Wednesday, August 17, 2011

What hurts the most,



Hidup ini susah kita nak duga
Kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang tu
Tapi sebenarnya jauh..


Walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia
Tapi belum tentu hati dia dapat kita selami..


Mungkin kadang kita dapat tengok dia tersenyum
Tapi kita tak tahu apa makna di sebalik senyuman itu


Bila dia bersedih
Kita fikir kehadiran kita mungkin dapat memujuk dia
Walhal, ianya langsung tak mendatangkan kesenangan buatnya..


Dan sekarang barulah kita sedari
Yang kita harapkan agar dapat menemaninya setiap masa
Bagaikan satu mimpi yang tak tercapai..



Friday, August 12, 2011

Life is too short to wake up with regrets

Allah beri kita beluncas untuk kita dapat rama-rama yang cantik
Allah sorokkan kita matahari dan berikan hujan untuk kita lihat pelangi
Allah beri kita ujian agar kita selalu ingat akan kekuasaanNya
Allah beri kita sakit supaya kita tahu dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata


Sabarlah wahai hati.
Sesungguhnya Allah sedang memberikan perhatianNya pada kamu.


Sick.

Thursday, August 11, 2011

'Title'less Thursday

Singgah sebentar. Hihi

Sebenarnya kan, kalau ada sesiapa yang perasan, mungkin pembaca tegar belog aku akan perasan (ish perasan sungguh ada pembaca tegar konon), aku kerap tukar lagu belog. Nak tahu kenapa? Jujur lah kan, sebenarnya lagu2 yang aku letak dekat belog aku ni selalunya lagu yang boleh dikatakan lagu yang aku rasakan bersesuaian dengan jiwa aku saat tu. Contohnya, kalau aku tengah berfeeling jatuh cinta, aku akan letak lagu orang jatuh cinta. Kalau aku tengah sedih, lagu sedih akan diletakkan. Kalau tengah rasa semangat membuak2, lagu berunsur semangat akan aku letak. Bagi aku, lagu belog ni boleh dikatakan lagu tema hidup aku untuk satu2 masa tu.


Dan jujurnya jugak, kebanyakan lagu dalam belog ni adalah 'mesej' yang aku cuba sampaikan pada dia. Aku harap dia masih buka belog aku dan dengar setiap lagu yang ditujukan untuk dia. Tapi.....................haih. Ok lupakan.


Tapi ada satu masalah sekarang, setiap kali aku tukar lagu belog, ada seorang blogger ni akan tukar jugak lagu belog dia dan lagu yang dia tukar, selalunya lagu yang sama aku baru tukar dekat belog aku. Apakah?? Baru nak feeling lagu tu sebagai 'trademark' belog ni tau. Haissshhhh.


Ahh pape jelah. Aku tak kisah sangat pun. Cool je. Hohoo ^^ Lagipun penyanyi yang menyanyikan lagu tu memang nyanyikan untuk semua orang kan. Semua orang ada hak nak suka atau sebaliknya. So, lantak kau lah. Ni, aku baru tukar lagi lagu belog, best pulak feeling. Mueheheee



comel. ^^



p.s : lagu kali ni taknak sama lagi ke? boleh kite berbesan.



Trauma

I think I have some kind of trauma (or whatever it is) with petrol station. You know, when I had to isi the minyak (lol malas translate), I always have this kind of feeling. Like the petrol station will explode anytime. Lagi-lagi kalau time tengah nak isi Rm50, kan kena tunggu lama sikit sampai dia full. Serius cuak oh! Well, I didn't realized this until just now when I had to isi my mother's car minyak. (aduh, bahasa rojak) Tadi kena isi Rm50 dan aku dah la still tak berapa biasa lagi isi minyak kereta tu. Macam janggal pulak tetibe padahal sebelum ni dah beratus kali dah isi minyak. Even masa JPJ test hari tu pun aku tolong isikan minyak kereta Viva dia tu. (ok ni tipu je)


Aku selalu akan rasa kereta aku akan meletup tetibe masa tengah dok isi tu. Rasanya kalau ada rakaman muka aku tadi, mesti boleh masuk rancangan "Funniest Video". Sebab ke'cuak'an amatlah terserlah dan tak dapat dibendung. Hehehh. By the way, kenapa ek tetibe aku boleh ada 'penyakit' camtu? Bukannya aku pernah saksikan kejadian petrol station meletup pun. Dalam TV pernah la. Kot?



ahh whateverr.




Semangat nak buat biskut raya dah kembali! Yeayy!





Wednesday, August 10, 2011

Non-wordless Wednesday



There were days when she feels like there's no more hopes.





And she know that she gotta stop dreaming and let everything go.




But, she won't stop.





Because she know, as long as she's still breathing





Hope is still there.



#############################


After so long since I last wrote in English........ So....here we go! Wiiiiwww~ Actually, i'm still waiting for the ideas to come. Well i guess they're still on their way, somewhere, back to my brain. Lol. 





