Tuesday, September 20, 2011

Artis Youtube

Salam semua. Amboi sekarang ni dah makin ramai nampaknya newcomer dalam dunia nyanyian tanah air kita ni. Kalau bukak Youtube tu, memang banyak betul video2 dari 'artis Youtube'. Masing-masing dengan pakej serba lengkap. Rupa, bakat, suara. Siapa tak kenal, Najwa Latiff, Ainan Tasneem, Matluthfi (eh tak ni bukan penyanyi, hihi). Semuanya best-best kan.




*dah kenapa aku tulis gaya penulis blog gosip artis pulak ni?*


Okay tak. Sebenarnya tujuan asal aku nak promote satu video ni je. Beliau ni kira newcomer jugak la, dan beliau merupakan kawan aku dulu masa sekolah rendah. Masa sekola menengah terpisah kejap. Lepas tu sekarang dah jumpe balik. Haha tengok-tengok dia sekarang ni dah buat lagu. Fuh hebat sungguh Ahmad Wafiy Azhar ni. Kalau dapat request satu lagu khas untuk aku pun best jugak kan. *eh mengarut ape si gedik ni. =p

And this is one of my favorite song from him.




*By the way, dia orang Malaysia ye. :) Silalah tengok lagu2 Wafiy yang lain dekat Youtube.

Monday, September 12, 2011

CerPen = Cerita Pendek *maksudnya kali ni entry pendek je

Hari ni badan rasa lemah je. Mood pun tak berapa baik. Huhu. Rasa macam tak sedap gile badan ni. Nak termuntah ada, nak mengamuk ada, yang paling tak tahan tu, rasa mengantuk yang teramat sangat sepanjang masa. Pulak tu, satu hari ni macam sejuk2 je rasa sampai ke tulang. Nak mandi pun MALAS. Haha agaknye sebab aku puasa hari ni kot. Badan terkejut. Hihi yela dah 2 minggu melantak makanan macam-macam, tetibe hari ni puasa balik. Memang terkejut la sistem badan ni kan. Dan memang dugaan besar betul puasa kat rumah ni bila orang lain tak puasa. Makanan merata-rata menduga keimanan! Hahaha. Hari ni cuma aku dan ibu je yang puasa. So tengahari tu aku la yang kena masak lauk untuk adik-adik monster kat rumah ni. Heheh terliur jugak la masa masak tu, nasib baik iman masih lagi teguh. :P



I did crazy stuff too. Well, yeah. =_=



All the best to UPSR students for tomorrow BIG BIG DAYY! Heheheheheheee *evil smile with cute puppy eyes* xD

Friday, September 9, 2011

falling to pieces.



Why do this stupid things happen again? Why do you always fall for a wrong heart? Why do you always fall for a heart that is never ready to catch you back? Why do you have to broke your own, fragile heart, every time?

Thursday, September 8, 2011

Wordless Thursday boleh?

Sebab dah nak pukul 1 pagi ni, bukan wednesday lagi la kan? Takleh la buat wordless wednesday macam orang selalu buat tu. Huhu.


Eh sape budak comel tu *perasan
(with nenek somewhere around 1993) ngaa~


Iklan :

Kepada bakal suamiku (yang masih tak diketahui sape), saya suka nama Arianna Sara kalau ada anak perempuan. Boleh panggil dia Sara, hihi comel je kan.. Jadi awak tak boleh kacau sebok2 nak bagi nama pulak. Saya dah reserve awal2 nak nama tu tau. Tapi kalau awak tu keturunan raja ke, ada bau2 bacang dengan mana2 sultan ke, saya tak kisah awak nak letak tengku or puteri or pape jela pangkat yang awak nak dekat depan nama tu. Hahahaha *adoi mereng dah ni! Baik tidur sekarang, esok kena bangun awal. Haiyaaaaaakkk!



p/s : boleh pulak ada iklan. =_="


Tuesday, September 6, 2011

Tersebutlah kisah di hari raya

Salam. :)

