Monday, December 26, 2011

Update. yuhuu yuhuu!

Hey all.. (Lol nak buat introduction pun dah tak reti sebab lama tak update)
Sedih betul la tengok blog ni. Bersawang sana sini. Spider pun semua dah berubah jadi Spiderman, bermaharajalela berlawan sesama sendiri walaupun semuanya sama je iaitu spesies spiderman, dekat blog kesayangan tuan puteri ni. *gunakan daya imaginasi anda* Ke manakah menghilangnya tuan puteri kesayangan ramai itu? Apa yang terjadi padanya sehingga tidak memberi sebarang khabar gembira lagi kepada rakyat jelata negeri Belogpura yang dahulunya semasyhur Singapura ? *daya imaginasi masih diperlukan*


Eh ape aku merapu ni ya ampunnnnn!


Sepatutnya update laju-laju sebab sebenarnya ni tengah mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar memandangkan kurang dari 48 jam lagi, tuan puteri, eh tak, aku, akan berhadapan dengan musuh tradisi sejak tahun 1999 masa darjah 1 dulu, iaitu EXAM! Kenapakah aku masih di sini?? Well, procrastination adalah hobi aku sejak azali jadi jangan persoalkan.

\
kadang-kadang comel jugak jadi pemalas kan? HAHA.


Ok nak sambung menghafal subjek Malaysian Studies yang berisiko untuk membunuh JIKA tidak study. Jadi kena study la supaya dia tak bunuh aku kan. Supaya aku boleh menang dalam perjuangan ni. YEAH!
Ehh?


Wish me luck gengs. Doakan kejayaan aku ya. Kalau ada salah silap tolong maafkan dan halalkan semuanya ya.. Ceh macam raya la pulak. Lepas final ni aku akan cuba sedaya upaya mungkin untuk merajinkan diri meng-update blog okayyyy. Tapi tak janji la. Eheh.
Adiosa~!

No comments:

Post a Comment