Thursday, July 26, 2018

Perkahwinan dan harapan (eh?)

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuhhhhh

Fuhh, saje bagi salam panjang-panjang sikit sebab serba salah dah lama tak update. Berhabuk dah belog ni. Setahun lebih dah tak update?? WHUTTTT. Ok tak sangka. Hahah. (Rasa seperti baru tinggalkan. Mungkin tiada sense ke-bertanggungjawaban? Lol)

Ok sepertimana diberitahu dalam entry sebelum ni, dan juga sepertimana dinyatakan pada tajuk di atas, alhamdulillah sekarang sis dah pun berkahwin dengan lelaki idaman sis yang pakai baju pink dekat entry sebelum ittew ihiks. Kali ni bukan propa, kali ni betul punyaaa. Ok la sis belanja gambar nikah dan gambar honeymoon sikit ye. Hihi


anisitusaya

But firssttt, lemme take a selfie. Haruslah belanja gambar muka sendiri seketul. Lol. Natural je kan make up ni. Tapi still sweet gitu *puji diri sendiri*. Makeup ni kawan sis yang buat. Daripada masa tunang, nikah dan sanding belah husband pun memang sis ambil servis dia. Siapa berminat nak tengok hasil kerja dia sila lawati instagram beliau di @facesbyegie


anisitusaya

Ok ni bukti gambar dengan suami. Bukan photoshoot semata-mata k
:p


anisitusaya

Ni honeymoon pertama lepas dua minggu kahwin.
Pergi dekat-dekat je dulu. Main dengan lembu di Kundasang.
Ahaks


anisitusaya

Sebulan kemudian, honeymoon dekat kampung suami. Osaka, JAPANNNNN >_<
Masa ni tengah kemuncak winter. January 2018. Jari kaki tangan semua bekuuu

anisitusaya

anisitusaya

Main ski di Biwako Valley. Ya tuhannn susah beb nak control ski tu. Berat pun satu hal.
Takut je terpeleot kaki. Tapi still, such an AMAZING experience!!
Pakej ski ni mahal juga la. Dua orang rasanya about RM400+ juga kot spent.
Takpela benda sekali seumur hidup. Rasanya lepas ni taubat taknak main ski dah kot. KOT :p


anisitusaya

Cantik kan perkampungan di Jepun? Ok ni baru sikit je gambar Japan. Ada beratus lagi gambar sebenarnya haha. Tapi malas nak upload. Kbai


Ok dah la tu belanja gambar. Banyak dah tu kan. Cukup la. Hihi. Terima kasih yang tak terhingga untuk ibu ayah sebab belanja honeymoon weolls. Hadiah kahwin katanya. Alhamdulillahhh. Semoga ibu ayah dimurahkan rezeki, sihat selalu dan panjanggg umur.

And alhamdulillah weolls dah duduk rumah sendiri sekarang. Almost 7 months kot. Nanti kalau rajin aku update entry home decor rumah kitorang k. Nanti tu bila? Jangan berharap sangat. Mungkin 2 tahun lagi. Tengok la kalau masih rajin hahaha. Untuk pengetahuan korang, or maybe dah ada yang tahu, aku memang minat sangat sangat sangatttt home decor. Dari sekolah rendah suka lukis2 design rumah. Masuk sekolah menengah makin advance, siap warnakan lagi perabot-perabot semua. Buku collection lukisan tu pun entah mana. Hmm mungkin ibu dah buang. Sobs. Semua ilham lukisan ambil from majalah Anjung Seri ibu. Kemain noks umur 13 minat majalah Anjung Seri. Power ke power? Haaa tepukkk *ok saje nak try guna ayat si Kinah*

Doakan semoga semuanya baik-baik saja untuk kami suami isteri. Sis doakan yang terbaik juga untuk semua yang baca ni. InsyaAllah. Marilah kita aminkan bersama. Aminnnn.

K dah la tu. Malas nak taip lagi. Jumpa lagi di masa akan datang uollss (semoga bukan 10 tahun lagi)

Adiosss!


Friday, May 19, 2017

Perkembangan terkini saya!!! Dah 2017!!!!

OMG GAIS OMGGGGGGG
SETELAH DUA TAHUN PERCUBAAN UNTUK LOG IN TAK BERJAYA (sebab lupa password pfft)

FINALLY!!!!!

Alhamdulillah.

Sedih juga sebenarnya kalau memang tak dapat langsung nak log in sini lagi. Banyak memori kotttt. Last entry sebelum ni tahun 2015 ooiiii!!! Dah 2 tahun oiiii. Sebenarnya last year memang banyak kali niat nak menulis lagi. Tapi lupa id dan password, sampai ke sudah la tak dapat log in. Fyi, aku ada banyak akaun google (hahaha dont ask why, i also dunno). So punya la try dan try dan try masukkan setiap id google and password, semua failed. Finally harini cuba masukkan email yahoo, rupanya pakai email yahoo!?! Whaaaat?? (Ceh padahal sendiri yang lupa). Adoiyaiii.

K takpela yang penting sekarang dah berjaya log in kan. Kau nak membebel lagi pahal anisss *monolog*

Ok sudah tentu ramai pembaca ingin tahu perkembangan terkini kite kan ihiks (imaginasi tinggi konon masih ada pembaca) Apa kau fikir setelah 2 tahun kau menghilang, orang ingat lagi ke kewujudan belog kau ni?? *monolog lagi*

Ah persetankan semua itu. Aku menulis bukan kerna nama (tetibe). Kalau masih ada yang sudi membaca, ya tuhan sesungguhnya daku sangat menghargai nya. Korang is the best ok! Fuhh rindu betul belog ni. Dok repeat2 je lagu belog ni dari tadi. Dulu kononnya letak lagu ni sebab nak tujukan lagu ni untuk bakal jodoh. Sebab masa tu tak jumpa lagi jodoh, jadi acah la tertanya2 di manakah dia dan dengan siapa dia berada dan adakah dia sedang kesunyian seperti daku blablabla *typical anis*

