Tuesday, January 14, 2014

Coming to the end...

Assalamualaikum semuaaaaaaaaa!! *sambil kunyah biskut*

Akhirnya Anis Amirah yang pemalas ni log in juga blogspot. Omg omg omg lamanya lah tak datang sini.. Last update tahun lepas wehh. Memang la, baru 14 hari pun masuk tahun 2014. Hihi kecoh je lebih. Tapi sangat lama ya beta tidak menjejakkan kaki di sini. Basi dah pun tempat ni. Skill mengarang pun dah semakin hambar... Ceh.

Pe cer terkini? Wah gitu kau kemain 'pe cer' noksss. Untuk pengetahuan semua ( siapa 'semua' tu pun aku taktahu. entah2 cakap sorang2 je ni haha), kite sekarang sudah di semester terakhir degree. InsyaAllah kalau tiada aral, kite habis hujung bulan 1 ni. Sobsobs. Next week dah final! My very final exam. Grad insyaAllah bulan 11. Wuwuwuw. Pergh. Cepatnya masa berlalu kan. 3 tahun ++ berlalu begitu sahaja. I hate getting flashback. Sebab nanti rindu. Sebenarnya hari2 pun rindu. Belum tinggalkan lagi dah rindu kan. Apatahlagi nanti bila dah tinggalkan. Tsk.

Banyak sangat perkara dah berlaku sepanjang 3 tahun ++ dekat sini. Dekat entry yang sebelum ni ada la aku buat summary ringkas tentang apa yang berlaku, tapi dalam nada sinis mungkin. Haha. Nak cerita lebih2, memang tak cukup sampai minggu depan. Nak study untuk final lagi (konon), so biarlah semua kenangan terpahat dalam ingatanku saja. Tapi bukan perkara buruk je berlaku, BANYAAAAAAKKK lagi good things happened sepanjang aku belajar dekat sini. Semua yang berlaku mematangkan aku. Yang buruk jadikan tauladan, yang baik simpan jadi kenangan, kan?

Aku sebenarnya ada 1 wish. Cewah. Sebenarnya, aku plan, sebelum keluar meninggalkan tempat ni, aku ingat, nak confess, pada seseorang. Hahahahaha. Berani mati wa cakap lu. Ala bukannya jumpa dia lagi lepas ni. Aku harap. Hahah. -_- Aku minat dia sejak di bangku sekolah foundation lagi. Masa zaman foundation tuuu. Tahun 2010 tuuu. Adoi tahun tak matang. Zaman cuci mata hari-hari. Eh, cuci mata sampai sekarang pun buat. Haha. Nak cakap aku minat dia sampai sekarang, tak juga. Ala crush gitu2 je la. Tak nak lebih pun. Malah, sepanjang 3 tahun++ dekat sini, dah beberapa kumbang datang dan pergi, tapi crush aku pada dia tak pernah hilang. Hahahaha. Benda ni susah nak explain tau. Dia macam, hanya diri sendiri je yang faham. It feels good to have a crush, tanpa perlu kisah dia akan suka kita balik ke tidak, tak perlu kisah dia ada girlfriend ke apa, sebab, kita hanya nak crush je dekat dia. Tak faham kan? Haa kan aku dah kata, susah nak explain benda ni. Kalau faham bagus la. Kau genius.
Haih.. My sweet campus life's crush.  My sweet Asou-kun. Hihi tu nickname aku bagi dekat dia lah. Aku harap aku ada ruang dan keberanian untuk confess dekat dia. Lol. Berani tu memang la berani je. Cuma takut macam tak sempat nak confess dekat dia. Sebab.... dia course lain, so aku taktahu dia habis exam bila. Aku tak tahu dia akan balik hari apa. Aku even taktahu nombor telefon dia. Dan aku tak ada bbm mahupun wechat mahupun kakaotalk mahupun apa jenis social network dia pun. Yang aku ada hanya facebook dia. Itupun..... Aku taktahu la dia still active ke tidak. Zzzzzz. Jadi, macam mana nak confess dekat dia ni? Hahaha. Aku plan just nak cakap, yang aku dah minat dia since foundation je. And that's it. Aku taknak tahu apa response dia pun. Aku taknak dia balas apa2 pun. Aku just nak dia tahu. Tu je. Haha. Ok banyak sangat dah ni cakap pasal crush yang tak pernah terluah tu. Sem ni pun duatiga kali je terserempak dia. Terserempak pun untuk saling berbalas senyum selama 3 saat je. Sedih betul kan. Sobs

