Thursday, November 26, 2015

Entry bosan dari seorang anis yang 'rajin' update belog

Olla amigos! Panjang tak tajuk? Haaaa bagus betul kan anis ni. Hahah. Weh bakpo lamo sangat ni since the last entry harituuu? Sebenarnya tetibe harini dapat 'seru' untuk update belog. Rindu sebenarnya. Selalu je datang stalk belog sendiri, tapi malas nak log in. Oleh kerana itu, maka berlaku lah sebuah kejadian sebentar tadi di mana saya totally lupa password belog ni. Menggelabah mak nyah oiiii. Terpaksa reset password. Haha. But seriously, apa password aku sebelum ni oii? Apesal entah tak ingat langsung.. Hahah

Okay. Well, post terakhir aku update adalah bulan 1 haritu. Dan sekarang sudah hampir masuk bulan 12. Nampak tak betapa 'passionate' nya seorang anis dalam berblogging. *cekik myself virtually* So basically, aku hanya akan merapu sedikit sebanyak tentang kehidupan aku sekarang. Confirm ramai stalker yang rindu kannn. (Confident gila)

Alhamdulillah, aku dah selamat mendirikan rumahtangga bersama lelaki yang sangat baik akhlaknya, imannya, hatinya, semua lah serba serbi.Hehe Alhamdulillah. Kitorang baru je nikah haritu kat masjid area rumah aku. Dan majlis resepsi insyaAllah minggu depan. Jemputla datang semua!! Alamat cari sendiri k. Haha. Sorry la kepada yang tak sempat nak invite tu. Tak cukup memory la nak fikir satu-satu.. Haha. Pape pun Alhamdulillah sangat-sangat. Finally I found my right man.

Erm....

GOTCHA! Hahahahah lawaknya anis -_- Ok sebenarnya malas nak berlakon lama-lama. Seorang anis belum kahwin lagi la sebenarnya. Hahaha. Tapi right man tu insyaAllah dah jumpa la. Hehe. Pasal kawin tu, insyaAllah soon. Kalau ada rezeki, maka cepatlah akan dilangsungkan. Amin... Kalini betul tak tipu dah. Kalini serious haha (^_^)"

Alhamdulillah banyak perkara baik berlaku tahun 2015 ni. Doa dan harapan aku masa awal tahun haritu macam dalam previous entry aku tu Alhamdulillah banyak yang termakbul.. Dulu selalu doa semoga dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang boleh bimbing aku, yang ikhlas dan bukan hadir dengan niat nak main-main je. Penat la oi main-main cinta monyet ni. Heartbroken ni semua penat tau. Macam budak-budak je. Haha. InsyaAllah, kalau Allah izinkan, mungkin he is the one. Eh, 'He' tu siapa? InsyaAllah next post la aku bagitau. Mungkin next post adalah tahun depan. Mungkin masa tu dah one step further. Hahaha. Aku harap kalau ada yang membaca sekarang ni, tolong doakan semoga urusan kami semuanya lancar ye hehe aminnnn. :')

By the way on the other note, aku sekarang dah kerja dalam industry yang aku idamkan. Walaupun belum ada rezeki untuk masuk PETRONAS (huuuu), tapi berada dalam industry Oil & Gas ni pun dah buat aku bersyukur sangat. Aku memang target nak kerja dalam bidang Oil & Gas dari zaman study dulu lagi. Rasanya ramai dah yang tahu hahaha. Tapi kerja dekat tempat aku sekarang pun okay je. I like it here. It makes me feel like home somehow. I mean, dulu masa intern kat PETRONAS, selama 6 bulan tu aku rasa macam orang asing je. Don't get me wrong, diorang semua memang baik giler and best giler, tapi still I don't feel like I really belong there. Rasa macam ada gap dengan semua orang. Haha. Mungkin sebab aku hanya intern kot. Haha. Kat sini pulak, dalam 2 bulan pertama je aku dah dapat sesuaikan diri, dah mingle dengan semua and tak rasa awkward langsung. Sekarang apatah lagi. Memang dah rasa macam rumah kedua. Haha. And orang kat sini pun baik giler and best giler jugakk. Lol. At first tu rasa susah jugak la kerja ni, hari-hari stress sebab sumpah tak faham istilah-istilah engineering ni semua kejadah apa. Rasa macam, what am i doing here??! Apabenda ni oiiii??!! Aku ambil International Business bukan engineering! Hahaha tapi sebab aku kena handle quality management untuk company ni, so I need to know everything! Like 99% of everything (basically) termasuk work flow engineering, supply chain, blablabla (oi boringnya topic ni! Hahah) So apa kata aku sambung cerita pasal kerja aku dalam next post jela. Kalau aku rajin la. Taktau la zaman bila pulak next post tu. Wakakaka. Tapi Alhamdulillah now I can handle la semuanya. Slowly but surely. Mana ada kerja yang tak stress kan. Hahah