So well, this is my 'so-called' dream wedding dress. Hihi. But for sure i'll ask the tailor to modified it. To a more 'muslimah' look. I'm pretty sure my future husband won't let me wearing sexy gown on our wedding day. HAHA. Yeah, I'm a great dreamer you know. I love dreaming on getting married with a very charming man, who had completely meet the quality of a good husband for me. Then, have adorable and smart kids,


LIKE HER.


Ninaaaaaa!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Well, they are still just a dream. (BIG sighhhhhhh~)




What's the point of this entry??!



p/s : this is my 103rd entry! Weeweeeweeee. I should write something more meaningful in my 100th entry last time. Ahh nevermind. It's just the 100th. Not yet 1000. Lol




Thursday, August 4, 2011

Sedikit promosi. =_="

Salam.

Sape geli bila baca entry yang sebelum ni sila kelip mata! Haha. Hey, geli-geli pon, entry tu memberi seribu satu perpuluhan kosong lima (1001.05) makna tauu.. Jangan main2... Ok dah diam.

Lupakan pasal entry bawah ni. Aku nak kecoh sikit, hikhik. Seperti yang semua tau (tipu, bukan semua), aku kan sekarang ni merupakan penganggur terhebat untuk abad ni. Tapi siapa kata aku jadi penganggur ni, aku buang2 masa je? Takk okay.. Sesungguhnya, aku juga memberi jasa kepada family aku tau. Hiuhiuu. Aku sekarang secara officially menjadi peneraju blog untuk company my parents. Muahaha bangga la tu? Ala takdela hebak mana pun belog tu, tapi boleh la untuk permulaan kan. Ei korang ingat senang ke nak buat belog yang berunsur korporat/syarikat stuff bla3 ni..? Tak semudah yang disangka tau. Tak boleh nak fancy2 macam belog2 hiburan atau personal tuu. Aku ni dahla dah biasa dengan hiasan belog yang bunga2, comel2, huhu. Ini korporat punya belog.  Kita kena fikir dari segi korporat. (ok fine aku dah start meluat dengan ayat KORPORAT)
Emm ingat mau mintak sikit upah la dari ayahanda. Haha. Poket kosong laa sekarang. ^^

Okay akhir sekali, kalau2 ada antara korang or mak ayah or pakcik makcik korang yang berminat nak usyar2 pakej2 pelancongan, marilah menziarah belog ini :

ataupun website rasmi company:

psst, yang pasti website rasmi company tu bukan aku yang buat la. Haha tak mungkin la kan aku seprofesional itu. :P


p/s : nape aku baik hati sangat nak promote2 ni? Adoi, penangan kelaparan la kot. Hihi

kadang mencintai tidak seharusnya memiliki



...Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya
...
Kamu merasakan seolah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh.. Melihat dalam dalam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan.. Jika takut berkata cinta, simpan saja hingga hilang akan dia.. Sesalan tiada gunanya jika hanya menunggu saat kehadirannya..

Memang menyakitkan hati pabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak diterima, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati.. Tetapi amat menyakitkan hati dan terus di dalam sesalan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan.. Kuatkan azam membentuk satu kisah antara kamu dan dia..

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam..

Tiada manusia yang rugi pada sesuatu yang tidak pasti.. Dia mungkin bukan jodoh kita, kita bukan matahari buatnya.. Malam indah kita bukan untuknya dakap erat dan ucap salam sejahtera serta cinta.. Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman di kala bersendiri.

Dan ingin saja kita mahu keseorangan dan bersendirian dalam mengejar mimpi indah.. Namun hakikatnya kita dalam sepi menanggis kesunyian seolah tiada langsung manusia yang bersimpati.. Dan kita terus hanyut di dalam arus yang diam.. Mencari satu wajah yang akan memiliki sekeping hati ini..

Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja..


credit : link

p/s : kali ni entry serious. hahaha. ( eh kenapa kau gelak? =_= )

Cinta teragung adalah cinta dari Allah. =)


Wednesday, August 3, 2011

Dugaannnnnnnn

Salam.

Eh eh dah 3 Ogos, maknanya dah 3 hari puasa la! Hihi. Ada sedikit cerita sedih la hari ni. Tapi tak la sedih mana pon. Sebab saya cool je. Saya memang cool selalu.


Tadi pergi klinik, setelah beberapa hari merana sakit mata, bukan sakit mata yang macam selalu orang kena tu, yang mata jadi merah macam pontianak tuu, mata aku elok je bersinar, cuma actually ada some kind of infection kat mata aku sejak balik dari kampung hari tu. Dekat bahagian kelopak mata. Dan sakit dia tu ibarat kena tumbuk dekat mata tau. Sebab sakit dia sampai tulang pipi. Hehh. Tragis banget


So tadi pergi klinik dan doktor kenalpasti ada ********* (ohh taknak bagi tau dengan lebih detail nama dia, sebab ini sangat private). Hihi. Cukup la sekadar kauorang semua tahu yang doktor buat 'minor operation' dekat mata aku tadi. Mungkin lebih tepat jika dikatakan 'DOUBLE MINOR OPERATION' kerana ia bukanlah operation sangat pun. Haha. Ala perkara kecik je. Aku je yang cuak sampai nak termuntah masa on the way ke klinik sebab fikir bukan2, sampai terfikir mungkin aku menghidap tumor mata. Apakah? =_____=
(jelas terserlah yang aku tidak mempunyai kekuatan emosi yang mantap)


