Akhirnya Anis Amirah yang pemalas ni log in juga blogspot. Omg omg omg lamanya lah tak datang sini.. Last update tahun lepas wehh. Memang la, baru 14 hari pun masuk tahun 2014. Hihi kecoh je lebih. Tapi sangat lama ya beta tidak menjejakkan kaki di sini. Basi dah pun tempat ni. Skill mengarang pun dah semakin hambar... Ceh.
Pe cer terkini? Wah gitu kau kemain 'pe cer' noksss. Untuk pengetahuan semua ( siapa 'semua' tu pun aku taktahu. entah2 cakap sorang2 je ni haha), kite sekarang sudah di semester terakhir degree. InsyaAllah kalau tiada aral, kite habis hujung bulan 1 ni. Sobsobs. Next week dah final! My very final exam. Grad insyaAllah bulan 11. Wuwuwuw. Pergh. Cepatnya masa berlalu kan. 3 tahun ++ berlalu begitu sahaja. I hate getting flashback. Sebab nanti rindu. Sebenarnya hari2 pun rindu. Belum tinggalkan lagi dah rindu kan. Apatahlagi nanti bila dah tinggalkan. Tsk.
Banyak sangat perkara dah berlaku sepanjang 3 tahun ++ dekat sini. Dekat entry yang sebelum ni ada la aku buat summary ringkas tentang apa yang berlaku, tapi dalam nada sinis mungkin. Haha. Nak cerita lebih2, memang tak cukup sampai minggu depan. Nak study untuk final lagi (konon), so biarlah semua kenangan terpahat dalam ingatanku saja. Tapi bukan perkara buruk je berlaku, BANYAAAAAAKKK lagi good things happened sepanjang aku belajar dekat sini. Semua yang berlaku mematangkan aku. Yang buruk jadikan tauladan, yang baik simpan jadi kenangan, kan?
Aku sebenarnya ada 1 wish. Cewah. Sebenarnya, aku plan, sebelum keluar meninggalkan tempat ni, aku ingat, nak confess, pada seseorang. Hahahahaha. Berani mati wa cakap lu. Ala bukannya jumpa dia lagi lepas ni. Aku harap. Hahah. -_- Aku minat dia sejak
Haih.. My sweet campus life's crush. My sweet Asou-kun. Hihi tu nickname aku bagi dekat dia lah. Aku harap aku ada ruang dan keberanian untuk confess dekat dia. Lol. Berani tu memang la berani je. Cuma takut macam tak sempat nak confess dekat dia. Sebab.... dia course lain, so aku taktahu dia habis exam bila. Aku tak tahu dia akan balik hari apa. Aku even taktahu nombor telefon dia. Dan aku tak ada bbm mahupun wechat mahupun kakaotalk mahupun apa jenis social network dia pun. Yang aku ada hanya facebook dia. Itupun..... Aku taktahu la dia still active ke tidak. Zzzzzz. Jadi, macam mana nak confess dekat dia ni? Hahaha. Aku plan just nak cakap, yang aku dah minat dia since foundation je. And that's it. Aku taknak tahu apa response dia pun. Aku taknak dia balas apa2 pun. Aku just nak dia tahu. Tu je. Haha. Ok banyak sangat dah ni cakap pasal crush yang tak pernah terluah tu. Sem ni pun duatiga kali je terserempak dia. Terserempak pun untuk saling berbalas senyum selama 3 saat je. Sedih betul kan. Sobs
Last but not least, aku harap aku berjaya grad dengan ijazah kelas pertama seperti yang diidamkan. Itu yang paling pentingggggg. Aku harap aku dapat tempat internship yang baik (ergh cuak!!). Aku harap pengakhiran yang baik dekat sini. Hmm.. Untuk mereka yang dah pergi, terima kasih la korang sebab pernah hadir. Terima kasih sebab bagi pengajaran pada aku. Terima kasih untuk saat2 indah kita. Walau apa pun dah berlaku, aku takkan pernah lupa semua kenangan kita dekat sini. InsyaAllah. Pada yang masih ada, terima kasih yang teramat sangat pada korang. Sebab stay. Sebab masih sudi bersama aku. Terima kasih sebab tak pernah pergi. Terima kasih untuk segala kenangan juga. Semoga kita jumpa lagi di lain hari, yang lebih indah dari sekarang.
Untuk yang pernah pergi tapi datang kembali, aku tahu ada sebab kenapa kau pergi dulu, dan kenapa tuhan dekatkan kita semula. Mesti ada sebab. Cuma kita yang taktahu. Semuanya rahsia Dia kan. Jodoh, pertemuan, ajal maut di tangan Allah. Aku doa, apapun berlaku, semoga yang terbaik saja untuk kita. Amin
Ok tu je. Jumpa lagi nanti! (mana tahu next time aku update sebab nak umum dah nak kahwin pula ke. HAHAHAHAHAHAH erm k.)
No comments:
Post a Comment