Sunday, April 3, 2011

indahnya kalau kita masih berkawan,

aku tahu kau rindu aku lagi.
aku tahu walau sekuat mana kau jerit dekat dunia yang kau benci aku,
jauh dalam hati kau yang paling dalam, ada lagi rasa itu untuk aku.
aku tahu, seteruk mana bahasa benci yang kau tulis untuk aku,
masih ada bahasa sayang dalam hati kau yang kau sendiri tak mahu menerima kehadirannya.
aku tahu, selebar mana kau senyum bila dengan orang lain,
kau masih rindu senyum yang kau ada bila dengan aku.
aku tahu, walau beribu kali kau katakan kau ingin teruskan tanpa aku,
jauh dalam sana, kau masih tak dapat lepaskan.
aku tahu apa yang hanya kau dan aku tahu.


aku tahu satu2nya harapan kau sekarang ialah supaya aku jauh dari hidup kau.


lepaskanlah rasa yang menyakitkan kau.
tak perlu kau simpan dendam yang membunuh diri kau sendiri.
tak perlu kau pertahankan ego yang menyesakkan dada kau sendiri.
tak perlu untuk kita bermusuh, sedangkan Rasulullah sendiri tidak pernah membenci orang2 yang menyakitinya.
aku rasa kau tahu tu.
yang penting, ikhlaskan lah hati.


kawan, tak pernah dalam hati aku terdetik untuk membenci atau memusuhi kau.
terpulang lah kalau kau tak percaya dan masih tetap ingin melawan.
terpulang.

No comments:

Post a Comment