Last but not least, aku harap aku berjaya grad dengan ijazah kelas pertama seperti yang diidamkan. Itu yang paling pentingggggg. Aku harap aku dapat tempat internship yang baik (ergh cuak!!). Aku harap pengakhiran yang baik dekat sini. Hmm.. Untuk mereka yang dah pergi, terima kasih la korang sebab pernah hadir. Terima kasih sebab bagi pengajaran pada aku. Terima kasih untuk saat2 indah kita. Walau apa pun dah berlaku, aku takkan pernah lupa semua kenangan kita dekat sini. InsyaAllah. Pada yang masih ada, terima kasih yang teramat sangat pada korang. Sebab stay. Sebab masih sudi bersama aku. Terima kasih sebab tak pernah pergi. Terima kasih untuk segala kenangan juga. Semoga kita jumpa lagi di lain hari, yang lebih indah dari sekarang.

Untuk yang pernah pergi tapi datang kembali, aku tahu ada sebab kenapa kau pergi dulu, dan kenapa tuhan dekatkan kita semula. Mesti ada sebab. Cuma kita yang taktahu. Semuanya rahsia Dia kan. Jodoh, pertemuan, ajal maut di tangan Allah. Aku doa, apapun berlaku, semoga yang terbaik saja untuk kita. Amin

Ok tu je. Jumpa lagi nanti! (mana tahu next time aku update sebab nak umum dah nak kahwin pula ke. HAHAHAHAHAHAH erm k.)


Friday, July 12, 2013

HAPPY BIRTHDAY!




Happy 3rd birthday diucapkan kepada my baby bloggie! Yeayy! Dah 3 tahun dah umur dia. Kalau anak ni dah boleh masuk pre-kindergarten and ikut aku pergi shopping semua dah ni. Boleh dah ajar sikit2 basic memasak. Haha. Tapi malangnya, ini hanyalah sebuah blog. Yang tidak mampu ikut aku pergi shopping beli baju hello kitty. Lol.



Melampau lah kalau kecik2 dah shopping sakan macam ni. Takpe, mama akan pastikan papa awak banyak duit supaya awak boleh shopping puas2 ye anak. HAHAHAHA.

Ada unsur geli sikit di situ. Please anis. Grad dengan ijazah kelas pertama dulu baru fikir semua ni. Please. #notetomyself

So, hai semua. Lama betul tak update belog. Entry2 terakhir pun semuanya emo je lebih. Muahaha. Saje je. Manusia ada up and down kan. Tipulah kalau sepanjang masa happy. Sepanjang masa buat2 happy tu boleh lah diterima. Huhu. Entah ada lagi ke tidak readers belog ni. Macam takde je. Dari tadi dengar bunyi cengkerik je. Haha. Tak kisah lah. Ada atau tidak, yang pasti tuan belog ni ada lagi. Hehe

Tuan belog sekarang dah masuk 3rd year iaitu final year dan di saat genting sebegini tuan belog harus berusaha bersungguh2 demi impian nak naik pentas ijazah kelas pertama. Fuhh. Skema bak hang. Semoga tuan belog terus tabah menghadapi liku-liku sebagai student final year dan berjaya menggenggam segulung ijazah. Aminnnn. Maaf, saya sedang dalam usaha mempertingkatkan lagi bahasa melayu saya. Justeru itu, penulisan di blog haruslah acah-acah seperti essay masa SPM. Eh, maksud saya karangan. Hee.

Masuk 3rd eyar ni macam-macam dah berlaku. People come and go. True colors of each and every person shown. The good ones, the bad ones, the WORST ones. How come we never realize someone who was so kind, so nice pijak semut pun tak mati in front of us is actually the one who are killing us little by little, slowly stabbing us from behind? How come people can be so cruel after so much trust we give to them? How come??

Dah kenapa cakap english pula tetibe? -.- Maaf, bila marah terkeluar pula bahasa inggeris. Kalau guna bahasa melayu nanti risau terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya. Bulan puasa ni minta dijauhkan dari segala sifat keji dan mungkar.