Ok seperti yang diperbebelkan pada entry yang lepas, aku ada selitkan sedikit humor (at least aku rasa itu humor lol), bahawa mungkin tahun hadapannya (iaitu 2016), aku akan melangkah ke satu fasa baru dalam hidup. Jadi, betul la anggapan ku itu. 2016 memang melakar satu fasa baru dalam hidup ku. Ok tak perlu kot skema sangat. Kalau korang baca entry lepas, aku ada mention pasal seseorang. Orang 'baru' dalam hidup aku tu kononnya. Haha. Masa tu awal2 bercinta, kira masih baru la kan. Alhamdulillah, as to date, masih dengan orang yang sama. Hihi. Omg, ini adalah satu pencapaian bagi seorang anis sebab selalunya kalau dah gap 2 tahun macam ni, dah bersilih ganti orang datang dan pergi. Lololll. Tidak saya bukan playgirl. Saya hanya seorang wanita yang sering didustai dan disakiti. Zzzz. Alhamdulillah masih ada jodoh dengan lelaki ini. Lelaki terbaik ini. (Semoga dia tak baca post ni sebab nanti dia kembang sampai terkentut). Sesungguhnya Allah itu maha mendengar setiap doa dan permintaan hambaNya. After so many heartbreaks and cries in my prayers, Allah pertemukan aku dengan lelaki yang sudi sehidup semati dengan aku, insyaAllah. Terlalu banyak baiknya dari kurangnya. Tapi kurang dia itu yang melengkapkan aku. Baik dia itu yang membahagiakan aku. (Eh puji lebih pulak, confirm orang tu dah terkentut2 ni baca).

Kalau ada yang terfikir, anis ni dah kahwin ke?? Memang sah la! Sah la korang tak follow instagram dan facebook aku kan?! Nak kena ni. Kan dah letak dah link facebook sebelah tu. Hek eleee. Belum kawin la! Nanti kawin la. Sabar la! *tetibe emosi* Alhamdulillah sedang berdarah manis. Walaupun memang sentiasa manis. Tapi sekarang extra manis sikit la sebab encik tunang kite pun manis tahap diabetes. Lol. Doakan hubungan kami berkekalan sampai syurga gais. Sampai syurga. Taknak sampai mati je. Nak sampai syurga. Aku nak jadi yang halal untuk dia dunia akhirat. Semoga sempat jadi yang halal untuk dia dunia akhirat. Supaya boleh jumpa dekat syurga nanti. InsyaAllah. Amin..

Aku pun taktahu apa motif entry kali ni panjang gila babeng macam ni. Ok wow lama tak guna ayat babeng itu. Itu ayat wajib sewaktu berumur 19. Masih muda remaja. Luls. Hmm taktahu lepas ni zaman bila pulak aku update belog ni kan. Dengan penyakit short term (yang tak berapa short) memory loss aku ni, kemungkinan esok dah lupa semula password belog ni. Wakaka. Ok tak tu melampau sangat. Tapi tu la, tak tahu la bila lagi aku akan update belog. So entry kali ni kita bagi spesial sikit untuk cover 2 tahun yang dah hilang itu dan untuk cover 5 tahun akan datang punya sekali (over).

Rasanya bab percintaan dah cover dekat atas tadi. Sekarang ayuh kita ke bab baru iaitu pekerjaan. Baiklah untuk pengetahuan uolls, masa entry yang sebelum ni ditulis, aku mention aku baru kerja dekat company oil & gas idaman aku tu kan. Haha alhamdulillah, 2 tahun juga la aku kerja situ. Ala masa 2 tahun menghilang dari ber belogging tuu, ha masa tu kerja situ la. Baruuuu je resign 30 April yang lalu, kerana kini aku menggalas tugasan yang lebih besar, iaitu untuk menjaga dan menguruskan company keluarga. Masih in denial sebenarnya. Sebab tak yakin samaada diri ini mampu atau tidak. Tapi janji Allah itu pasti untuk hambanya yang sentiasa berusaha dan tawakal. Walaupun aku belum berapa nak usaha mana pun sekarang sebab masih fasa ambil mood (lol, kemon baru 2 minggu kot kerjaaa haha), insyaAllah aku harap aku boleh galas tanggungjawab ini dengan baik. Doakan aku gais. By the way siapa nak melancong nanti roger2 la kite. Luls

Ok dahla tu cakap pasal kerja. Bosan la. Haha. Next topik, kita cakap tentang kesihatan pula. Eh lagi la bosan! Pffftt. Tak perlu la kot cakap pasal kesihatan. Ingat ni buku teks tingkatan 3 ke?? Cuma satu je nasihat aku, jagalah kesihatan anda dan hargai masa sihat itu sebaiknya. Hmm gittew. Deep tau.

Ok jam pun dah menunjukkan pukul 11.25pm. Sebagai seorang wanita bekerjaya (poyo), sesungguhnya hari ini adalah sangat memenatkan dan bateri badan pun tinggal 10% je lagi ni. Mungkin lebih baik jika beta beradu sekarang. Walaupun sebenarnya confirm tak boleh tidur lagi sebab kejap lagi encik tunang nak call hikhik acara wajib sebelum tidur ialah dengar suara dia #clingy #overlyattached . Mungkin next entry aku akan ulas dengan lebih lanjut tentang encik tunang. Mungkin masa tu dah jadi encik suami kot hahaha. We'll see how it goes. InsyaAllah. Sebagai bonus kepada korang yang dah berjaya baca post aku kali ni yang dah macam boleh buat novel je aku tengok sebab panjang benor, jadi aku belanja satu gambar dengan encik tunang. Side tepi jela sebab nak acah elemen seprais sikit. Dah jadi encik suami nanti kita belanja muka full dia ok! (Padahal dekat instagram dah bersepah muka dia. Hahahaha kalau nak tengok follow la instagram kite!!! Cari sendiri!!!)

Ok adios!