Oih lama betul tak update ye. Hihi. Alang2 tu, di kesempatan ni ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya yang ke-7 kepada semua yang tengah baca tulisan saya sekarang ni. Haha. Tak sangka ye kalian masih setia membaca karangan saya yang tidak seberapa ni. "Ku sedar ku tak seberapa, jika dibanding mereka, yang jauh lebih megah " .. Amboi terfeeling lagu Stacy pulak tetibe. -,-"



Ini candid. hihi. Tapi setelah diedit, sebelah muka hilang. xD
*tiada motif


Aku takde banyak gambar raya pun. Masa pagi raya tu banyak pakai kamera cousin. So takde banyak gambar dalam simpanan aku. huhuhu~ Sepanjang raya tu banyak perkara best yang berlaku. Sehingga tak tertulis lah. Hoho. Part yang paling best, masa raya pertama tu aku dengan cousins pergi tengok wayang, Final Destination 5, siap tengok 3D lagi tuu! Haha. 1st time dalam sejarah pegi tengok wayang masa raya pertama. Wee~ Tiket memang tak boleh blah la mahalnye. RM 20 per ticket. Kalau bukan kerana abang sedara ku yang hensem dan kakak sedara ku yang jelita belanja, memang aku sanggup tengok cerita lain. (nak tengok Hantu Bonceng pulak lepas niiii!) 



ni la dia geng wayang pada petang raya pertama tuu. hihi.


Lagi 1 part yang menarik berlaku ahad kelmarin, hikhikhik. Orang seremban datang rumahhh. Dengan satu family sekali datang. Tapi bukan rombongan merisik mahupun meminang ye. Hanya untuk mengeratkan silaturrahim je. Huhu. Pandai pulak tu dia cari sendiri rumah aku. (eleh padahal pakai GPS) Haha. Muka excited gue masa tu memang tak dapat dinafikan la. Adik aku cakap muka aku merah. Haha. Gedik sungguh. Mula tu segan2 jugak la, tapi lepas tu selambe dek je. Buat pe nak malu dengan si Mr Doremon tu. Please lah. Haha. Lagipun aku dah pernah jumpa mak ayah dia sebelum ni beberapa kali, so, buat cool je sudah lah. (tapi control keayuan juga perlu!) Hee.


*Lupa pulak nak amik gambar dengan diorang. Haishhh


Lagi part yang best, masa konvoi raya bersama geng sabtu lepas. Hoho. Sampai 3 kereta tu! Padahal ada la dalam 7 orang je yang join konvoi. Ceitt. Saje je tu masing2 nak show off kereta kan. Haha gurauuu! :P


blur la pulak gambo nye. huhu. tengok tu meja bersepah.
sedap sangat ke aku masak kawan2? haha



si driver bertudung merah tu. sape nak ngorat? :P


feewwit.



Okay, dah2 la tu tayang gambar ye. Hee. Till then, adios~!



Monday, August 22, 2011

If you were me, maybe you would understand better.

Dear You,

Thank you for being the first person ever to be so brave telling me that you likes me.
Thank you for being the only boy who always letting me know that there is was someone who love me with full of his heart. 
Thank you for being strong when i dumped and frustrated you that day.
Thank you for accepting me as your friend again after all the pain you've been through.

Honestly,

I really appreciate it when you tell me you likes me. I do. I really do.
I really appreciate your efforts to always letting me know how big your love was. Even though I may seem to not even care at all. Trust me, I actually do.
I really appreciate the strength you hold for all the pain I gave. I truly never meant to hurt you. Really.

You'll never understand why I made the decision that day. It's not that I can't accept you for what you are, for the way you look or what so ever, much less to look down on you. No.

Frankly, I was really hurt when you said I dumped you because I was too much looking for good appearance. I would never do that. I really don't know how to explain to you. As I said, you would never understand.