Oh, bercakap tentang puasa. Dah masuk hari ketiga ramadhan. Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur sehingga sekarang. Macam comel pula baby bloggie sambut birthday umur 3 tahun pada hari ke 3 ramadhan. Hee. Truly a remarkable coincidence.(ayat tiru dari cerita Pirates of the Carribean. Suka sangat ayat nii hihi) So sempena ramadhan dan sempena birthday belog ni apa kata kita tukar lagu belog. Haha takde kaitan pun sebenarnya. Sorry.

Semoga ramadhan kali ni dapat dijalankan dengan sempurna dan semoga segala amal ibadah kita diterima Allah. Amin.. Semoga raya tahun ni meriah dan bergembira di samping orang-orang tersayang. Aminnnnn. Kena wish raya sekali siap-siap sebab confirm sangat la aku yang malas ni takkan update belog sampai anniversary blog yang ke 4 tahun next year. Hahah. Doa-doakan semoga tuan belog ni rajin untuk update ye. Kalau tengok macam bertahun-tahun tak update belog tu, silalah lawat facebook atau twitter atau instagram saya kerana di situ saya lebih aktif berbanding di sini. Maaf belog. Tak sengaja. Haha. Link? Cari sendiri.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Saje testing bakat meng-edit gambar. Hahahahahahancuss


p/s: Baju besar buat diri ini nampak lebih berisi. Percayalah, saya kurus sikit dari tu. Hehe


Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat hari raya!
Mohon maaf zahir batin. :)
(wish awal-awal :p)



Adios!


Monday, July 1, 2013

I've stopped believing.




"You know what sucks? Realizing that everything you believe in is complete utter bullshit."
-500 Days of Summer

Thursday, March 14, 2013

Sunday, December 2, 2012

L I F E

I don't know where to start, where to leave and start over, all over again. This feeling is empty. An excruciating pain that leaving me numb and anesthetized by the overflowing emotion. Tears flowing down my face on every sleepless night. Why am I here, placed in such agony? Your images scattered all our the thought and I couldn't help but remembering. Forgetting couldn't be this torturous and never this hard. 

Freedom is all I have until what I feel is a severe loneliness tormenting my soul, brought me down hitting rock bottom. I am broken, imperfect, damaged and torn. Is this world even true to myself? Where am I going? I am lost, between the road, I am clueless. Sitting in a corner, alone and lonely witnessing what had happened, silently screaming and burst out howling.

This pain is for myself, a consequence of choices. And now my life is fragmented and flawed, the scars won't leave and healing would drag me to another part of throbbing journey. How can I make use of this sorrow? Pulling something good out of sadness? Continue living with broken pieces, pretending to be strong and keep ignoring the fact of life.

If staying strong was the only option, I refuse to be strong. If loneliness was the consequence I have to face, I carry on in denial.






::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

I love his writing! Especially on this one. He really did explains everything that I couldn't. Indeed, i couldn't find any words to describe what i'm feeling right now, until i found this. Maybe not all of it, but at least 90% of what's inside me was all written in that beautiful post from this young gentleman. :')

Hmmm.. Life's hard though. Must keep going. Chin up and smile to the sun. :D

Friday, November 23, 2012

Warkah


Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia


- Lara Lagi by Adira.



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Lama tak update blog tiba-tiba post entry macam ni kan. Haha. Suka hati gua la. Gua punya blog. Tiba-tiba tadi layan Ombak Rindu. Tiba-tiba terminat lagu ni bila dia asyik ulang2 je pasang masa part Aaron Aziz. Lol okay takde kaitan dengan Aaron pun sebenarnya. 

Ah, lara lagi.........

Ok bye nak log out. (curi masa je ni)


Saturday, October 20, 2012

Motivation.

.
.
.
.
.
.
.

Be strong now, because things will get better.
It might be stormy now, but it can't rain forever.




Thursday, September 27, 2012

Resepi : Pavlova

Untuk pengetahuan semua, aku ambil masa yang sangaaaattt lama untuk start projek baking pavlova ni. Buat research sana sini. Ceh macam student PhD pun ada. Lol. Yelah, buat pavlova ni memang la nampak senang, tapi banyak pantang larang kena jaga ohh. Sangat memerlukan kesabaran dan ketekunan. Tapi bahan2 dia memang simple habis. Paling-paling pun korang kena keluarkan duit lebih sikit untuk beli whipping cream dia and buah2 untuk letak atas tu.

