Saturday, June 4, 2011

My Hero

So, it's 4th June already, and it's my lovely hero birthdayy! Hihi. I love him so much till the end of my breath! There's no one could ever replaced him in my heart. Never. He's the only special  man in my heart and I LOVE HIM SO MUCH. And i know i'll always be his only lovely beautiful princess. Haha gedik sehh.


My handsome hero! (girls out there please don't be jealous)



aww i know he's hot! hahaha :P


with ibu, such a lovely couple 


ayah and us. hehe. opss ayah nampak tua la dalam ni. hihihi

Ayah, anis doakan ayah panjang umur. Itula satu satunya doa anis dari anis kecil sampai sekarang. Anis cuma mintak ibu dengan ayah dipanjangkan umur. Biar anis tak panjang umur takpe, asalkan ayah dengan ibu panjang umur. :)
InsyaAllah, anis akan belajar rajin2, get the scholarship, and further my studies overseas. HAHA. Lepastu nanti, bila anis dah kaya, anis beli kan ayah jet ski okay? Hihi. Ayah aku ni lain sikit. Dia tak mintak kereta ke, rumah ke.. Tapi jet ski. Haha memang berjiwa muda. And and, kalau anis ada duit lebih nanti, anis bawak ayah dengan ibu pergi Mekah okay? Walaupun ibu dengan ayah dah pernah pergi, anis tak kira. Ayah dengan ibu mesti pergi dengan anis jugak satu hari nanti! Doakan anis ada rezeki lebih ye ayah ibu. Huhu.

I love you so much ayah. Terima kasih sebab ajar anis tentang kehidupan. Terima kasih sebab ajar anis mengeja 15 tahun lalu dengan rotan, sampai anis dah masuk universiti sekarang. Alhamdulillah. Terima kasih sebab masa sekolah rendah dulu sanggup setiap kali balik dari kerja, duduk depan anis dengar anis hafal sifir. Terima kasih sebab ajar anis main basikal roda dua, rollerblade, rollerskate dan paling penting, ajar anis bawak kereta. Hihi. Terima kasih sebab rajin dengar anis bebel2 pasal cita2, pasal impian, pasal boyfriend.. Haha. Terima kasih sebab pujuk anis setiap kali kena marah dengan ibu. Hikhik. Terima kasih sebab bagi anis merasa naik kapal terbang, naik feri, naik kereta api, semua jenis kenderaan la. (bila nak bawak anis naik roket pulak?) hoho. Terima kasih sebab sentiasa bekerja keras supaya kitorang adik beradik dapat kehidupan yang selesa. :')


Ayah, terlalu banyak jasa ayah sampai tak tertaip dah kat sini. Dari anis baru lahir, sampai sekarang dah bergelar wanita. (boleh kahwin dah kot. muahahaha) Semoga ayah diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah luah dan keredhaan dari Allah sentiasa. Semoga ayah dan ibu bahagia hingga hujung nyawa. Semoga keluarga kita bahagia sampai ke syurga. Anis nak jumpa ayah, ibu, adik ija, acik, ina dengan izat dekat syurga nanti. :)

Minggu depan anis final exam. Ayah doakan anis ye. Ibu pun doakan sekali tau. Hihi. Anis takut laa. Haishh. Emm okayla, sampai sini dulu ayah.. Esok anis call ayah okay. Malam ni dah lewat sangat. Oh by the way, anis dapat free call sempena birthday ayah ni. Yela dulu kan daftar nombor ni pakai IC ayah. huahahaha. Esok kita gayut2 ehh~. (konon je la padahal tengok2 nanti gayut dengan org lain. opss!) :P



Happy Birthday ayah. :')





(semangat betul. macam la ayah akan baca. hek! )



No comments:

Post a Comment