And now, after all that we have been through, we are still friends. A good friends as I can tell. And I am very thankful for that. We might have forgive each other, but I know, none of us could forget all the things that happened. It's okay, if that is the only way to make sure that I would not vanish from your mind, or maybe, from your heart.


And now I heard that you are leaving. I dont know why I feel like I've lost something that I should have treasure the most. Something I'll never have again. I know that I shouldn't feel this way. I'm sorry but I couldn't help it. Maybe time will heal this feelings one day. It's funny how we ignore those who adore us, adore those who ignore us, hurt those who love us and love those who hurt us. Ironic huh? It's often happened though. Especially in my life. Sigh. And now I'm tired of it.

So, for the last time, I would like to wish you a very best luck there. Maybe you'll found someone better than me. Much better than me. Because you deserve that. And take care friend. Don't let anyone to hurt you again. Always remember this, Don't ever fall for a person who are not ready to catch you back.





It will be ok. :)


Thank you so much, and goodbye.

Thursday, August 18, 2011

End of Line

Keinginan untuk memotong rambut aku masih menebal di dalam diri. Hanya menunggu lampu hijau dari ibu ayah je ni. Hoho. Bukannya diorang tak kasi potong rambut, tapi diorang belum kasi aku duit untuk pergi potong rambut. Lol. Pathetic amat. Memang sejujur-jujurnya ikhlas dari hati aku yang paling dalam aku nak berterus-terang, aku tak ada duit dah ni. Dalam purse ada sekeping duit rm10 dan beberapa keping duit singgit. (sila nangis sekarang!) Padan muka siapa suruh pemalas pergi cari kerja kan. Hamek kau!

Lupakan part yang mendukacitakan itu. Sini aku nak show off sikit. Well, dulu aku pernah post dekat belog ni pasal rambut idaman aku. I mean, hairstyle yang aku nak buat kalau aku berjaya potong rambut satu hari nanti. -..-


TARAAA~~!

Ya, yang ini. Sangat menepati kehendak aku yang ingin menggunting rambut tetapi syaratnya rambut itu masih tetap melepasi paras bahu dan masih mengekalkan ciri-ciri layer. Hihi. Sayang tau kalau nak potong rambut ni pendek2 sangat. Penat bela sampai pinggang dah ni. Sampai boleh buat tali ala-ala rapunzel. Hek.

Tapi, seiring dengan perubahan masa, pematangan minda (aduh, merepeks), aku decide untuk potong rambut lebih pendek dari syarat di atas. Mungkin macam yang ini,




Ya, ini Scha Al-Yahya. Saya tahu dia cantik. Sila jeles bersama saya sekarang. Huhuhu~ Aku dah buat keputusan untuk pilih haircut yang begini. Ya, exactly seperti yang ini. No objection! Hihi. Entah kenapa terasa diri akan kelihatan lebih muda jika berambut seperti ini. Lol



Sungguh comel bukan?


* Di kesempatan ini, ingin memohon maaf di atas ke-emo-an entry saya yang sebelum ini. Macam orang baru putus cinta je kan. Oh tidak tidak, saya tidak putus cinta pun. Jangan risau. Haha. Cuma sedikit perkara tidak diingini berlaku membuatkan emosi saya jatuh. Tapi jangan risau, saya baik-baik je sekarang. Hohho~ (poyo la kau macam ada orang risau je)


Okay bai.


Wednesday, August 17, 2011

What hurts the most,



Hidup ini susah kita nak duga
Kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang tu
Tapi sebenarnya jauh..


Walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia
Tapi belum tentu hati dia dapat kita selami..


Mungkin kadang kita dapat tengok dia tersenyum
Tapi kita tak tahu apa makna di sebalik senyuman itu


Bila dia bersedih
Kita fikir kehadiran kita mungkin dapat memujuk dia
Walhal, ianya langsung tak mendatangkan kesenangan buatnya..