Aku refer banyak gile blog untuk mendapatkan pavlova yang terbaik. Bila baca orang komen, kadang cuak jugak. Ada yang tak jadi, telur tak kembang, pavlova mendap, hancur bla3. Sebab tu kena research lebih sikit. Dan akhirnya aku pun tekad untuk refer resepi daripada Salam Dua Benua dan Cahaya Cintaku . Ada beberapa lagi blog yang aku refer, tapi tak ingat dah mana. Huhu minta halal ye semua. Okay enough  membebel. Jom check resepiii! (copy paste je)

Pavlova:
- 4 large eggs, separated (ambil putih telur je)
-3/4 cup caster sugar (gula halus)
-1/2 tbsp cornflour
-1 teaspoon (sudu kecil) white vinegar (cuka yang biasa tu)

-1/2 teaspoon vanilla extract

Topping:
- 1 cup (240 ml) non dairy whipping cream
- 1 tablespoons caster sugar (adjust ikut sedap rasa)
- 1/2 teaspoon vanilla extract
- Fresh fruits - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, or other fruit of your choice

Itu je bahan-bahan dia. Nak buat pavlova ni ada pantang larang, antaranya :

1) Telur mestilah in room temperature. Takmau yang sejuk from peti ais tu. 
2) Pastikan masa korang asingkan telur putih and kuning tu, segala peralatan mangkuk ke spatula or anything, kering tanpa setitik pun air. Kalau ada setitik pun air, nanti masa pukul telur, telur taknak kembang. Sama jugak masa nak pukul whipping cream.
3) Masa asingkan telur, pastikan takde kuning telur yang masuk dalam putih telur tadi. Kalau tak, tak menjadilah pavlova anda ye. Hehe
4) Pastikan whipping cream yang digunakan adalah jenis non dairy. Aku guna jenama Rich's. Dan pastikan cream tu betul-betul sejuk sebelum nak pukul. Kalau boleh mixing bowl pun sejukkan sekejap dalam freezer.

Okay itu antara tips-tips yang WAJIB dipatuhi kalau korang taknak korang punya pavlova hancuss. Baiklah, mari move on kepada cara-cara memasaknya.

Pavlova
- Preheat oven to 150 degrees C for 15 minutes. (guna api bawah)
- Line a baking sheet with parchment paper and draw a 7 inch (18 cm) circle on the paper. Turn the parchment paper over so the circle is on the reverse side.
(Don't forget to place rack in center of oven)
- In the bowl of your electric mixer, with the whisk attachment, beat the egg whites on medium speed until they hold soft peaks. (dah kembang tapi still soft and berbuih2 macam tu)
- Start adding the sugar, a tablespoon at a time, and continue to beat, on high speed, until the meringue holds very stiff and shiny peaks.(test guna jari nak tengok gula dah fully dissolved or not) The meringue should feel smooth, not gritty. If it feels gritty the sugar has not fully dissolved so keep beating until it feels smooth between your fingers). Beat in the vanilla extract.
- Sprinkle the vinegar and cornstarch over the top of the meringue and, with a rubber spatula, gently fold in. Spread the meringue inside the circle drawn on the parchment paper, smoothing the edges, making sure the edges of the meringue are slightly higher than the center. (You want a slight well in the center of the meringue to place the whipped cream and fruit.)
- Bake for 50 minute to 1 hour (depending on the oven) or until the outside is dry and is a very pale cream color. (guna api atas bawah)
- Turn the oven off, leave the door slightly ajar, and let the meringue cool completely in the oven. (The outside of the meringue will feel firm to the touch, if gently pressed, but as it cools you will get a little cracking and you will see that the inside is soft and marshmallowy.) 
For whipping cream:
-Whip the cream in your electric mixer, with the whisk attachment, until soft peaks form. Sweeten with the sugar and vanilla and then mound the softly whipped cream into the center of the meringue. Arrange the fruit randomly, or in a decorative pattern, on top of the cream. Serve immediately as this dessert does not hold for more than a few hours.

