Friday, March 30, 2012

Princess datang singgah sekejap.

Bismillahirrahmanirrahim.
Fuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~~~~
Ha amik kau panjang fuh dia. Lamanya tak update belog kan? Ya Allah dah dekat sebulan dah. Eh, ke dah lebih sebulan pun? Ah malas la nak kira. Hihi. Kenapa yek anis tak update? Apa jadi? Apa jadi? Ceh perasan je macam la ada yang peduli... Hmmmmm (tiba-tiba emo) >.< Agaknya sebab background blog ni yang macam pening kepala aku tengok sampai penulis dia pun jadi malas nak update. Hiwhiw.

Tapi kan tapi kan, sebenarnya aku update ni sebab ada permintaan dari seseorang yang dah rindu setengah mati dekat aku walaupun hari2 jumpa kat kelas. Tak tau lah kenapa. Betul tak Nurul Ikhlas ? Haha ok yang setengah mati tu tipu je. Yang kau pegi percaya kenapa? *gelakgayaWoodyWoodpecker* Eh kenapa mengarut ni???? Nak buat macam mana kan, tarak idea nak update benda berfaedah. Sebab tu la update mengarut-ngarut je. Tengok, dah la tanya sendiri, jawab sendiri.

So, apa je yang berlaku dekat Anis sepanjang dia tak update ni? Haaa macam-macam dah berlaku. Suka duka silih berganti. Manusia datang dan pergi. Sesuka hati dia je kan. Dah datang dalam hidup aku pastu pergi tanpa khabar berita. Yang kita ni terkontang-kanting sibuk fikir pasal dia lagi. Eh lantak la sama dia buat apa nak diingat lagi! Kalau dia ingat kita mesti dia cari kita. (pulak dah....=_= ) Sebenarnya sekarang ni teramat lah busy dengan urusan duniawi. I mean, urusan belajar la jangan fikir 'duniawi' yang negatip berfoya-foya tu pulak no no no jangan.. Haha. Dengan midterm nya, quizzes lagi, assignment pulak baru 1 je down, lagi 4 menanti sambil pegang parang dan muka berlagak, kena siapkan dalam masa 2 minggu ni. Berderet2 masalah tengah tunggu turn tapi diri ni masih tak sedar2 lagi, masih saja membuang masa tanpa rasa bersalah walhal sudah tahu masa semakin suntuk dan masa yang diberi bukanlah cukup sangat untuk dia. Masa itu kan emas. Sebenarnya kalau ikutkan dah jadi jutawan dah dengan 'emas-emas' ni semua tapi sampai sekarang masih belum mampu beli Lamborghini walaupun sebijik. Ala takpe Mini Cooper pun jadilah kan buat apa nak membazir. Ok motif?

Jadiiiiiii, sekarang dah tak tahu macam mana nak akhiri entry ni. Maklumlah dah lama tak update, skill pun dah hilang. =_= Sila lah layan gambar yang diculik dari Tumblr di bawah ni. Saya nak pergi sambung tengok movie a.k.a buang masa (lagi) . asdfghjklmnbvcxzqwtrye

Adios !

Hmmm :'(

No comments:

Post a Comment