Friday, July 29, 2011

Singgah.

Maafkan patik kerana lama tidak meng-update. Patik busy dengan urusan negara yang tak sudah2. Haha. Patik hanya menyinggah sebentar untuk memberitahu perkembagan badan, ohh salah. Perkembangan terkini (bukan badan ye) patik, patik sihat-sihat saja dan masih maintain langsing. Dan tadi baru selesai me-renew(?) IC kerana IC yang lama gambarnya terlalu hodoh sehingga orang kaunter tadi tersengih kambing ketika melihatnya. Agak memalukan di situ. Jadi patik telah mengambil gambar baru yang kelihatan lebih ok. Hee. Tak pasal2 melayang tau RM10. Oh takpelah, demi gambar IC yang lebih cantik, yang bakal patik bawa ke mana-mana selama 40 tahun akan datang, patik merelakan saja pemergian rm10 yang tercinta itu. Lagipun, tu duit ayah. Huahahaha.


Okay tu je. Adios~


oh ye, p/s :
di kesempatan ini, ingin patik ucapkan, selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua umat Islam seluruh dunia. Semoga ramadhan kita diberkati oleh-Nya. Tak sabar nye nak rayaaa!! =')

Friday, July 22, 2011

migraine duduk depan computer lama-lama tapi takde pilihan lain

Haha tajuk tak boleh nak panjang lagi kan. Well, aku rasa tajuk tu je pun dah menceritakan segala2nya tentang topik aku hari ni. Hek.

Sangat membosankan okay bila terperangkap dalam ofis parents dan hanya akan dijemput pulang pada pukul 6.30 petang nanti memandangkan aku takde kereta sendiri. Huhuuuu. Tragik tau tak kena duduk ofis ni lama2, pastu tak tahu nak buat ape. Dok mengadap komputer ni jelah sampai nak tercabut biji mata haa.. Tadi aku datang ofis ni sebab nak online. Ada benda sikit nak settle dekat website U aku yang tercinta tu. Ala hal pasal degree nanti. Kena check ni la, tula.. Blabla..Memandangkan kat rumah dah takde internet kann.. Terpakso lah den ke sini lahaaiii (wow ada bakat gak cakap nogori sembilan)

Tuptup dah terperangkap kat sini memandangkan parents aku dua2 dah keluar. Heh. Tak pasal2 kena jadi supervisor pulak. (konon)



bila bosan mari kita bergambar menggunakan webcam dan henfon!
 -_-"


Okay bai.

Thursday, July 21, 2011

Girls Day Out!

Yeay! Semalam pegi jenjalan lagi dengan Gengs. Tapi kali ni tak seramai masa pergi Mid Valley hari tu. Kali ni berempat je.. Hihi. Amboi kau nyah, asik pergi merayau je lately ni kan. Nak kata tengah masyukk hampas kelapa ada la dalam poket ni. Fulus nye adala beberapa keping je. Tu pun yang warna merah2 tu je. Hoho. Kali ni kami tak merayau jauh pon. Pergi Mines Wonderland je pon. Hanya lebih kurang 10-15 minit je dari 'istana' aku. Haha. Pergi sana pun last minute plan. Pergi jalan2 cuci mata dengan cuci perut je. Huahuahua. Kak Bella jela yang shopping sakan sampai beli 2 pasang kasut. Kitorang yang 3 orang ni yang sedang membajet2 penggunaan duit hanya mampu memborong shawl je. Bukan borong pon, beli berape helai je. Hihi. Murah woo shawl kat sana. Cantik lagii. Memang teruja ah melihatnya. Kualiti setanding shawl yang berharga Rm69 dekat Mid Valley tu. Huhuhu tak berbaloi langsung kalau beli dekat Mid. Hehehhh


Cik khaleeda a.k.a camerawoman takde kat gambar ni. dah kata pun camerawoman. Hoho
(eh dah macam poster la pulak)




Letak la jugak gambo dia. Karang merajuk pulak. Hehehehhh



Rasa tak puas la merayau. Sape nak kuar merayau dengan aku lagi? Cepat! Cepat! I'm always available. Lalalala... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Okay adios!

