Lupakan part yang mendukacitakan itu. Sini aku nak show off sikit. Well, dulu aku pernah post dekat belog ni pasal rambut idaman aku. I mean, hairstyle yang aku nak buat kalau aku berjaya potong rambut satu hari nanti. -..-
TARAAA~~!
Ya, yang ini. Sangat menepati kehendak aku yang ingin menggunting rambut tetapi syaratnya rambut itu masih tetap melepasi paras bahu dan masih mengekalkan ciri-ciri layer. Hihi. Sayang tau kalau nak potong rambut ni pendek2 sangat. Penat bela sampai pinggang dah ni. Sampai boleh buat tali ala-ala rapunzel. Hek.
Tapi, seiring dengan perubahan masa, pematangan minda (aduh, merepeks), aku decide untuk potong rambut lebih pendek dari syarat di atas. Mungkin macam yang ini,
Ya, ini Scha Al-Yahya. Saya tahu dia cantik. Sila jeles bersama saya sekarang. Huhuhu~ Aku dah buat keputusan untuk pilih haircut yang begini. Ya, exactly seperti yang ini. No objection! Hihi. Entah kenapa terasa diri akan kelihatan lebih muda jika berambut seperti ini. Lol
Sungguh comel bukan?
* Di kesempatan ini, ingin memohon maaf di atas ke-emo-an entry saya yang sebelum ini. Macam orang baru putus cinta je kan. Oh tidak tidak, saya tidak putus cinta pun. Jangan risau. Haha. Cuma sedikit perkara tidak diingini berlaku membuatkan emosi saya jatuh. Tapi jangan risau, saya baik-baik je sekarang. Hohho~ (poyo la kau macam ada orang risau je)
Okay bai.
No comments:
Post a Comment