;)



Thursday, November 26, 2015

Entry bosan dari seorang anis yang 'rajin' update belog

Olla amigos! Panjang tak tajuk? Haaaa bagus betul kan anis ni. Hahah. Weh bakpo lamo sangat ni since the last entry harituuu? Sebenarnya tetibe harini dapat 'seru' untuk update belog. Rindu sebenarnya. Selalu je datang stalk belog sendiri, tapi malas nak log in. Oleh kerana itu, maka berlaku lah sebuah kejadian sebentar tadi di mana saya totally lupa password belog ni. Menggelabah mak nyah oiiii. Terpaksa reset password. Haha. But seriously, apa password aku sebelum ni oii? Apesal entah tak ingat langsung.. Hahah

Okay. Well, post terakhir aku update adalah bulan 1 haritu. Dan sekarang sudah hampir masuk bulan 12. Nampak tak betapa 'passionate' nya seorang anis dalam berblogging. *cekik myself virtually* So basically, aku hanya akan merapu sedikit sebanyak tentang kehidupan aku sekarang. Confirm ramai stalker yang rindu kannn. (Confident gila)

Alhamdulillah, aku dah selamat mendirikan rumahtangga bersama lelaki yang sangat baik akhlaknya, imannya, hatinya, semua lah serba serbi.Hehe Alhamdulillah. Kitorang baru je nikah haritu kat masjid area rumah aku. Dan majlis resepsi insyaAllah minggu depan. Jemputla datang semua!! Alamat cari sendiri k. Haha. Sorry la kepada yang tak sempat nak invite tu. Tak cukup memory la nak fikir satu-satu.. Haha. Pape pun Alhamdulillah sangat-sangat. Finally I found my right man.

Erm....

GOTCHA! Hahahahah lawaknya anis -_- Ok sebenarnya malas nak berlakon lama-lama. Seorang anis belum kahwin lagi la sebenarnya. Hahaha. Tapi right man tu insyaAllah dah jumpa la. Hehe. Pasal kawin tu, insyaAllah soon. Kalau ada rezeki, maka cepatlah akan dilangsungkan. Amin... Kalini betul tak tipu dah. Kalini serious haha (^_^)"

Alhamdulillah banyak perkara baik berlaku tahun 2015 ni. Doa dan harapan aku masa awal tahun haritu macam dalam previous entry aku tu Alhamdulillah banyak yang termakbul.. Dulu selalu doa semoga dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang boleh bimbing aku, yang ikhlas dan bukan hadir dengan niat nak main-main je. Penat la oi main-main cinta monyet ni. Heartbroken ni semua penat tau. Macam budak-budak je. Haha. InsyaAllah, kalau Allah izinkan, mungkin he is the one. Eh, 'He' tu siapa? InsyaAllah next post la aku bagitau. Mungkin next post adalah tahun depan. Mungkin masa tu dah one step further. Hahaha. Aku harap kalau ada yang membaca sekarang ni, tolong doakan semoga urusan kami semuanya lancar ye hehe aminnnn. :')

By the way on the other note, aku sekarang dah kerja dalam industry yang aku idamkan. Walaupun belum ada rezeki untuk masuk PETRONAS (huuuu), tapi berada dalam industry Oil & Gas ni pun dah buat aku bersyukur sangat. Aku memang target nak kerja dalam bidang Oil & Gas dari zaman study dulu lagi. Rasanya ramai dah yang tahu hahaha. Tapi kerja dekat tempat aku sekarang pun okay je. I like it here. It makes me feel like home somehow. I mean, dulu masa intern kat PETRONAS, selama 6 bulan tu aku rasa macam orang asing je. Don't get me wrong, diorang semua memang baik giler and best giler, tapi still I don't feel like I really belong there. Rasa macam ada gap dengan semua orang. Haha. Mungkin sebab aku hanya intern kot. Haha. Kat sini pulak, dalam 2 bulan pertama je aku dah dapat sesuaikan diri, dah mingle dengan semua and tak rasa awkward langsung. Sekarang apatah lagi. Memang dah rasa macam rumah kedua. Haha. And orang kat sini pun baik giler and best giler jugakk. Lol. At first tu rasa susah jugak la kerja ni, hari-hari stress sebab sumpah tak faham istilah-istilah engineering ni semua kejadah apa. Rasa macam, what am i doing here??! Apabenda ni oiiii??!! Aku ambil International Business bukan engineering! Hahaha tapi sebab aku kena handle quality management untuk company ni, so I need to know everything! Like 99% of everything (basically) termasuk work flow engineering, supply chain, blablabla (oi boringnya topic ni! Hahah) So apa kata aku sambung cerita pasal kerja aku dalam next post jela. Kalau aku rajin la. Taktau la zaman bila pulak next post tu. Wakakaka. Tapi Alhamdulillah now I can handle la semuanya. Slowly but surely. Mana ada kerja yang tak stress kan. Hahah

Okay rasanya sampai sini jela kot membebel buat masa ni. Sakit dah kepala ni pandang PC. Tak sabar nak weekend!! Sebab.... Jengjengjeng. Sabtu ni ada plan baikk punya. Hihi. And ahad pula ada bowling tournament company aku. Woohooo tak sabarrrr. (Over pulak)

Memandangkan aku seorang anti klimaks, so entry ni takkan ada penutup. Lol. Bye

Wednesday, January 7, 2015

First entry 2015, Bismillah.

Assalamualaikummm!

Hey hey hey everybodyyy. Fuhh this entry marks the first post for 2015. I hope it's still not too late to say HAPPY NEW YEAR 2015 everyone! Hiks. Sejak bila tah excited masuk tahun baru. Tapi takpe, apa salahnya kan tunjuk aura positif awal2 tahun ni. Semoga tahun ni menjadi lebih baik dari 2014. Semua orang pun mendoakan benda yang sama kan. :')


Aku pula? Well, I've stopped making a list of New Year's Resolution since I was 18 rasanya (sebab tahu memang jarang la dilaksanakan) haha but I just hope that I can stroke down some of my 'Before-I-Die' Wishlist. Some dah settle. Contohnya, parasailing (i did this twice! woohoo) , playing in the snow, meet Tun Dr M in person (ya Allah ni aku punya bersyukur tahap nak nangis), and few others la.. Alhamdulillah :)


Gambar dengan Tun Dr Mahathir ada dekat phone aku. Malas nak transfer to pc, so bye. Hahah. Gambar main snow pula, ada di instagram. Kat atas ni pun boleh tengok kan hehe


Untuk yang mungkin tak tahu, aku baru balik from Korea dengan family. Last minit decide. Haha. How's Korea? (soalan paling lazim aku dapat), the answer is, BEST GILE OKAYYY. Hahah yela dah sepanjang hayat ni hidup dalam suhu 28'c ke atas, bila dapat merasa suhu down to -11'c, best la. Haha walaupun hidung beku, tangan beku, otak beku semua benda pun beku LOL. Walaupun pernah pergi negara sejuk before, tapi aku tak pernah lagi experience Winter. And snow. Alhamdulillah rezeki kitorang masa pergi Korea, snow turun. Jakun dia tahap nak tadah mulut masa snow turun tu tau. Nasib baik aku masih waras. Fuhh


Seperti biasa gambar gua malas nak transfer from phone, so siapa yang nak tengok tu (eh, ada ke?) boleh la stalk instagram aku. Kbye tetibe promote insta. Nama cari sendiri. Jangan malas.


