Friday, July 12, 2013

HAPPY BIRTHDAY!




Happy 3rd birthday diucapkan kepada my baby bloggie! Yeayy! Dah 3 tahun dah umur dia. Kalau anak ni dah boleh masuk pre-kindergarten and ikut aku pergi shopping semua dah ni. Boleh dah ajar sikit2 basic memasak. Haha. Tapi malangnya, ini hanyalah sebuah blog. Yang tidak mampu ikut aku pergi shopping beli baju hello kitty. Lol.



Melampau lah kalau kecik2 dah shopping sakan macam ni. Takpe, mama akan pastikan papa awak banyak duit supaya awak boleh shopping puas2 ye anak. HAHAHAHA.

Ada unsur geli sikit di situ. Please anis. Grad dengan ijazah kelas pertama dulu baru fikir semua ni. Please. #notetomyself

So, hai semua. Lama betul tak update belog. Entry2 terakhir pun semuanya emo je lebih. Muahaha. Saje je. Manusia ada up and down kan. Tipulah kalau sepanjang masa happy. Sepanjang masa buat2 happy tu boleh lah diterima. Huhu. Entah ada lagi ke tidak readers belog ni. Macam takde je. Dari tadi dengar bunyi cengkerik je. Haha. Tak kisah lah. Ada atau tidak, yang pasti tuan belog ni ada lagi. Hehe

Tuan belog sekarang dah masuk 3rd year iaitu final year dan di saat genting sebegini tuan belog harus berusaha bersungguh2 demi impian nak naik pentas ijazah kelas pertama. Fuhh. Skema bak hang. Semoga tuan belog terus tabah menghadapi liku-liku sebagai student final year dan berjaya menggenggam segulung ijazah. Aminnnn. Maaf, saya sedang dalam usaha mempertingkatkan lagi bahasa melayu saya. Justeru itu, penulisan di blog haruslah acah-acah seperti essay masa SPM. Eh, maksud saya karangan. Hee.

Masuk 3rd eyar ni macam-macam dah berlaku. People come and go. True colors of each and every person shown. The good ones, the bad ones, the WORST ones. How come we never realize someone who was so kind, so nice pijak semut pun tak mati in front of us is actually the one who are killing us little by little, slowly stabbing us from behind? How come people can be so cruel after so much trust we give to them? How come??

Dah kenapa cakap english pula tetibe? -.- Maaf, bila marah terkeluar pula bahasa inggeris. Kalau guna bahasa melayu nanti risau terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya. Bulan puasa ni minta dijauhkan dari segala sifat keji dan mungkar.

Oh, bercakap tentang puasa. Dah masuk hari ketiga ramadhan. Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur sehingga sekarang. Macam comel pula baby bloggie sambut birthday umur 3 tahun pada hari ke 3 ramadhan. Hee. Truly a remarkable coincidence.(ayat tiru dari cerita Pirates of the Carribean. Suka sangat ayat nii hihi) So sempena ramadhan dan sempena birthday belog ni apa kata kita tukar lagu belog. Haha takde kaitan pun sebenarnya. Sorry.

Semoga ramadhan kali ni dapat dijalankan dengan sempurna dan semoga segala amal ibadah kita diterima Allah. Amin.. Semoga raya tahun ni meriah dan bergembira di samping orang-orang tersayang. Aminnnnn. Kena wish raya sekali siap-siap sebab confirm sangat la aku yang malas ni takkan update belog sampai anniversary blog yang ke 4 tahun next year. Hahah. Doa-doakan semoga tuan belog ni rajin untuk update ye. Kalau tengok macam bertahun-tahun tak update belog tu, silalah lawat facebook atau twitter atau instagram saya kerana di situ saya lebih aktif berbanding di sini. Maaf belog. Tak sengaja. Haha. Link? Cari sendiri.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Saje testing bakat meng-edit gambar. Hahahahahahancuss


p/s: Baju besar buat diri ini nampak lebih berisi. Percayalah, saya kurus sikit dari tu. Hehe


Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat hari raya!
Mohon maaf zahir batin. :)
(wish awal-awal :p)



Adios!


Monday, July 1, 2013

I've stopped believing.




"You know what sucks? Realizing that everything you believe in is complete utter bullshit."
-500 Days of Summer

Thursday, March 14, 2013