Okay rasanya sampai sini jela kot membebel buat masa ni. Sakit dah kepala ni pandang PC. Tak sabar nak weekend!! Sebab.... Jengjengjeng. Sabtu ni ada plan baikk punya. Hihi. And ahad pula ada bowling tournament company aku. Woohooo tak sabarrrr. (Over pulak)

Memandangkan aku seorang anti klimaks, so entry ni takkan ada penutup. Lol. Bye

Wednesday, January 7, 2015

First entry 2015, Bismillah.

Assalamualaikummm!

Hey hey hey everybodyyy. Fuhh this entry marks the first post for 2015. I hope it's still not too late to say HAPPY NEW YEAR 2015 everyone! Hiks. Sejak bila tah excited masuk tahun baru. Tapi takpe, apa salahnya kan tunjuk aura positif awal2 tahun ni. Semoga tahun ni menjadi lebih baik dari 2014. Semua orang pun mendoakan benda yang sama kan. :')


Aku pula? Well, I've stopped making a list of New Year's Resolution since I was 18 rasanya (sebab tahu memang jarang la dilaksanakan) haha but I just hope that I can stroke down some of my 'Before-I-Die' Wishlist. Some dah settle. Contohnya, parasailing (i did this twice! woohoo) , playing in the snow, meet Tun Dr M in person (ya Allah ni aku punya bersyukur tahap nak nangis), and few others la.. Alhamdulillah :)


Gambar dengan Tun Dr Mahathir ada dekat phone aku. Malas nak transfer to pc, so bye. Hahah. Gambar main snow pula, ada di instagram. Kat atas ni pun boleh tengok kan hehe


Untuk yang mungkin tak tahu, aku baru balik from Korea dengan family. Last minit decide. Haha. How's Korea? (soalan paling lazim aku dapat), the answer is, BEST GILE OKAYYY. Hahah yela dah sepanjang hayat ni hidup dalam suhu 28'c ke atas, bila dapat merasa suhu down to -11'c, best la. Haha walaupun hidung beku, tangan beku, otak beku semua benda pun beku LOL. Walaupun pernah pergi negara sejuk before, tapi aku tak pernah lagi experience Winter. And snow. Alhamdulillah rezeki kitorang masa pergi Korea, snow turun. Jakun dia tahap nak tadah mulut masa snow turun tu tau. Nasib baik aku masih waras. Fuhh


Seperti biasa gambar gua malas nak transfer from phone, so siapa yang nak tengok tu (eh, ada ke?) boleh la stalk instagram aku. Kbye tetibe promote insta. Nama cari sendiri. Jangan malas.


So, azam tahun baru? Kan dah cakap sejak berumur 18 aku dah malas nak buat azam sebab takkan terlaksana punya la (sorry for my laziness yaa my badd). Aku cuma berdoa semoga tahun ni I can be a better person, a better daughter, and a better slave to Allah. InsyaAllah. Semoga aku akan jadi lebih matang dan kuat (dan kumpul duit banyak banyakkkk) memandangkan tahun ni aku akan menginjak ke umur 23 (tahun depan dah kena kahwin!!) Padahal baru 2 minggu lebih berumur 22 hehehe. Sebenarnya tak suka tau number 23. Tak cantik la number tu. 22 lagi comel. Tapi 17 lagi comel la.


K, bye.



Adios!