Wednesday, October 26, 2011

don't worry be happy.

Ahhaa.. Tajuk yang sangat menginspirasikan. Sekali lagi, entry kali ni merupakan lebih kurang short update sahaja seperti entry sebelum ni. Aku masih belum mempunyai masa yang betul2 tepat dan sesuai untuk update entry yang lebih menginspirasikan dan berfaedah. Senang cakap, belum ada idea yang betul2 bernas untuk diceritakan. Sekadar menyinggah untuk bertanya khabar. Eh salah, untuk memberi khabar (?) Okay whatever seperti biasa perenggan pertama langsung tak ada isi penting dan sangat merapu.

Jadi lusa dah kena berangkat meninggalkan dunia rumah yang tercinta untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di negeri orang. Kahkah bajet macam study dekat Chicago je padahal Pahang je pun. Memandangkan lusa aku dah nak blah, siang tadi kelam kabut la settlekan ape2 yang patut. Pergi buat interview untuk assignment Management subject. Dahla kena interview top management atau managers2 sahaja, whole conversation must be in english pulak tu! Kena rakam pulak tu! Nasib baik aku dapat cameraman separa professional iaitu ayahanda tercinta. Haha. Feeling2 sikit konon tengah berlakon samarinda ah. Part yang paling best nye, correspondent aku yang ketiga tu, fuhh gile kentang punya hensem! Haha. Muda lagi tu. Mana tak berdetup-detap hati mak nokk. Aku sure umur dia mesti belum 30 lagi. Konfem ah! Yes yes ada chance nak ngorat. Hohoho dah diam. =___="

Oh ye, semalam berjaya memecah rekod peribadi apabila berjaya buat Pie dengan jayanya walaupun baru 1st time. Ceh, bangga letteww?



Taraaa~! Cheesy Peach Pie. Untuk filling pie aku letak lots and lots of buah peach, pastu banjirkan dia dengan cream cheese. Fuhh bila makan sejuk2 tu, nikmat dia ibarat berada dalam kapal Titanic sambil dipeluk oleh Jack Dawson si hensem. Bangga jugak la apabila berjaya membuat pie sebab benda ni dah laaamaa gile aku teringin nak buat sendiri. Next project, nak buat pizza sendiri pulak. Fuhh dah boleh bukak kedai ni pastu boleh kahwin terus. Ngehngeh.

Oh ye, di kesempatan ini ingin mengucapkan Happy Deepavali kepada semua! Esok cuti yay! Tapi aku ada banyak lagi kena siapkan kerja assignment. TAK yay! Ahh, don't worry be happy :D

No comments:

Post a Comment