Tuesday, May 8, 2012

Kehidupan itu sendiri adalah satu rahmat. =)

Bila fikiran rasional dan positif mula menguasai diri, baru tersedar yang kadang-kadang aku lupa untuk bersyukur.

Bersyukur atas segala nikmat yang ada pada aku.

Nikmat kasih sayang dari ibu ayah, adik-adik, keluarga, kawan-kawan2.

Nikmat dapat bernafas dengan lancar.

Nikmat makan, minum, tidur..

Nikmat tersenyum, ketawa, menangis. Eii menangis pun nikmat tau, lepas nangis kan rasa legaaaa je. ahaks.

Banyak lagi la nikmat-nikmat yang tak terucap oleh kata-kata. Lagi-lagi,

nikmat kesihatan.

Bersyukur sangat dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ni, Allah kurniakan nikmat kesihatan yang baik. Demam pun jarang sekali datang singgah. Batuk dan selsema tu biasalah. Untuk hapuskan dosa-dosa kecil. InsyaAllah. Walaupun ada masa tu ada beberapa sakit ngade-ngade singgah, macam migrain melampau ataupun gastrik, masih boleh survived dengan jayanya. Alhamdulillah. (tak payah 'dengan jayanya' sangat kot anis)

Atleast tak perlu sampai pergi hospital. Kena cucuk jarum ambil darah semua. Gosh, i just can't bear with all that 'things' anymore. You know, that hospital thingy. That ubat-ubatan thingy. Taip ni je pun macam berderau je darah ku yang manis ni haa. Is this somehow called, Phobia? Haha maybe.

Kadang-kadang lupa nak bersyukur, bahawa aku tak perlu melalui saat-saat keperitan macam tu. Aku rasa next time kalau aku kena cucuk jarum yang stok gedang-gedang tu, memang koma la terus jawabnya. Bukan pengsan lagi dah. Haha. Eh entah la. Rasa macam tak dapat bayangkan macam mana nak menanggung nya. Weh bayangkan la jarum dia tu weh, size pensel shaker tu wehhhh (haha tipu)

Tu lah kan, kadang-kadang bila terlalu seronok sangat dengan hidup ni, kita lupa nak bersyukur. Selalu mengeluh padahal masalah tu boleh je diselesaikan. Tak la sebesar mana. Bukannya kau di diagnos ada leukimia, boleh hidup 3 bulan je lagi. Kalau yang tu, memang la rasa sedih. Rasa masih belum puas je lagi nak hidup kat dunia ni. Ini tak, baru gaduh dengan boyprengg habis semua lelaki dekat dunia ni kena maki lepastu mula rasa konon takde harapan hidup. Haha kelakar betul.




Pesanan untuk kawan-kawan semua dan terutamanya untuk diri sendiri, bila tengah sedih tu, rasa macam masalah datang bertimpa-timpa, rasa macam semua bebanan dekat dunia ni atas bahu kita, cuba compare nasib kita tu dengan orang lain yang jauuhhhhh lebih malang. Yeah I know this is cliche, but really, it's the fact, semalang-malang nasib yang kita tengah hadapi, ada lagi yang LAGI tak se-beruntung kita dekat luar sana. Atleast kita ada katil untuk tidur, ada bumbung untuk berteduh. Ada ubat bila sakit, ada ibu bila sedih. Ada ayah bila nak bermanja. Huhuuu tiba-tiba saya rindu ibu ayah saya. Nak balikkkkk wuwuww =(

Betul. Bila kita set kan mind kita macam ni, kita akan lebih mensyukuri hidup ni. Ada orang dekat luar sana tu takde rumah nak berteduh, takde ubat bila sakit, tanda keluarga bila sedih. Lagi unfortunate kan nasib mereka.. :'/



Enjoy and appreciate your body everyday, every time, every seconds! Because you won't know, in the next few seconds, whether you still have those eyes, hands, and legs or not. So, appreciate.

In life, always, APPRECIATE. And be THANKFUL. The secret of happiness is appreciation of what you've got. Whether it's a little, or a lot.

Life itself is a bless.

=)


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Wishlist #3


No comments:

Post a Comment