Monday, June 20, 2011

Fast (and furious) update!

Lama sudah tak update belog. Nak cakap busy, takdelah busy mana. Free pun tak jugak.. Hihi. Malas kot? Lagipun, kat rumah ni kena pakai broadband kalau nak online. And tau2 lah kan, broadband ni dia lembabs sikit.  Memang menguji keimanan kalau nak online. Kalau bukak youtube tu, sementara tunggu dia habis loading sempat la jugak buat satu majlis kahwin. Baru dia habis loading. Okay tengok aku dah merapu. -_-


Masuk minggu ni dah 2 minggu aku meninggalkan Muadzam Shah. Maknanye baru 2 minggu la aku cuti. Ada lagi lebih kurang 2 bulan lebih baru boleh start degree. Adoi lama betul. Aku dah mula rindu suasana kampus. Ceh bajet good good je guna ayat 'kampus'. Lalala. Hmm actually aku baru balik dari holiday dengan family. Hihi. Pergi ke Bali! Syurga dunia~ haha. Pergi 4 hari je.. Hari jumaat lepas baru balik. Aku nak upload gambar tapi dia loading konfem lembabs macam siput vavi. Beruban la aku nak tunggu. So, memang tak la aku nak upload.. Haha. Hmm boleh tahan jugak la tempat tu. Dulu kan, aku plan kalau dah kahwin, nak honeymoon kat Bali. (nampak sgt kuat berangan). Tapi disebabkan parents dah bawak awal2, nampaknye aku kena mintak bakal suami aku nanti bawak pergi Italy la. Pergi pusing2 Europe ke.. Yela Bali dah pernah pergi. Buat ape pergi banyak2 kali. baik pergi tempat yang kita tak pernah pergi kann. Lagi2 tempat yang romantik seperti Italy tuu. Haha dasarr kau perempuan. :P


So sekarang ni aku dah tak tahu nak buat ape. Nak kerja, MALASSSS. Duduk rumah suntuk kepala otak. Haha. Jadi surirumah tangga sepenuh masa la nampaknye. Naseb naseb.. Hikhik


amaciam? ingat aku tak reti ke posing gediks? *tangan di dada mata ke atas*
(sebenarnye menyampah jugak tengok diri sendiri.)



Okay kepala aku dah peninggg. Lain kali aku membebel panjang2 lagi sini ek. Adios~!

No comments:

Post a Comment