OMG GAIS OMGGGGGGG
SETELAH DUA TAHUN PERCUBAAN UNTUK LOG IN TAK BERJAYA
(sebab lupa password pfft)
FINALLY!!!!!
Alhamdulillah.
Sedih juga sebenarnya kalau memang tak dapat langsung nak log in sini lagi. Banyak memori kotttt. Last entry sebelum ni tahun 2015 ooiiii!!! Dah 2 tahun oiiii. Sebenarnya last year memang banyak kali niat nak menulis lagi. Tapi lupa id dan password, sampai ke sudah la tak dapat log in. Fyi, aku ada banyak akaun google
(hahaha dont ask why, i also dunno). So punya la try dan try dan try masukkan setiap id google and password, semua failed. Finally harini cuba masukkan email yahoo, rupanya pakai email yahoo!?! Whaaaat??
(Ceh padahal sendiri yang lupa). Adoiyaiii.
K takpela yang penting sekarang dah berjaya log in kan. Kau nak membebel lagi pahal anisss *monolog*
Ok sudah tentu ramai pembaca ingin tahu perkembangan terkini kite kan ihiks
(imaginasi tinggi konon masih ada pembaca) Apa kau fikir setelah 2 tahun kau menghilang, orang ingat lagi ke kewujudan belog kau ni?? *monolog lagi*
Ah persetankan semua itu. Aku menulis bukan kerna nama
(tetibe). Kalau masih ada yang sudi membaca, ya tuhan sesungguhnya daku sangat menghargai nya. Korang is the best ok! Fuhh rindu betul belog ni. Dok repeat2 je lagu belog ni dari tadi. Dulu kononnya letak lagu ni sebab nak tujukan lagu ni untuk bakal jodoh. Sebab masa tu tak jumpa lagi jodoh, jadi acah la tertanya2 di manakah dia dan dengan siapa dia berada dan adakah dia sedang kesunyian seperti daku blablabla *typical anis*
Ok seperti yang diperbebelkan pada entry yang lepas, aku ada selitkan sedikit humor
(at least aku rasa itu humor lol), bahawa mungkin tahun hadapannya
(iaitu 2016), aku akan melangkah ke satu fasa baru dalam hidup. Jadi, betul la anggapan ku itu. 2016 memang melakar satu fasa baru dalam hidup ku. Ok tak perlu kot skema sangat. Kalau korang baca entry lepas, aku ada mention pasal seseorang. Orang 'baru' dalam hidup aku tu kononnya. Haha. Masa tu awal2 bercinta, kira masih baru la kan. Alhamdulillah, as to date, masih dengan orang yang sama. Hihi. Omg, ini adalah satu pencapaian bagi seorang anis sebab selalunya kalau dah gap 2 tahun macam ni, dah bersilih ganti orang datang dan pergi. Lololll. Tidak saya bukan playgirl. Saya hanya seorang wanita yang sering didustai dan disakiti. Zzzz. Alhamdulillah masih ada jodoh dengan lelaki ini. Lelaki terbaik ini.
(Semoga dia tak baca post ni sebab nanti dia kembang sampai terkentut). Sesungguhnya Allah itu maha mendengar setiap doa dan permintaan hambaNya. After so many heartbreaks and cries in my prayers, Allah pertemukan aku dengan lelaki yang sudi sehidup semati dengan aku, insyaAllah. Terlalu banyak baiknya dari kurangnya. Tapi kurang dia itu yang melengkapkan aku. Baik dia itu yang membahagiakan aku.
(Eh puji lebih pulak, confirm orang tu dah terkentut2 ni baca).