So, azam tahun baru? Kan dah cakap sejak berumur 18 aku dah malas nak buat azam sebab takkan terlaksana punya la (sorry for my laziness yaa my badd). Aku cuma berdoa semoga tahun ni I can be a better person, a better daughter, and a better slave to Allah. InsyaAllah. Semoga aku akan jadi lebih matang dan kuat (dan kumpul duit banyak banyakkkk) memandangkan tahun ni aku akan menginjak ke umur 23 (tahun depan dah kena kahwin!!) Padahal baru 2 minggu lebih berumur 22 hehehe. Sebenarnya tak suka tau number 23. Tak cantik la number tu. 22 lagi comel. Tapi 17 lagi comel la.


K, bye.



Adios!

Monday, December 15, 2014

Helloooo

I've been alone with you
Inside my mind
And in my dreams I've kissed your lips
A thousand times

I sometimes see you
Pass outside my door

Hello
Is it me you're looking for?
I can see it in your eyes
I can see it in your smile
You're all I've ever wanted
And my arms are open wide

Because you know just what to say
And you know just what to do
And I want to tell you so much
I love you

I long to see the sunlight in your hair
And tell you time and time again
How much I care
Sometimes I feel my heart will overflow

Hello
I've just got to let you know
Because I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely?
Or is someone loving you?

Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying I love you


- Hello, by Lionel Richie



hashtagbuatbakalsuami, hashtagsuamikuawakkatmanaawakkatmana, hashtagdeep, hashtagjiwang, hashtagdiamsekarang
(hashtag : #)

Monday, December 8, 2014

Mata penat (Tired eyes)

Salam everyone! Yes it's me again, duhh who else? Okay, lately I noticed that I have all the symptoms of tired eyes. The symptoms include tired, itching and burning eyes. Mata macam susah je nak buka, 24 hours rasa camtu! Well, I guess that's because lately I've been losing sleep due to minor insomnia I can say.. Hahah I don't know why my body just won't shut selagi belum pukul 12 or 1 pagi. Pffttt. That's annoying coz I have to wake up early the next morning and I'm the type of person that value sleep very much so bila tak cukup tidur ni mula la sistem2 badan pun buat hal. Hahah aku memang berkira sikit waktu tidur ni. Buttttttt, I'm no longer a student. Masa study dulu boleh la ponteng kelas bangun lambat bila rasa tak puas tidur. Dah kerja ni takkan nak ponteng kerja?! (<--emosi)





Lately, this tired eyes problem really annoys me. Sebab sometimes siang2 pun mata rasa berat je pastu bila tengok cermin, nampak tak segar. (Walaupun dah tempek krim and bedak pun tak boleh cover jugak) Well, I'm sure ramai lagi dekat luar sana yang ada masalah camni, so meh sini aku dah tolong carikan tips macam mana orang berkerjaya macam kita2 ni (puiii) nak atasi masalah mata tak cukup tidur ni. Haha kalau kau kaya banyak duit pergi jela buat facial laser treatment ke apa, tapi kalau nak jimat and mudah (hanya buat dirumah), boleh la try tips di bawah. Some of the tips mungkin korang dah familiar, even aku pun dah biasa buat jugak macam letak timun or tea bags kat mata tu. Tapi, ahh lantak la baca jela. Bising pulak.






*make sure to use organic products. Jangan guna timun beracun pula!
1. Cucumber therapy (ni paling senang paling murah dan paling best)
We’ve all seen the images of ladies in spas, relaxing with mud packs and slices of cucumber on their eyes. Although the modern spa might have something a bit more technical going on these days, there is a good reason why the laying on of sliced cucumbers are often associated with eye therapy – it works!
The high water content and the icy cold temperature of a nice thick slice of cucumber is very effective at reducing swelling around the eyes. Make sure your cucumber is well chilled before slicing it up, and put your feet up somewhere for about 10 minutes, or until the cucumber slices have got warm.
2. Tea treatments (aku prefer green tea. Air dia kita minum sambil tu boleh kurus!)
Tea, of all types, is well known as a top relaxant in today’s hectic lifestyles. The antioxidants in tea are great for soothing the eyes and reducing redness and swelling. Simply place used teabags in the freezer to chill for a while,then pop them onto your eyelids for around ten minutes (though check your appearance after, as they can stain the skin).
If you love a cup of herbal from time to time, then these teas are also known to be great for soothing and treating tired eyes. Green tea is super high in antioxidants, and the natural antiseptics in chamomile tea are excellent for soothing eye infections or itchy peepers.
3. Water wonders (ni aku paling malas hahaha)
Staying hydrated is one of the quickest and easiest ways to get your eyes looking brighter and healthier. When the body is dehydrated, it retains excessive amounts of water in cells, causing bloating, puffiness and swelling. Aim to drink around eight glasses of water every day to help your eyes stay clear, bright and free from puffiness.
4. Strawberry soothers (mahal, tapi kalau kau kaya takpela)
Strawberries contain an ingredient called alpha hydroxyl, which is one of the ingredients found in lots of expensive facial creams and moisturisers, so instead of shelling out for expensive synthetic versions, grab some fresh strawberries and get the benefits for a fraction of the price.
This clever ingredient is great at making skin appear smoother and younger looking, and the high water content and chilled nature of fresh-from-the-fridge strawberries will have your eyes looking gorgeous in minutes. Slice them to about half a centimetre thick and place them on your eyes until they feel warm.
5. Marvellous milk (makan dengan honey stars lagi sedap!)
Cold milk comes highly recommended for clearing up dark circles and reducing swelling of the eyes. Simply place some cotton wool balls in a bowl of ice-cold milk (raw and organic preffered), then lay back and plop them onto your eyelids. Don’t forget to have a good wash after though, or you could smell worse than you look!


