macam mana kan. Susah la jadi orang kurang stamina ni. Haih kalau la aku ni kuat. Huuuu. Macam mana la masa tournament nanti. Kena siap2 kad insurans so that kalau apa2 jadi, boleh claim. Haha entah apa kaitan. >,>


So....


Yeah ! That's why I keep holding on ! :D





Tiba-tiba keluar segmen motivasi diri sendiri.