Muka overdos melahap.

Tuesday, July 19, 2011

Laugh Out Loud

saat ini,
ku cerita,
isi hati,
segala rahsia
aku rindu, aku perlu,
hati kamu terukir namaku.


Hihi itu bukan puisi ye. Saya culik dari lirik lagu je. Saya tak hebat pun sampai nak berpuisi. Untunglaa orang tu je hebat... (apakah?). Sila abaikan.

Adoi sebenarnya aku bosan ok. Sangat bosan sampai kelenjar airmata dekat kelopak mata aku ni nak meletus (maknanye bosan sampai rasa nak nangis). Tak pernah rasa bosan sebegini (tipu, padahal selalu). Harap2 ada keajaiban turun dari langit, mana tau putera hensem tiba2 datang rumah pastu ajak pergi dating sambil bagi sejambak bunga daisy warna putih yang sangat cantik. Tak pun bunga orkid ke, sebab aku bosan asik2 bunga ros. Asal cerita cinta je, bunga ros. Nasib baik cerita Ana Lu'lu pakai bunga matahari sebagai lambang cinta. Kan comel tu. Bunga ros terlampau klisye. Hikhik

(bila bosan beginilah jadinya)


Hari tu kan, aku keluar pergi buang masa dan tenaga dan wang di Mid Valley bersama Gengs. Hahah. Sangat seronok okay walaupun takde satu benda pun yang aku bawak balik melainkan tulang belakang yang dah terpatah empat dan tumit kaki yang macam dah hancur. Hoho. Bila nak keluar lagi ni Gengs? Mines Wonderland pon jadilah asalkan tak terperap kat rumah. Lol.


si bujur itu sedang ternganga.



Oh ye, lagu belog dah tukar. LAGI. Hikhik. Okay nak kena off dah. Lain kali aku update lagi. Adios~

####################################################

P/s,

I miss you, Doremon.

Tuesday, July 12, 2011

Merepek sekejap tanda tuan belog masih hidup. Hihi

Salam.

Hey ho! Anis is back! Untuk seketika. Hikhik. Lama ohh tak update belog. Ei ingat aku tak rindu ke dekat belog ni? Dan juga stalker semua? Dan follower yang disayangi juga. Rindu saaangat tau. Hoho. Follower semua mesti perasan bila aku guna ayat 'disayangi'. Bhahaha. Macam banyak sangat je follower dia. Budak 4 tahun pun dapat kira dengan pantas jumlah follower yang kau ada tu. Wahahahahah. Okay please control your uncontrollable emotion anis. =_= Lol.


Aku perasan sesuatu, setiap kali update mesti kerap menggunakan perkataan, "lama tak update", atau, "lamanya tak update belog" Okay apa perbezaan kedua ayat itu? Ngehh. Yang pasti konklusinya, aku jarang update belog dan pura-pura terkejut dengan menggunakan perkataan "lamanya tak update belog" dan yang sewaktu dengannya setiap kali memulakan penulisan di dalam belog ini. (bahasa buku teks diaktifkan) Sangat stereotype dan klisye bukan?


Sebolehnya, 24 jam aku nak update belog tau. Tapi apakandaya, rumah tiada bekalan internet setelah wi-fi dipotong dan kini broadband yang disayangi (walaupun sedikit lembap) juga telah dipotong. Kenapa mesti semuanya dipotong masa aku tengah bercuti sakan 3 bulan ni??? Kenapa tak lepas 3 bulan nanti baru dia dipotong ha?? (mencuba sedaya mungkin mengawal emosi) Tak pelah, terima jela hakikat. Sekurang-kurangnya kamu masih bernafas dan masih mampu melihat matahari jadi sila bersyukur. =)






Aku dapat update belog kali ni pun atas jasa baik wi-fi dekat ofis ayah ni. Hihi. Kalau tak pergi ofis ni, takde lah aku online. Jadi dah faham sekarang kenapa aku jarang online? Bagus bagi yang sudah memahami. Sayang anda lebih untuk 3 minit. Yang masih tak faham sila daftar pergi darjah 1 semula ye. Terima kasih dan jumpa lagi!


Adios! :D