Kalau ada yang terfikir, anis ni dah kahwin ke?? Memang sah la! Sah la korang tak follow instagram dan facebook aku kan?! Nak kena ni. Kan dah letak dah link facebook sebelah tu. Hek eleee. Belum kawin la! Nanti kawin la. Sabar la! *tetibe emosi* Alhamdulillah sedang berdarah manis. Walaupun memang sentiasa manis. Tapi sekarang extra manis sikit la sebab encik tunang kite pun manis tahap diabetes. Lol. Doakan hubungan kami berkekalan sampai syurga gais. Sampai syurga. Taknak sampai mati je. Nak sampai syurga. Aku nak jadi yang halal untuk dia dunia akhirat. Semoga sempat jadi yang halal untuk dia dunia akhirat. Supaya boleh jumpa dekat syurga nanti. InsyaAllah. Amin..
Aku pun taktahu apa motif entry kali ni panjang gila babeng macam ni. Ok wow lama tak guna ayat babeng itu. Itu ayat wajib sewaktu berumur 19. Masih muda remaja. Luls. Hmm taktahu lepas ni zaman bila pulak aku update belog ni kan. Dengan penyakit short term
(yang tak berapa short) memory loss aku ni, kemungkinan esok dah lupa semula password belog ni. Wakaka. Ok tak tu melampau sangat. Tapi tu la, tak tahu la bila lagi aku akan update belog. So entry kali ni kita bagi spesial sikit untuk cover 2 tahun yang dah hilang itu dan untuk cover 5 tahun akan datang punya sekali
(over).
Rasanya bab percintaan dah cover dekat atas tadi. Sekarang ayuh kita ke bab baru iaitu pekerjaan. Baiklah untuk pengetahuan uolls, masa entry yang sebelum ni ditulis, aku mention aku baru kerja dekat company oil & gas idaman aku tu kan. Haha alhamdulillah, 2 tahun juga la aku kerja situ. Ala masa 2 tahun menghilang dari ber belogging tuu, ha masa tu kerja situ la. Baruuuu je resign 30 April yang lalu, kerana kini aku menggalas tugasan yang lebih besar, iaitu untuk menjaga dan menguruskan company keluarga. Masih in denial sebenarnya. Sebab tak yakin samaada diri ini mampu atau tidak. Tapi janji Allah itu pasti untuk hambanya yang sentiasa berusaha dan tawakal. Walaupun aku belum berapa nak usaha mana pun sekarang sebab masih fasa ambil mood
(lol, kemon baru 2 minggu kot kerjaaa haha), insyaAllah aku harap aku boleh galas tanggungjawab ini dengan baik. Doakan aku gais. By the way siapa nak melancong nanti roger2 la kite. Luls
Ok dahla tu cakap pasal kerja. Bosan la. Haha. Next topik, kita cakap tentang kesihatan pula. Eh lagi la bosan! Pffftt. Tak perlu la kot cakap pasal kesihatan. Ingat ni buku teks tingkatan 3 ke?? Cuma satu je nasihat aku, jagalah kesihatan anda dan hargai masa sihat itu sebaiknya. Hmm gittew. Deep tau.
Ok jam pun dah menunjukkan pukul 11.25pm. Sebagai seorang wanita bekerjaya
(poyo), sesungguhnya hari ini adalah sangat memenatkan dan bateri badan pun tinggal 10% je lagi ni. Mungkin lebih baik jika beta beradu sekarang. Walaupun sebenarnya confirm tak boleh tidur lagi sebab kejap lagi encik tunang nak call hikhik acara wajib sebelum tidur ialah dengar suara dia #clingy #overlyattached . Mungkin next entry aku akan ulas dengan lebih lanjut tentang encik tunang. Mungkin masa tu dah jadi encik suami kot hahaha. We'll see how it goes. InsyaAllah. Sebagai bonus kepada korang yang dah berjaya baca post aku kali ni yang dah macam boleh buat novel je aku tengok sebab panjang benor, jadi aku belanja satu gambar dengan encik tunang. Side tepi jela sebab nak acah elemen seprais sikit. Dah jadi encik suami nanti kita belanja muka full dia ok!
(Padahal dekat instagram dah bersepah muka dia. Hahahaha kalau nak tengok follow la instagram kite!!! Cari sendiri!!!)
Ok adios!
;)