So amacam? Pening nak baca? Hahah kalau pening nak baca, just klik dekat  link blog yang aku bagi kat atas tadi. Diorang tunjuk step by step punya untuk amateur macam kita. Muehehe. Dan ini adalah gambar2 pavlova saya!


Ini sebelum bakar. 
Tepi tu adjust dan ratakan guna pisau butter supaya dia tak crack lepas bakar.



Ini after bakar dan sudah siap dihias! Hehe. Still ada crack sikit.
Berat sangat kot buah2 tu



Nyummm tengok lapisan dalam dia yang warna putih tu.
Sebijik macam rasa marshmallow!



Suku pavlova sudah selamat masuk perut.  >:)



Okay itu je.. Happy baking everyone! Adios!



So close, yet so far.

Bismillahirahmanirrahim....

Fullamak, tak tahu nak mula macam mana ni. Lama betul tak update ya. Entah ada lagi ke tak orang yang sudi baca blog ni (sila baca dengan nada sedih). Hish aku memang problematic sikit when it comes to commitment. Well, any types of commitments. If you know what I mean...... Ok whatever.

Everything goes well so far. SO FAR lah. Tengah syok cuti sem ni. Haha syok la sangat kan. Memang masa aku banyak spent dekat rumah je, BAKING. Hewhew. Ada yang menjadi, ada yang setakat elok untuk makan je. Hahah.

Dan antara yang menjadi nya......


Blueberry Cheesecake


Lasagna.


Spaghetti



Potato Wedges with homemade cheesy sauce.



Pavlova.


So inilah dia antara yang sempat buat. Hehe. Pavlova tu baru buat tadi! Kagum dengan diri sendiri. Tak sangka berjaya buat. Kehkeh. Untuk resepi Pavlova dan Cheesy Sauce tu, aku update dekat next entry kay! Doakan aku rajin lah ye. :p





Oh ye, minggu lepas sempat jalan-jalan dekat sini bersama tut tutttt. Heheh. Nampak tak kuda belakang tu? Cantik okay tempat ni! Cuba teka dekat mana? Korang mesti tak caya kalau aku cakap. Ini adalah dekat Uniten Bangi. Ya, Uniten Bangi. Sangat envy okay kenapa Uniten Muadzam tak ada macam niiii. Ada kandang kuda, swimming pool, padang golf, and their own hotel. Hish jealous jealous. Ceh padahal aku still student Uniten jugak. Ok fine, tumpang bangga lah jugak. :p


# SoRandom
Esok result keluar. Takut giler okay. Tak pernah la cuak macam ni sekali. Well I can smell something, frustrating. Hmmmmm. Takut takut takut takut takutttttttttttt

Ok bye!


Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum. :)

Wow, it has been quite some times since I last log in here. Haha. Please blame my laziness and lack of ideas. Lol I really don't know what to post here. I'm thinking of posting something beneficial but at the end, here we are. Another random, un-beneficial entry, AGAIN. Wakakaa who asked you to came here by the way. I didn't. Now you have to face this. Lalala

(eh ape kau mengarut seh? -..- )

So it's the 2nd day of Ramadhan today. Me 'celebrating' the first day of ramadhan without family wuwuwuww. It was not just sad. It was painful you know. Sigh.. But it's okay anyway, I'll take that as some sort of Challenge from Allah, in Bahasa we called it Dugaan. Hee. Lagi besar dugaan, lagi besar lah ganjaran kan? Amin.. :)




Twilight on the last day of Syaaban. :')


Allah has created such a beautiful world for us to treasure. Never take for granted every little things in our life. Who knows, that little things might give such a huge impact to us in the future. Enjoy the beauty of this month for us to take one step closer to our Creator. May this Ramadhan brings us more barakah. InsyaAllah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Happy Ramadhan everyone. :')

Tuesday, July 3, 2012

Living with dreams ;)

Wishlist #6



Lavenders are just EPIC ! They are beyond awesome ! >.<
Someday, I'm gonna travel the world, and find this place. SOMEDAY =)




p/s:
Salam takde apa takde, tiba-tiba bagitahu wishlist sebelum mati. Hahaha gedik. Itew takde idea nak update lar. Nanti dah ada idea itew update yeww.. Wakakaa. Double gedik.