Friday, February 17, 2012

Transformasi.

So amaciam?

Haaa untuk yang biasa berkunjung ke blog ni haruslah (buat-buat) terkejut melihat perubahan yang dah berlaku. Akhirnya si blogger pemalas anis secara tiba-tiba merajinkan diri untuk renovate blog. Hahah. Aku mengambil langkah berani (ceh over) untuk menukar template blog ni sekali. Selalunya tukar background je kan. Setakat tukar background, adik gua yang darjah 2 tu pun pandai buat. Betul tak tipu! Dia ada blog sendiri pada usia 8 tahun! Tapi aku tak boleh bagi link blog dia dekat sini sebab private. >.<

Tapi walaupun dah menukar template, kenapa aku tetap rasa macam tak banyak pun perubahan yang berlaku dari segi susun atur dan design-nya? (wahh skema tak boleh blah!)

Sebenarnya aku jatuh cinta pada ladybird dan warna merah yang sangat menggoda yang ada pada template ni je. Lepas tu tetibe bila tengok lama2 macam semak pulak rasa mata. =_=" Hahaha. Lagi satu, aku tak tahu macam mana nak buang ayat "Ladybug Ladybug Fly Away Home" yang tak ada motif kat atas tuu. Gosh. Dah try nak edit dekat coding dia tapi still tak jumpa! Siapa boleh tolong aku~~ Wuargh! Pastu rasa macam terang sangat la pulak merah dia. Adoi banyak pulak tak puas hatinya. *lempang*

Ok dah la tu membebel, sekarang masa untuk mandi dan lepas ni ada 'date' dengan kekasihku (baca= sahabatku) Nadjwa Redzuan. Haha. Lepak-lepak bergosip di hari jumaat malam sabtu memang menyeronokkan. Esok kan tak ada kelas jadi boleh la bangun lambat. Muahaha padahal tadi pun takde kelas dan dah bangun lambat dah pun. Bahagia betul hidup. Amboiiii kerja kau yang belambak belum siap tu sampai bila nak delay???!! *tetibe ada suara dalam otak*

Ok bye !

No comments:

Post a Comment