Wednesday, April 4, 2012

Sudah jatuh, dihempap KLCC

Melampau dia punya peribahasa. Hiperbola sungguh. Bola pun tak hyper sebegitu. Wakaka lawak hambar anis. Hambar.. Jadi mengapakah dengan tajuk yang macam mintak simpati tapi sebenarnya lebih mengundang kepada pelempang? Haha anis kalau tak mintak pelempang sehari memang tak sah kan. Susah la kalau orang suka jealous dengan anis sikit-sikit nak lempang anis. =_= And anis ni kalau tak mengarut masa introduction sampai berjela-jela memang tak sah. Tak sah. Haram. Eh tak, gurau je. Eh ape ni. Eh. *lempang*

Geli bila bahasakan diri dengan 'anis' dalam blog sendiri yang dah ibarat saudara kembar sendiri. (tipu je saudara kembar, aku tak suka ada kembar sebab nanti semua benda kena sama eh mana aci ! )

Ok sambung. Sebenarnya hari ni rasa macam nak menangis je walaupun memang dah menangis pun, lol anis memang tak kuat jiwa raga sikit-sikit nak menangis. Yela mana tak nya, dah la tadi pagi tadi lepas kelas terus pergi bermati-matian dengan rakan2 pergi settlekan masalah PTPTN dan yuran pengajian bla3 semua. Ya, aku tak pakai scholarship pun. PTPTN je. Bersyukur la ada ptptn nak tolong kan. Hmm sem depan kita pakai scholar ya, bye PT~~(nama manja ptptn) Lepas dah habis tenaga pergi settle benda tu semua, dengan perut yang bernyanyi riang kerana mintak diisi, aku pun melangkah malas pergi bank untuk withdraw duit... Sampai je dekat bank, deymmmm! Mana kad aku? Mana kad aku??? Habis lah aku geledah beg tu depan2 bank, keluarkan semua barang semata2 nak cari kad atm CIMB comel warna merah. Teringat pulak dulu suka gila bila ada spotcheck, sebab dapat geledah beg orang dengan rakus! >:)

Confirm, dalam beg takde. Call roommate di rumah, beliau pun kata takde kat rumah. Ok nak nangis dah tu. Nak taknak kena buat baru jugak. Tak pasal2 la kawan2 kena tunggu tuan puteri. Hahah. Dalam setengah jam lebih sikit, akhirnya berjaya mendapat kad baru. Lega alhamdulillah~

Lepas dah keluarkan duit, dapatlah pergi makan, habis makan pergi library siapkan assignment. Bayangkan dari tengahari sampai pukul 6 petang, bertapa dalam library buat assignment tapi tak siap2 jugak. Padahal kitorang buat kerja tau takde gosip2 pun ! Em, ade la sikit. >.<

Dah bosan dekat library, pulang ke rumah dengan tulang temulang yang macam dah patah riuk. Sampai je rumah, deymmmm lagi ! Sesuatu mengejutkan telah berlaku. Pokok kaktus aku terjatuh dari kedudukan dia. Tanah bersepah2 kat lantai! Dah la tengah badan extreme penat, kena kemas benda tu pulak. Adoiiii! Dah la kaktus tu orang bagi.. Terasa diri ni tak berguna tau sebab tak jaga elok2.. Huhuuu. Tapi dah settle dah sekarang. Tadi pegi culik tanah dekat pasu kat bawah rumah untuk tanam semula pokok. Hihi. Harap dia dapat hidup subur dengan tanah baru tu. :)

Nasib baik lah semua masalah dapat diselesaikan hari ni jugak.. Alhamdulillah.. Tadi masa kad hilang tu, terfikir jugak. Mungkin Allah mahu menguji aku. Mungkin aku terlalu leka dengan kerja yang belambak tu sampai lupa menyebut alhamdulillah pada Dia kebelakangan ni. Aku bersyukur bila Dia uji aku, sebab aku tahu Allah uji aku kerana Dia taknak aku lupakan Dia. Kerana Dia pun tak pernah lupakan aku. Alhamdulillah. :')




Ok maybe tajuk tu extreme sangat kot. Masalahnya tak ada lah sebesar mana pun. Propa je lebih minah ni kikiki ^__^

No comments:

Post a Comment