Kesemua tips ini saya dapati di sini. Sila la klik link tu kalau tak caye. Kecoh pulak. (gurau) Okay lah. Dah puas dah membebel untuk harini. Akhirnya setelah sekian lama, aku post jugak something yang berfaedah sikit dekat belog ni. Kalau tak asyik merepek je hahaha. Dan maafkan penulisan bahasa rojak saya. Sekejap english sekejap melayu. I'm cool like that. Lantakkk

Adios!

Friday, December 5, 2014

Just wanted to say Hi!

Salam everyone! How's everyone doing? I'm not sure whether this blog still has readers, but I surely know that few are still stalking me blog (referring to the 'lalu lintas' report on the right HAHA). It's okay though. I don't mind at all. It's good to know that people are still reading my 'writing'. *proud queen*

Well I made a lil bit changes in here as you may see (if you are my loyal reader from the beginning). No more lilypie birthday sticker above, but i put my instagram thumbnails. Entah, I think it looks good and make my blog looks more interesting. Haha. (actually I saw it at vivy's proudduck where she puts her instag thumbnails and i feel like having it too on my blog LOL)

Well, so, I just came back from Bali after 6 days having my pleasure time there (not really a pleasure as it was raining all the way sigh..) But it was okay, I had so much fun and.... took a lot of pictures too haha. If you are following my instagram, you can see my updates every 2-3 hours everyday hahaha. Pity my followers but hey it's my life by the wayy! It was my second time in Bali since 2011. Back then, there was no instagram so I didn't have the chance to upload anything. So this time, kasi chance la beb! :p

So.. I ran out of ideas already. I guess that's all for today? Hahah. Oh by the way, I hope it's still not too late to say HELLOOOO to my fav month, December. Ahh feels good to be back to 'my' month. Hihi. A lot of things has changed. Rasa macam baru je lagi celebrate my 21st birthday on last year's December, now I'm reaching 22! My oh myyyy. How time flies! Ok lah, I think that's all for today's entry. I hope to update more often. (I hope.) Until next time! Adios!





"I'd go back to December, turn around and make it alright
I'd go back to December all the time."
(my fav line from Taylor Swift, Back to December)

Thursday, November 20, 2014

Another list in the bucket

Wishlist #8


VISIT SANTORINI, GREECE









Somehow they look like mini lego house town aren't they? Shoo cuteee. Haha. I just love the colour combination of this place. Blue and white really does make a good team. So calming. Hope to visit this someday. Someday soon! Fuhhh



Adios!

Thursday, November 13, 2014

Before I die

Wishlist #7





To watch the Aurora Borealis phenomenon in Norway, just like Susan who went there in her story from my fav novel 'Until I Say Goodbye'. I really really really wanted to go here! Here's some of the info I found about this phenomenon in Norway:

The lights are at their most frequent in late autumn and winter/early spring. Between the autumn equinox and spring equinox (21 September - 21 March), it is dark between 6 pm and 1 am, and you have maximum chances of spotting the lights.




p/s: Saje sambung list 'wishlist' aku dekat belog ni. Kalau nak tahu wish 1-6 sila la scroll balik entry2 sebelum ni ye. Haha bajet macam ada yang kisah je. Kbai

Thursday, October 16, 2014

Entry penuh penyiksaan

Yuhuuuu! Tiba-tiba rajin pula update lagi. Untuk pengetahuan anda yang baru tiba dalam belog ni harini, saya baru je update belog kelmarin(14Oct) setelah 9 bulan tak update <--dengan bangganya mengaku. Kalau nak baca sila lah ke previous post :)


Baiklah harini aku taknak membebel panjang pun. Sebab ni tengah curi masa lunch kat office untuk update kahkahkah. Jap lagi nak pergi makan so baik update cepat2. Oh ye, aku bukannya apa, saje nak update hasil masakan yang aku buat selama ni (motif sangatttt~). Tadi saje scroll entry lama pastu nampak aku update dulu pasal benda yang aku masak, so tetibe rasa why not aku update lagi yang terkini benda2 yang aku masak/bake. Bagi sesiapa yang follow instagram aku mesti dah pernah tengok gambar2 ni sebab semua ni curi kat instagram je. (Gigih tau printscreen semua pastu edit kat Paint and save picture sebab tengah guna pc office ni haha)


Baiklah, jemput tengok~


Ok ini yang latest aku upload kat insta la. Ni beberapa minggu lepas punya lauk. Ada je lagi aku masak (fyi hari2 aku masak, wah anak mithali! Hahah) tapi takkan la setiap kali masak nak ambil gambar kan. Meluat pulak followers aku tu semua nanti hahaha. Gulai nangka, kari telur, sambal ikan :)



Ini gambar sebelum yang atas tadi. Masa ni masak simple je untuk lunch dengan adik2 je. (masa tu belum start kerja secara official so kena jadi bibik la kat rumah LOL). Ayam goreng rempah, gulai udang masak lemak cili api, sambal belacan, ulam ulaman. :)



Ok ini pula hasil baking yang terkini. PB&J cupcakes. PB&J maksudnya Peanut Butter & Jelly just in case kalau ada yang taktahu. Jam strawberry kat dalam perghhh! Atas dia peanut butter buttercream. Basically resepi dia aku adjust2 je from resepi yang ada. Hee. Kalau nak order boleh ke ig 'manisbyanis' okay? Tapi semuanya self pick up no postage or delivery (except area Bdr Tun Hussein Onn) Tetibe promote business dah kenapa. By the way, tu bisnes sambilan je sebab minat hee :)




Ini pula aku buat untuk customer order haritu dan juga untuk kepuasan sendiri. Bake lebih untuk melantak dengan family. Fruit tarts. Juga available di manisbyanis. :)




Pun dapat sambutan hangat di ig. My latest fav! Semua orang pun suka. Nutella Pods. Ya Allah apa2 berkaitan nutella mesti la sedap kan. Luar dia tu macam soft cookies punya texture tapi boleh adjust kalau nak crunchy :)




Our all time fav lasagna. Benda ni memang tak payah cakap la berapa juta kali dah aku buat sampai bosan haha. Bosan nak bake tapi tak bosan makan. Sampai dah tak payah tengok resepi dah kalau nak buat sebab dah hafal sangat LOL. Limpahan cheese untuk lasagna terlebih muatan. Oh ye, ni not for sale hahaha




Chicken chop berserta black pepper mushroom gravy. Coleslaw pun homemade ya tuan2 puan2 :)


Homemade pizza. Masa ni buat banyak sebab cousins datang :)