Dan sekarang barulah kita sedari
Yang kita harapkan agar dapat menemaninya setiap masa
Bagaikan satu mimpi yang tak tercapai..



Friday, August 12, 2011

Life is too short to wake up with regrets

Allah beri kita beluncas untuk kita dapat rama-rama yang cantik
Allah sorokkan kita matahari dan berikan hujan untuk kita lihat pelangi
Allah beri kita ujian agar kita selalu ingat akan kekuasaanNya
Allah beri kita sakit supaya kita tahu dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata


Sabarlah wahai hati.
Sesungguhnya Allah sedang memberikan perhatianNya pada kamu.


Sick.

Thursday, August 11, 2011

'Title'less Thursday

Singgah sebentar. Hihi

Sebenarnya kan, kalau ada sesiapa yang perasan, mungkin pembaca tegar belog aku akan perasan (ish perasan sungguh ada pembaca tegar konon), aku kerap tukar lagu belog. Nak tahu kenapa? Jujur lah kan, sebenarnya lagu2 yang aku letak dekat belog aku ni selalunya lagu yang boleh dikatakan lagu yang aku rasakan bersesuaian dengan jiwa aku saat tu. Contohnya, kalau aku tengah berfeeling jatuh cinta, aku akan letak lagu orang jatuh cinta. Kalau aku tengah sedih, lagu sedih akan diletakkan. Kalau tengah rasa semangat membuak2, lagu berunsur semangat akan aku letak. Bagi aku, lagu belog ni boleh dikatakan lagu tema hidup aku untuk satu2 masa tu.


Dan jujurnya jugak, kebanyakan lagu dalam belog ni adalah 'mesej' yang aku cuba sampaikan pada dia. Aku harap dia masih buka belog aku dan dengar setiap lagu yang ditujukan untuk dia. Tapi.....................haih. Ok lupakan.


Tapi ada satu masalah sekarang, setiap kali aku tukar lagu belog, ada seorang blogger ni akan tukar jugak lagu belog dia dan lagu yang dia tukar, selalunya lagu yang sama aku baru tukar dekat belog aku. Apakah?? Baru nak feeling lagu tu sebagai 'trademark' belog ni tau. Haissshhhh.


Ahh pape jelah. Aku tak kisah sangat pun. Cool je. Hohoo ^^ Lagipun penyanyi yang menyanyikan lagu tu memang nyanyikan untuk semua orang kan. Semua orang ada hak nak suka atau sebaliknya. So, lantak kau lah. Ni, aku baru tukar lagi lagu belog, best pulak feeling. Mueheheee



comel. ^^



p.s : lagu kali ni taknak sama lagi ke? boleh kite berbesan.



Trauma

I think I have some kind of trauma (or whatever it is) with petrol station. You know, when I had to isi the minyak (lol malas translate), I always have this kind of feeling. Like the petrol station will explode anytime. Lagi-lagi kalau time tengah nak isi Rm50, kan kena tunggu lama sikit sampai dia full. Serius cuak oh! Well, I didn't realized this until just now when I had to isi my mother's car minyak. (aduh, bahasa rojak) Tadi kena isi Rm50 dan aku dah la still tak berapa biasa lagi isi minyak kereta tu. Macam janggal pulak tetibe padahal sebelum ni dah beratus kali dah isi minyak. Even masa JPJ test hari tu pun aku tolong isikan minyak kereta Viva dia tu. (ok ni tipu je)


Aku selalu akan rasa kereta aku akan meletup tetibe masa tengah dok isi tu. Rasanya kalau ada rakaman muka aku tadi, mesti boleh masuk rancangan "Funniest Video". Sebab ke'cuak'an amatlah terserlah dan tak dapat dibendung. Hehehh. By the way, kenapa ek tetibe aku boleh ada 'penyakit' camtu? Bukannya aku pernah saksikan kejadian petrol station meletup pun. Dalam TV pernah la. Kot?



ahh whateverr.




Semangat nak buat biskut raya dah kembali! Yeayy!