Tuesday, July 12, 2011

Merepek sekejap tanda tuan belog masih hidup. Hihi

Salam.

Hey ho! Anis is back! Untuk seketika. Hikhik. Lama ohh tak update belog. Ei ingat aku tak rindu ke dekat belog ni? Dan juga stalker semua? Dan follower yang disayangi juga. Rindu saaangat tau. Hoho. Follower semua mesti perasan bila aku guna ayat 'disayangi'. Bhahaha. Macam banyak sangat je follower dia. Budak 4 tahun pun dapat kira dengan pantas jumlah follower yang kau ada tu. Wahahahahah. Okay please control your uncontrollable emotion anis. =_= Lol.


Aku perasan sesuatu, setiap kali update mesti kerap menggunakan perkataan, "lama tak update", atau, "lamanya tak update belog" Okay apa perbezaan kedua ayat itu? Ngehh. Yang pasti konklusinya, aku jarang update belog dan pura-pura terkejut dengan menggunakan perkataan "lamanya tak update belog" dan yang sewaktu dengannya setiap kali memulakan penulisan di dalam belog ini. (bahasa buku teks diaktifkan) Sangat stereotype dan klisye bukan?


Sebolehnya, 24 jam aku nak update belog tau. Tapi apakandaya, rumah tiada bekalan internet setelah wi-fi dipotong dan kini broadband yang disayangi (walaupun sedikit lembap) juga telah dipotong. Kenapa mesti semuanya dipotong masa aku tengah bercuti sakan 3 bulan ni??? Kenapa tak lepas 3 bulan nanti baru dia dipotong ha?? (mencuba sedaya mungkin mengawal emosi) Tak pelah, terima jela hakikat. Sekurang-kurangnya kamu masih bernafas dan masih mampu melihat matahari jadi sila bersyukur. =)






Aku dapat update belog kali ni pun atas jasa baik wi-fi dekat ofis ayah ni. Hihi. Kalau tak pergi ofis ni, takde lah aku online. Jadi dah faham sekarang kenapa aku jarang online? Bagus bagi yang sudah memahami. Sayang anda lebih untuk 3 minit. Yang masih tak faham sila daftar pergi darjah 1 semula ye. Terima kasih dan jumpa lagi!


Adios! :D


No comments:

Post a Comment