Ok ni adalah pencapaian tertinggi aku dalam dunia baking. Iaitu berjaya bake kek size besar dengan jayanya sebab aku tak pernah bake kek besar2 ni selain cheese cake. Sebab malas and takut tak menjadi (keras or bantat or whatever). Tapi alhamdulillah ni berjaya. Sebenarnya ni kek birthday aku tahun lepas. Bake sendiri noksss gigih sangat kan. Choc nutella cake with nutella frosting. Haruslah ada kitkat dan mnm nyummm :)




Blueberry cheesecake paling digemari!!! Senang je buat ni. Kalau rajin nanti aku share resepi. :)




Spaghetti bolognese with meatballs. Ini lagilah senang. Adik umur darjah 4 pun boleh buat. :)




Ok ni haritu order dari customer jugak. Fruit tarts and blueberry cheesetart. Corak cheesetart main belasah je sebab i ni bukan orang berseni pun uolls~ Hahah




::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Ok sekian saje penyiksaan untuk kalini. Masakan melayu tak banyak gambar sebab macam aku cakap tadi, takkan la setiap kali masak nak ambil gambar pastu update kan.. Setakat gulai2 tomyam sambal merah semua tu sape heran hahaha. Untuk makanan2 bake pulak, kalau aku rajin nanti aku share resepi kat sini. KALAU rajin la k. Hahahahah. Ok dah nak pegi makan.


Adios!




Tuesday, January 14, 2014

Coming to the end...

Assalamualaikum semuaaaaaaaaa!! *sambil kunyah biskut*

Akhirnya Anis Amirah yang pemalas ni log in juga blogspot. Omg omg omg lamanya lah tak datang sini.. Last update tahun lepas wehh. Memang la, baru 14 hari pun masuk tahun 2014. Hihi kecoh je lebih. Tapi sangat lama ya beta tidak menjejakkan kaki di sini. Basi dah pun tempat ni. Skill mengarang pun dah semakin hambar... Ceh.

Pe cer terkini? Wah gitu kau kemain 'pe cer' noksss. Untuk pengetahuan semua ( siapa 'semua' tu pun aku taktahu. entah2 cakap sorang2 je ni haha), kite sekarang sudah di semester terakhir degree. InsyaAllah kalau tiada aral, kite habis hujung bulan 1 ni. Sobsobs. Next week dah final! My very final exam. Grad insyaAllah bulan 11. Wuwuwuw. Pergh. Cepatnya masa berlalu kan. 3 tahun ++ berlalu begitu sahaja. I hate getting flashback. Sebab nanti rindu. Sebenarnya hari2 pun rindu. Belum tinggalkan lagi dah rindu kan. Apatahlagi nanti bila dah tinggalkan. Tsk.

Banyak sangat perkara dah berlaku sepanjang 3 tahun ++ dekat sini. Dekat entry yang sebelum ni ada la aku buat summary ringkas tentang apa yang berlaku, tapi dalam nada sinis mungkin. Haha. Nak cerita lebih2, memang tak cukup sampai minggu depan. Nak study untuk final lagi (konon), so biarlah semua kenangan terpahat dalam ingatanku saja. Tapi bukan perkara buruk je berlaku, BANYAAAAAAKKK lagi good things happened sepanjang aku belajar dekat sini. Semua yang berlaku mematangkan aku. Yang buruk jadikan tauladan, yang baik simpan jadi kenangan, kan?

Aku sebenarnya ada 1 wish. Cewah. Sebenarnya, aku plan, sebelum keluar meninggalkan tempat ni, aku ingat, nak confess, pada seseorang. Hahahahaha. Berani mati wa cakap lu. Ala bukannya jumpa dia lagi lepas ni. Aku harap. Hahah. -_- Aku minat dia sejak di bangku sekolah foundation lagi. Masa zaman foundation tuuu. Tahun 2010 tuuu. Adoi tahun tak matang. Zaman cuci mata hari-hari. Eh, cuci mata sampai sekarang pun buat. Haha. Nak cakap aku minat dia sampai sekarang, tak juga. Ala crush gitu2 je la. Tak nak lebih pun. Malah, sepanjang 3 tahun++ dekat sini, dah beberapa kumbang datang dan pergi, tapi crush aku pada dia tak pernah hilang. Hahahaha. Benda ni susah nak explain tau. Dia macam, hanya diri sendiri je yang faham. It feels good to have a crush, tanpa perlu kisah dia akan suka kita balik ke tidak, tak perlu kisah dia ada girlfriend ke apa, sebab, kita hanya nak crush je dekat dia. Tak faham kan? Haa kan aku dah kata, susah nak explain benda ni. Kalau faham bagus la. Kau genius.
Haih.. My sweet campus life's crush.  My sweet Asou-kun. Hihi tu nickname aku bagi dekat dia lah. Aku harap aku ada ruang dan keberanian untuk confess dekat dia. Lol. Berani tu memang la berani je. Cuma takut macam tak sempat nak confess dekat dia. Sebab.... dia course lain, so aku taktahu dia habis exam bila. Aku tak tahu dia akan balik hari apa. Aku even taktahu nombor telefon dia. Dan aku tak ada bbm mahupun wechat mahupun kakaotalk mahupun apa jenis social network dia pun. Yang aku ada hanya facebook dia. Itupun..... Aku taktahu la dia still active ke tidak. Zzzzzz. Jadi, macam mana nak confess dekat dia ni? Hahaha. Aku plan just nak cakap, yang aku dah minat dia since foundation je. And that's it. Aku taknak tahu apa response dia pun. Aku taknak dia balas apa2 pun. Aku just nak dia tahu. Tu je. Haha. Ok banyak sangat dah ni cakap pasal crush yang tak pernah terluah tu. Sem ni pun duatiga kali je terserempak dia. Terserempak pun untuk saling berbalas senyum selama 3 saat je. Sedih betul kan. Sobs

Last but not least, aku harap aku berjaya grad dengan ijazah kelas pertama seperti yang diidamkan. Itu yang paling pentingggggg. Aku harap aku dapat tempat internship yang baik (ergh cuak!!). Aku harap pengakhiran yang baik dekat sini. Hmm.. Untuk mereka yang dah pergi, terima kasih la korang sebab pernah hadir. Terima kasih sebab bagi pengajaran pada aku. Terima kasih untuk saat2 indah kita. Walau apa pun dah berlaku, aku takkan pernah lupa semua kenangan kita dekat sini. InsyaAllah. Pada yang masih ada, terima kasih yang teramat sangat pada korang. Sebab stay. Sebab masih sudi bersama aku. Terima kasih sebab tak pernah pergi. Terima kasih untuk segala kenangan juga. Semoga kita jumpa lagi di lain hari, yang lebih indah dari sekarang.