Yang lebih mencuakkan aku saat ni ialah, ada kemungkinan yang tinggi dalam masa beberapa hari lagi mata aku boleh jadi bengkak sehingga tak boleh dibuka kesan daripada 'DOUBLE MINOR OPERATION' ni. Huhu. Jadi kena make sure ubat ubatan digunakan dengan betul supaya kemungkinan tu akan berkurang. Hebat sungguh dugaan bulan puasa kali ni, semoga bertambah ganjaran untuk aku kelak. Kikiki


Ahh dah mula rasa kemarau dalam tekak ni. Lagi 4 jam je! Sabar anis, sabar.


Okay bai.

Friday, July 29, 2011

Singgah.

Maafkan patik kerana lama tidak meng-update. Patik busy dengan urusan negara yang tak sudah2. Haha. Patik hanya menyinggah sebentar untuk memberitahu perkembagan badan, ohh salah. Perkembangan terkini (bukan badan ye) patik, patik sihat-sihat saja dan masih maintain langsing. Dan tadi baru selesai me-renew(?) IC kerana IC yang lama gambarnya terlalu hodoh sehingga orang kaunter tadi tersengih kambing ketika melihatnya. Agak memalukan di situ. Jadi patik telah mengambil gambar baru yang kelihatan lebih ok. Hee. Tak pasal2 melayang tau RM10. Oh takpelah, demi gambar IC yang lebih cantik, yang bakal patik bawa ke mana-mana selama 40 tahun akan datang, patik merelakan saja pemergian rm10 yang tercinta itu. Lagipun, tu duit ayah. Huahahaha.


Okay tu je. Adios~


oh ye, p/s :
di kesempatan ini, ingin patik ucapkan, selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua umat Islam seluruh dunia. Semoga ramadhan kita diberkati oleh-Nya. Tak sabar nye nak rayaaa!! =')

Friday, July 22, 2011

migraine duduk depan computer lama-lama tapi takde pilihan lain

Haha tajuk tak boleh nak panjang lagi kan. Well, aku rasa tajuk tu je pun dah menceritakan segala2nya tentang topik aku hari ni. Hek.

Sangat membosankan okay bila terperangkap dalam ofis parents dan hanya akan dijemput pulang pada pukul 6.30 petang nanti memandangkan aku takde kereta sendiri. Huhuuuu. Tragik tau tak kena duduk ofis ni lama2, pastu tak tahu nak buat ape. Dok mengadap komputer ni jelah sampai nak tercabut biji mata haa.. Tadi aku datang ofis ni sebab nak online. Ada benda sikit nak settle dekat website U aku yang tercinta tu. Ala hal pasal degree nanti. Kena check ni la, tula.. Blabla..Memandangkan kat rumah dah takde internet kann.. Terpakso lah den ke sini lahaaiii (wow ada bakat gak cakap nogori sembilan)

Tuptup dah terperangkap kat sini memandangkan parents aku dua2 dah keluar. Heh. Tak pasal2 kena jadi supervisor pulak. (konon)



bila bosan mari kita bergambar menggunakan webcam dan henfon!
 -_-"


Okay bai.

Thursday, July 21, 2011

Girls Day Out!

Yeay! Semalam pegi jenjalan lagi dengan Gengs. Tapi kali ni tak seramai masa pergi Mid Valley hari tu. Kali ni berempat je.. Hihi. Amboi kau nyah, asik pergi merayau je lately ni kan. Nak kata tengah masyukk hampas kelapa ada la dalam poket ni. Fulus nye adala beberapa keping je. Tu pun yang warna merah2 tu je. Hoho. Kali ni kami tak merayau jauh pon. Pergi Mines Wonderland je pon. Hanya lebih kurang 10-15 minit je dari 'istana' aku. Haha. Pergi sana pun last minute plan. Pergi jalan2 cuci mata dengan cuci perut je. Huahuahua. Kak Bella jela yang shopping sakan sampai beli 2 pasang kasut. Kitorang yang 3 orang ni yang sedang membajet2 penggunaan duit hanya mampu memborong shawl je. Bukan borong pon, beli berape helai je. Hihi. Murah woo shawl kat sana. Cantik lagii. Memang teruja ah melihatnya. Kualiti setanding shawl yang berharga Rm69 dekat Mid Valley tu. Huhuhu tak berbaloi langsung kalau beli dekat Mid. Hehehhh


Cik khaleeda a.k.a camerawoman takde kat gambar ni. dah kata pun camerawoman. Hoho
(eh dah macam poster la pulak)




Letak la jugak gambo dia. Karang merajuk pulak. Hehehehhh



Rasa tak puas la merayau. Sape nak kuar merayau dengan aku lagi? Cepat! Cepat! I'm always available. Lalalala... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Okay adios!

Muka overdos melahap.