Untuk yang pernah pergi tapi datang kembali, aku tahu ada sebab kenapa kau pergi dulu, dan kenapa tuhan dekatkan kita semula. Mesti ada sebab. Cuma kita yang taktahu. Semuanya rahsia Dia kan. Jodoh, pertemuan, ajal maut di tangan Allah. Aku doa, apapun berlaku, semoga yang terbaik saja untuk kita. Amin

Ok tu je. Jumpa lagi nanti! (mana tahu next time aku update sebab nak umum dah nak kahwin pula ke. HAHAHAHAHAHAH erm k.)


Friday, July 12, 2013

HAPPY BIRTHDAY!




Happy 3rd birthday diucapkan kepada my baby bloggie! Yeayy! Dah 3 tahun dah umur dia. Kalau anak ni dah boleh masuk pre-kindergarten and ikut aku pergi shopping semua dah ni. Boleh dah ajar sikit2 basic memasak. Haha. Tapi malangnya, ini hanyalah sebuah blog. Yang tidak mampu ikut aku pergi shopping beli baju hello kitty. Lol.



Melampau lah kalau kecik2 dah shopping sakan macam ni. Takpe, mama akan pastikan papa awak banyak duit supaya awak boleh shopping puas2 ye anak. HAHAHAHA.

Ada unsur geli sikit di situ. Please anis. Grad dengan ijazah kelas pertama dulu baru fikir semua ni. Please. #notetomyself

So, hai semua. Lama betul tak update belog. Entry2 terakhir pun semuanya emo je lebih. Muahaha. Saje je. Manusia ada up and down kan. Tipulah kalau sepanjang masa happy. Sepanjang masa buat2 happy tu boleh lah diterima. Huhu. Entah ada lagi ke tidak readers belog ni. Macam takde je. Dari tadi dengar bunyi cengkerik je. Haha. Tak kisah lah. Ada atau tidak, yang pasti tuan belog ni ada lagi. Hehe

Tuan belog sekarang dah masuk 3rd year iaitu final year dan di saat genting sebegini tuan belog harus berusaha bersungguh2 demi impian nak naik pentas ijazah kelas pertama. Fuhh. Skema bak hang. Semoga tuan belog terus tabah menghadapi liku-liku sebagai student final year dan berjaya menggenggam segulung ijazah. Aminnnn. Maaf, saya sedang dalam usaha mempertingkatkan lagi bahasa melayu saya. Justeru itu, penulisan di blog haruslah acah-acah seperti essay masa SPM. Eh, maksud saya karangan. Hee.

Masuk 3rd eyar ni macam-macam dah berlaku. People come and go. True colors of each and every person shown. The good ones, the bad ones, the WORST ones. How come we never realize someone who was so kind, so nice pijak semut pun tak mati in front of us is actually the one who are killing us little by little, slowly stabbing us from behind? How come people can be so cruel after so much trust we give to them? How come??

Dah kenapa cakap english pula tetibe? -.- Maaf, bila marah terkeluar pula bahasa inggeris. Kalau guna bahasa melayu nanti risau terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya. Bulan puasa ni minta dijauhkan dari segala sifat keji dan mungkar.

Oh, bercakap tentang puasa. Dah masuk hari ketiga ramadhan. Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur sehingga sekarang. Macam comel pula baby bloggie sambut birthday umur 3 tahun pada hari ke 3 ramadhan. Hee. Truly a remarkable coincidence.(ayat tiru dari cerita Pirates of the Carribean. Suka sangat ayat nii hihi) So sempena ramadhan dan sempena birthday belog ni apa kata kita tukar lagu belog. Haha takde kaitan pun sebenarnya. Sorry.

Semoga ramadhan kali ni dapat dijalankan dengan sempurna dan semoga segala amal ibadah kita diterima Allah. Amin.. Semoga raya tahun ni meriah dan bergembira di samping orang-orang tersayang. Aminnnnn. Kena wish raya sekali siap-siap sebab confirm sangat la aku yang malas ni takkan update belog sampai anniversary blog yang ke 4 tahun next year. Hahah. Doa-doakan semoga tuan belog ni rajin untuk update ye. Kalau tengok macam bertahun-tahun tak update belog tu, silalah lawat facebook atau twitter atau instagram saya kerana di situ saya lebih aktif berbanding di sini. Maaf belog. Tak sengaja. Haha. Link? Cari sendiri.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Saje testing bakat meng-edit gambar. Hahahahahahancuss


p/s: Baju besar buat diri ini nampak lebih berisi. Percayalah, saya kurus sikit dari tu. Hehe


Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat hari raya!
Mohon maaf zahir batin. :)
(wish awal-awal :p)



Adios!


Monday, July 1, 2013

I've stopped believing.




"You know what sucks? Realizing that everything you believe in is complete utter bullshit."
-500 Days of Summer

Thursday, March 14, 2013

Sunday, December 2, 2012

L I F E

I don't know where to start, where to leave and start over, all over again. This feeling is empty. An excruciating pain that leaving me numb and anesthetized by the overflowing emotion. Tears flowing down my face on every sleepless night. Why am I here, placed in such agony? Your images scattered all our the thought and I couldn't help but remembering. Forgetting couldn't be this torturous and never this hard. 

Freedom is all I have until what I feel is a severe loneliness tormenting my soul, brought me down hitting rock bottom. I am broken, imperfect, damaged and torn. Is this world even true to myself? Where am I going? I am lost, between the road, I am clueless. Sitting in a corner, alone and lonely witnessing what had happened, silently screaming and burst out howling.

This pain is for myself, a consequence of choices. And now my life is fragmented and flawed, the scars won't leave and healing would drag me to another part of throbbing journey. How can I make use of this sorrow? Pulling something good out of sadness? Continue living with broken pieces, pretending to be strong and keep ignoring the fact of life.

If staying strong was the only option, I refuse to be strong. If loneliness was the consequence I have to face, I carry on in denial.






::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

I love his writing! Especially on this one. He really did explains everything that I couldn't. Indeed, i couldn't find any words to describe what i'm feeling right now, until i found this. Maybe not all of it, but at least 90% of what's inside me was all written in that beautiful post from this young gentleman. :')

Hmmm.. Life's hard though. Must keep going. Chin up and smile to the sun. :D

Friday, November 23, 2012

Warkah


Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah, tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu, percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia


- Lara Lagi by Adira.



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Lama tak update blog tiba-tiba post entry macam ni kan. Haha. Suka hati gua la. Gua punya blog. Tiba-tiba tadi layan Ombak Rindu. Tiba-tiba terminat lagu ni bila dia asyik ulang2 je pasang masa part Aaron Aziz. Lol okay takde kaitan dengan Aaron pun sebenarnya. 

Ah, lara lagi.........

Ok bye nak log out. (curi masa je ni)


Saturday, October 20, 2012

Motivation.

.
.
.
.
.
.
.

Be strong now, because things will get better.
It might be stormy now, but it can't rain forever.




Thursday, September 27, 2012

Resepi : Pavlova

Untuk pengetahuan semua, aku ambil masa yang sangaaaattt lama untuk start projek baking pavlova ni. Buat research sana sini. Ceh macam student PhD pun ada. Lol. Yelah, buat pavlova ni memang la nampak senang, tapi banyak pantang larang kena jaga ohh. Sangat memerlukan kesabaran dan ketekunan. Tapi bahan2 dia memang simple habis. Paling-paling pun korang kena keluarkan duit lebih sikit untuk beli whipping cream dia and buah2 untuk letak atas tu.

Aku refer banyak gile blog untuk mendapatkan pavlova yang terbaik. Bila baca orang komen, kadang cuak jugak. Ada yang tak jadi, telur tak kembang, pavlova mendap, hancur bla3. Sebab tu kena research lebih sikit. Dan akhirnya aku pun tekad untuk refer resepi daripada Salam Dua Benua dan Cahaya Cintaku . Ada beberapa lagi blog yang aku refer, tapi tak ingat dah mana. Huhu minta halal ye semua. Okay enough  membebel. Jom check resepiii! (copy paste je)

Pavlova:
- 4 large eggs, separated (ambil putih telur je)
-3/4 cup caster sugar (gula halus)
-1/2 tbsp cornflour
-1 teaspoon (sudu kecil) white vinegar (cuka yang biasa tu)

-1/2 teaspoon vanilla extract

Topping:
- 1 cup (240 ml) non dairy whipping cream
- 1 tablespoons caster sugar (adjust ikut sedap rasa)
- 1/2 teaspoon vanilla extract
- Fresh fruits - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, or other fruit of your choice

Itu je bahan-bahan dia. Nak buat pavlova ni ada pantang larang, antaranya :

1) Telur mestilah in room temperature. Takmau yang sejuk from peti ais tu. 
2) Pastikan masa korang asingkan telur putih and kuning tu, segala peralatan mangkuk ke spatula or anything, kering tanpa setitik pun air. Kalau ada setitik pun air, nanti masa pukul telur, telur taknak kembang. Sama jugak masa nak pukul whipping cream.
3) Masa asingkan telur, pastikan takde kuning telur yang masuk dalam putih telur tadi. Kalau tak, tak menjadilah pavlova anda ye. Hehe
4) Pastikan whipping cream yang digunakan adalah jenis non dairy. Aku guna jenama Rich's. Dan pastikan cream tu betul-betul sejuk sebelum nak pukul. Kalau boleh mixing bowl pun sejukkan sekejap dalam freezer.

Okay itu antara tips-tips yang WAJIB dipatuhi kalau korang taknak korang punya pavlova hancuss. Baiklah, mari move on kepada cara-cara memasaknya.

Pavlova
- Preheat oven to 150 degrees C for 15 minutes. (guna api bawah)
- Line a baking sheet with parchment paper and draw a 7 inch (18 cm) circle on the paper. Turn the parchment paper over so the circle is on the reverse side.
(Don't forget to place rack in center of oven)
- In the bowl of your electric mixer, with the whisk attachment, beat the egg whites on medium speed until they hold soft peaks. (dah kembang tapi still soft and berbuih2 macam tu)
- Start adding the sugar, a tablespoon at a time, and continue to beat, on high speed, until the meringue holds very stiff and shiny peaks.(test guna jari nak tengok gula dah fully dissolved or not) The meringue should feel smooth, not gritty. If it feels gritty the sugar has not fully dissolved so keep beating until it feels smooth between your fingers). Beat in the vanilla extract.
- Sprinkle the vinegar and cornstarch over the top of the meringue and, with a rubber spatula, gently fold in. Spread the meringue inside the circle drawn on the parchment paper, smoothing the edges, making sure the edges of the meringue are slightly higher than the center. (You want a slight well in the center of the meringue to place the whipped cream and fruit.)
- Bake for 50 minute to 1 hour (depending on the oven) or until the outside is dry and is a very pale cream color. (guna api atas bawah)
- Turn the oven off, leave the door slightly ajar, and let the meringue cool completely in the oven. (The outside of the meringue will feel firm to the touch, if gently pressed, but as it cools you will get a little cracking and you will see that the inside is soft and marshmallowy.) 
For whipping cream:
-Whip the cream in your electric mixer, with the whisk attachment, until soft peaks form. Sweeten with the sugar and vanilla and then mound the softly whipped cream into the center of the meringue. Arrange the fruit randomly, or in a decorative pattern, on top of the cream. Serve immediately as this dessert does not hold for more than a few hours.

So amacam? Pening nak baca? Hahah kalau pening nak baca, just klik dekat  link blog yang aku bagi kat atas tadi. Diorang tunjuk step by step punya untuk amateur macam kita. Muehehe. Dan ini adalah gambar2 pavlova saya!


Ini sebelum bakar. 
Tepi tu adjust dan ratakan guna pisau butter supaya dia tak crack lepas bakar.



Ini after bakar dan sudah siap dihias! Hehe. Still ada crack sikit.
Berat sangat kot buah2 tu



Nyummm tengok lapisan dalam dia yang warna putih tu.
Sebijik macam rasa marshmallow!



Suku pavlova sudah selamat masuk perut.  >:)



Okay itu je.. Happy baking everyone! Adios!